Seseorang mengadu kepada Buya Hamka bahawa “Pelacur di negara Arab itu memakai niqab dan hijab”
Tanpa disangka Buya Hamka memberi respons, “Oh ya? Saya baru saja balik dari Los Angeles dan New York. Masya Allah, di sana saya tak terjumpa pulak dengan pelacur.” jawab Buya.
“Ah tak kan lah begitu Buya, di Mekah pun ada. Apatah lagi di Amerika, dah tentunya lebih ramai,” kata orang tadi.
Maka jawab Buya Hamka,
“Sesungguhnya kita ni memang hanya akan ditemukan dengan apa-apa yang kita cari”
"Meskipun kita ke Mekkah, tetapi jika yang diburu oleh hati adalah hal-hal yang tak elok, maka Syaitan yang tergolong dalam kumpulan jin dan manusia itu akan berusaha membantu kita untuk mendapatkannya."
"Tetapi sebaliknya, walau jauh perjalanan kita hingga sampai ke New York, Los Angeles sana, bila yang kita cari adalah kebaikan, maka segala keburukan akan menjauh dan bersembunyi...
Hati kalau sudah rosak, maka akan sering ditemukan dengan hal-hal yang rosak juga, walaupun kita sedang berada di tempat yang baik. Sebaliknya dengan niat dan hati yang baik, insya Allah akan temukan dengan perkara yang baik-baik, meskipun kita berada di tempat yang kotor dan tidak elok.
*Maka berhati-hatilah menjaga hati.
Seumpama mata lebah dan mata lalat.
Lalat walau berada di taman bunga yang indah dan wangi tetap saja yang diburu dan dicarinya adalah taik, dan benda busuk. Manakala lebah pula biarpun berada di tempat yang busuk dan kotor tetap sahaja ia hinggap hanya pada bunga dan kuntuman yang wangi dan indah.
Maka berusahalah untuk 'menjadi' mata lebah.
Khamis Bansar Shopping Centre *NCS @ 19 ZulKaedah 1447* * Tetaplah terus memberi peringatan, Ia bermanfaat * Cetusan dari kuliah pada Ahad malam @ surau al al amin BTHO - orang beriman berjual beli dengan Allah.(1) بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Segala puji bagi Allah yang meng hidupkan kami selepas mematikan kami, dan kepada Nya jua kami di himpunkan. Mulakan siap langkah dan juga tugasan dengan satu lafaz "Bismillah" - " Dengan nama Allah", dan secara automatik menukarkan rutin harian biasa menjadi satu ibadah. Tetapkan dalam hati dengan berniat hari ini dilakukan semata2 kerana Allah. Jom solat sunat Dhuha untuk menjemput rezeki dan ketenangan jiwa. Serahkan lah segala perancangan dan usaha hari ini pada Allah swt selepas berusaha demgan bersungguh sungguh. Carilan amalan rohani mana yang membimbing kita untuk letak pergantungan sepenuh nya kepada Nya seawal celik mata. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Selamat bertemu lagi, dengan sat...
Comments
Post a Comment