*CITA CITA DUNIA DAN AKHIRAT* - diikuti salah satu sifat ahli syurga ( Ustaz Mohd Khair)

Assalamu’alaikum...
Salam sejahtera salam dunia
buat semua warga net...

Bangkit pagi ini, kita semua terus meneruskan cita cita dunia - senang dan bahagia dan cita cita akhirat - syurga abadi. Itulah maknanya utk sebuah kehidupan. Tetapi dlm banyak banyak makna kehidupan yang di tafsirkan, ianya menjadi tak bermakna, tanpa ilmu, Iman dan Taqwa.

Orang senang belum tentu hatinya tenang, orang susah belum tentu hatinya gelisah.
Ilmu dan amal membawa pd iman dan taqwa pasti boleh merubah segala. Tinggal lah kita untuk merealisasikan..

Biar jiwa tenang, hati damai.
Kita tak mampu mengubah hati orang lain berbaik sangka dgn kita, Tapi kita boleh mendidik hati kita untuk berbaik sangka dgn orang lain .

Pesan Ustaz Pahrol. dalam satu rancangan Radio IKiM: “Jika tanganmu pendek untuk membalas kebaikan seseorang, maka panjang kan lisanmu untuk selalu mendoakannya. Pesan pada hati, Benci jangan sampai menghina.Suka jangan sampai memuja”

Moga2 ALLAH menjaga baik baik hati dan akhlak kita semua. Aamiin..

Dalam pada membelek nota nota yg ada utk di kongsi di sini, “terserempak” satu nota kecil di tulis ketika kuliah ustaz Mohd Khair. Bersempena dengan isi muqaddimah pagi ini, cita cita dunia dan akhirat, saya selitkan utk di bawa ke dlm kehidupan, jika manpu...

*Ustaz Mohd Khair*
*Sifat Ahli syurga*
Kuliah pada 24 Jamadil Awwal 1441/ 20 Jan 2020

“Siapa dapat tahan marah sedangkan dia boleh marah, di hari kiamat Allah akan panggil di khalayak ramai untuk di muliakan, sehingga dia boleh pilih mana mana bidadari syurga ...”

“Siapa menahan sifat marah kerana Allah, Allah akan berikan: Kedamaian dalam hati dan jiwa nya, dan akan dipenuhkan juga iman dalam dirinya”

Ketenangan tidak mampu di beli dengan wang ringgit. Saat marah mujahadahlah untuk meraih kebaikan2 di akhirat...

Pendek jer kerana saya sampai lambat tapi cukup terkesan orang spt saya yg semakin berusia semakin sensitif.. Moga ada juga manafaat untuk tuan tuan.

*AKHIRUL KALAM..*

Tapi pagi pagi gini, sumbat kan juga dalam kepala dgn kata kata: Usah biarkan hati kita kecewa lebih2 dengan manusia, kerana tujuan hidup kita bukan untuk dia tapi untuk ALLAH...

Cita cita yang besar akan mengecilkan masalah. Jika setiap masalah dirasakan besar itu tanda cita cita kita kecil.

“Jaga hartamu dgn zakat, Ubati sakitmu dgn sedekah dan harungi bala dgn dia. (Riwayat al Baihaqi)

Selamat untuk semua..
Mohon doa untuk saya, semalam tiba tiba badan terasa lemah, jantung tiba tiba krik krik, juga moga saya istiqamah dgn ubat ubat si jantung..

Wallahu’alam
Wassalam

Suntingan : *Ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S