*Bicara Musafir tamat permusafiran. [Bersama Sama ini ada sekeping nota kuliah ustaz Syukri Omar]*

Assalamu’alaikum...

Kembali semula ke tempat permastautin malam tadi jam 10 malam, menandakan tamatnya status Musafir. Agak lewat keluar dari Forest City Golf Resort, hinggakan solat musafir ditunaikan dalam X70 saja. Tapi doanya tidak kurang.. mohon yg jauh didekatkan, jika ada musibah tertulis di loh mahfuz, mohon tukarkan jadi kebajikan..

Semoga semua yang telah diusahakan untuk menjadi perjalaanan ini sebagai sesuatu yang bermanafaat dunia dan akhirat, diterima si Dia yang Berkuasa...

Diniatkan perjalanan kerana Ukhuwafillah, mengelak dari perkara syubhah apalagi maksiat, perbanyakkan zikir
dengan bantuan audio kenderaan, perbanyakkan beramal dgn sunah sunah asas nabi saw, stay “tune to azan” terutama subuh....
Malah, macam macam kita boleh buat, jika kita sentiasa ingat kepada si Dia..

Dan sesungguhnya itulah sebahagian demostrasi syukur dan terimakasih nya ke hadrat Nya yang telah memberi nikmat hidup, rasa seronok, dapat bermusafir, dapat pula bersukan dan bercampur gaul sesama insan. Jangan kita lupa Dia walau dimana sekalipun, kita mungkin ada saat terlalai dan terlagha tapi bersegera lah selepas itu MENCARI NYA semula.. kalau dalam keadaan sekali sekala ingat padaNya pun kita akan tewas terdampar dengan nafsu dunia, apatah lagi kalau kita lupa terus untuk berusaha kembali padaNya. Maka, susunlah perjalaan setiap kali kita kembara dgn susunan utk lebih dekat kepada Nya..

Ingatlah sesungguhnya Allah itu dekat. Kita semua tahu: kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

Untuk pagi ini, saya nak petik satu nota dari kuliah Ustaz Syukri Omar pada kuliah pagi sabtu yang lalu.
Semoga bermanafaat..

*ULASAN USTAZ SYUKRI OMAR*

Pernah suatu ketika Abu bakar melihat uban pada nabi dan bertanya: jawab nabi - yang berbuat aku beruban kerana surah surah spt mursalla, alwaqiah dan iza shamshukuwirat.

Surah surah ini adalah surah menceritakan hari kiamat, ianya membuat baginda nabi saw berfikir. Kenapa nabi sampai beruban? Nabi banyak berfikir keadaan umat berdepan hari kiamat yg menyesakkkan. Keadaan sebelum berlaku kiamat juga merisaukan nabi. Sabda nabi saw : Tidak berlaku kiamat ini sehingga berlaku 10 perkara: •addukhan (asap tebal) 40
Hari 40 malam sehingga tak dapat lihat tapak tangan sendiri hatta diletak dimuka, ketika itu waktu solat akan ditentukan dgn agak agak. Ramai manusia akan bergelimpangan terutama yang kufur dan untuk orang beriman, mereka hanya keluar hingus. Dunia menjadi sangat panas
•Addajjal, keluarnya dajjal selepas dunia menjadi panas. Dlm surah al kahfi, ada dberi petunjuk saat dajjal dtg : fitnah aqidah dan iman (dajjal ajak manusia sembah dirinya sbg tuhan). Fitnah ilmu (dajjal akan terkehadapan dlm sudut ilmu, tmpt kering boleh turunkan hujan). Tahun pertama dajjal, hujan tak turun tumbuhan tak tumbuh sehingga makanan tiada dan susah sangat, makanan orang beriman adalah zikrullah. Ketika ini dajjal dtg menawarkan pelbagai perkara untuk memberi makanan dan minuman. Ketika ini ayat2 Allah dijual. Dajjal juga boleh menghidup kan orang yang mati. Nabi melarang kita bertemu dajjal, kerana dia sesatkan manusia. Tapi ada seorang pemuda keluar dr madinah disuruh nabi bertemu dgn dajjal memaklumkan dia akan lawan dajjal. Lalu, pemuda dibunuh dan dihidupkan semula dgn sangkaan pemuda itu akan beriman dgn dajjal, tp tidak malah lagi melawan. Bila nak bunuh kali kedua sudah tak boleh, sehingga dajjal lari dan ketika itu,  nabi isa as turun. Hampir sangat dgn kiamat ketika ini. Nabi isa as membunuh dajjal. Selepas itu dunia amat makmur. Sehinggalah nabi isa as wafat, islam merudung malah lagi teruk sehingga majlis ilmu sudah tiada lagi.

Bersambung.... part 2 nota ustaz Syukri Omar.

*AKHIRUL KALAM*

Ini semua renungan dan tindakan kita bersama terutama saya yang serba dhaif ini. Maafkan segala kekhilafan jika ada.

Wallahu A’lam
..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang benar.

Wassalam..

Goresan Pagi Oleh: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S