*BAHAGIAN AKHIR:*
*NASRUMINALLAH..*

Assalamu’alaikum...
Salam jumaat penuh barokah, semoga semuanya dlm perhatian dan bantuan
Allah selalu hendaknya.

Semoga pagi jumaat ni kita bangkit dengan hati putih bersih. tidak membenci sesiapa ataupun menghina sesiapa. Kekallah kita dgn sifat berserah hanyalah kpd Allah..

Saya tak nak panjang cerita lain pagi ni. Jom kita hayati bahagian akhir nota catatan kuliah Ustaz Bazli tentang : Bantuan Allah...

*Ciri mereka yang mendpt pertolongan Allah swt :*

•Orang yang melakukan amalan soleh. Berlumba2 berbuat kebaikan dan kebajikan (menbentuk taqwa, membawa orang ke jalan baik).  Menjaga agama dalam seluruh hidupnya. Tapi bila kita sebut pasal  kebaikan dan kebajikan kita akan melihat dari segi material sahaja.

Sesungguhnya kebaikan dunia dan akhirat jauh berbeza. Dan kebaikan akhirat jauh lebih banyak dari kebaikan dunia. Sehingga ada yang bertanya kenapa perlu pergi masjid sedangkan kita boleh solat dimana mana. Inilah akan merenggangkan mereka dengan rumah Allah. Sedangkan salah satu golongan yg akan dpt perlindungan Allah ketika tidak ada perlindungan selain dari Allah adalah pemuda yang jiwanya dah terpaut kepada masjid.

•Orang yang layak diberi pertolongan adalah mereka yang mendirikan solat. Inilah golongan yang tahu akan tanggungjawab. Juga mereka menunaikan zakat, menjaga sosio ekonomi dan hak hak masyarakat dan bermanafaat pada yang lain. Mereka juga akan cegah mungkar dan ajak pada kebaikan. Kerja kerja nahi mungkar lah yang paling ramai dibenci. Tidak ramai pula yang benci atau tidak suka mereka yang buat amal makruf. Tak percaya cubalah tegur kawan kawan yang buat maksiat.

Amal makruf Nahi Mungkar tidak pernah bersengkang dalam alquran.  At taubah 111 & 112 - Allah gambarkan jiwa mereka yg dibeli Allah dgn syurga, mereka ini akan berbuat amal makruf dan nahi mungkar sekali gus.

Islam ini dtg dalam keadaan dagang asing terpinggir dan berkembang jadi trending kemudian akan terasing balik, beruntunglah mereka yang terasing itu. Siapa kah mereka? Inilah mereka yang telah mengislah(membaiki) kerosakan dan kejahatan manusia. Ssghnya susahnya untuk berada di akhir zaman, hari hari adalah penuh dengan kesabaran kerana bagi yg berpegang al quran dan hadis, buat kebaikan, islah dan tajdid, nahi mungkar, akan mendapat pahala 50 orang mati syahid dari kalangan sahabat. Kenapa besar sangat pahala mereka yang berpegang pada alquran dan hadis di akhir zaman? Kerana ianya amat susah dan payah, ianya umpama kita memegang bara api - dikatakan bodoh buat kerja ini -

BILA Masa Allah nak datang pertolongannya? Ini adalah rahsia Allah. Albaqarah 214. “ apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga sedang kan kamu belum diuji spt umat terdahulu” Pertanyaan ini juga datang ketika di zaman zaman sahabat dulu.

Dalam Ar Radhu - ssghnya Allah tidak ubah nasib satu kaum... kita kena mula dgn diri kita sendiri, dalam pada kita nak mintak pertolongan Allah, kita kena ubah sikap sikap yang negatif kepada positif. Dari tidak mengamal kan cara hidup islam kepada cara hidup islam.

Dalam Surah muhamad - intansurullah. Jika kamu bantu agama Allah nescaya Allah akan bantu. Di ulas oleh pengarah - kita bukan lagi dizaman abrahah zaman abdul Mutalib tidak berkuasa, abrahah cuba hancurkan baitulllah dan ambil untanya. Abu Mutalib hanya minta untanya. Kata abrahah : apakah ini ketua Queaisy. Jawab Abdul Mutalib: aku hanya tuan pada unta, baitulllah ada tuan nya. Kau uruslah dengan tuannya.

*Akhir kalam*

Kini kita kena sama sama kena martabatkan Islam dan bukan membiarkan orang lain mempermainkannya.

Kalau nak berjaya kena berusaha...

“Kalau kamu sabar dan bertaqwa maka bahaya dan tipudaya mereka tidak akan membahayakan kamu walau sedikitpun..” segalanya adalah dgn izin Allah, bahkan kalau ada musibah, kita diajar dalam surah attaubah - kata kan wahai muhmamd tidak akan berlaku satu musibah kecuali apa yang ditetap kan Allah dialah tuan kami.

Inilah kita diajar semuanya adalah atas kehendak Allah. Cuma kita kena bandingkan diri kita dengan para sahabat sehingga Allah datang kan pertolongan untuk mereka tapi belum kita terima lagi.

Renungkan perbezaan kita kendalikan hidup kita. Cari lah hingga dpt kejayaan hakiki..

Habibul naja - dikisahkan  mereka yang berjuang ke jalan Allah sptnya tidak berjaya. Tetapi disisi Allah dia di iktiraf mulia. Begitu juga kisah as ha bul ukhdud. Jadi lihat lah dengan mati hati untuk menilai sesatu kejayaan.

Ya Allah saya telah sampai kan, Saksikanlah apa yang telah saya sampaikan..

Semoga bermanafaat..

SUNTINGAN :*NCS*.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S