*CORONAVIRUS: ZAHIR DAN BATIN. Di kepil bersama Sambungan Nota Ustaz Najib Taha. - Kelebihan Istighfar*
Assalamu’alaikum..
Kelam kabut seluruh negara berdepan dengan Isu virus Corona. Sampaikan ada juga group whatsapp terus “tersumbat” dengan cerita yang sebahagian besarnya adalah “tidak pasti” dan ada juga “yang tidak benar”.
Sama sama kita lihat apa yang berlaku dengan mata hati, bukan bermakna duduk diam tak berbuat apa apa. Dongak ke langit, lihat lah betapa jauh langit payungi dunia. Gerangan kuasa apa kah yang nenahan langit dari jatuh “membaham” bumi. Itulah kuasa yang kita nak kena sedar kerana yang itu benar benar berkuasa.
Sepeti biasa, apa yg berlaku juga mungkin sebahagian adegan “mungkin Tuhan mulai bosan, melihat tingkah laku kita”. Ada yg menyeksa bangsa sendiri dek kerana agama berbeza, yang di luar sana pula mengaku sama agama tapi tidak berusaha hatta sekelumit doa cuma.
Akhirnya, kedua dua di kejar bencana. Bencana Corona.
Nak salahkan siapa, satu memang zalim, satu lagi menerima sptnya redha.
Dari Abu Bakr As Siddiq Ru berkata: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kalian benar2 membaca ayat ini ‘Hai orang2 yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah org yg sesat itu akan memberi mudharat kpdmu apabila kamu telah mendapat petunjuk’ (Al Maidah 105). Kerana sesungguhnya aku telah mendengar sabda Nabi saw: “ Sungguh manusia bila mereka menyaksikan orang zalim namun tak menghenti kannya, dikhawatirkan Allah akan menjatuhkan hukuman Nya pada mereka semua”
(Abu Dawud, AtTirmidzi)
Dalam berdepan dengan isu Virus ini, usaha secara zahir amat diperlukan kerana nabi saw tidak pernah menyuruh kita menyerah kepada takdir. Tapi jangan lupa pada usaha secara batin, berdoalah dan mintaklah dengan Allah cara terbaik untuk berdepan dgn hal ini. Mudah2an akan dtg bantuan pertolongan dari nya. Bukan sekadar bantu kita tapi beri hidayah pada semua..
Selebihnya beristighfar lah..
[Ustaz Najib Taha]
*Kitab zauharul mauhud wa munabbihat al qulub*
Ada dua permintaan kita kena selalu minta agar kita hampir pada Allah yaitu rasa manis dalam beriman dan rasa manis dlm beribadah. Selalu rindu untuk tahajjud, rindu tunggu solat dan baca alquran. Diri kita perlu di hiasi dengan ketaatan kita kepada Allah.
[KELEBIHAN ISTIGHAFAR]
Manusia dilahirkan tidak akan lepas dari berbuat silap. Dalam kita berjaga jaga pun kita akan ada juga buat kesilapan.
Istighfar adalah satu ibadah. Manusia selalu hendak baiki dirinya kearah kebaikan. Kehidupan kita hendaklah lebih baik dari hari ke sehari. Ianya boleh berlaku dengan perbanyakan istighfar.
Istighfar/taubat adalah satu perasaan bersalah yg terbit dalam diri seseorang atas kehendak Allah.
Firman Allah an nisa 106:
وَاسْتَغْفِرِ اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguh mnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dari ayat di atas. Hukum taubat dan istighfar adalah wajib.
Dari satu Hadis qudsi : wahai hambaku, ssghnya kamu akan melakukan kesilapan siang dan malam (kerap buat kesilapan)
Nabi saw: “aku mintak ampun dgn Allah sebanyak 70 kali” . Nabi saw maksum tapi tetap beristighfar utk meninggikan martabat (wasilah). Nabi harapkan redha Allah untuk dapat syurga Allah yang teringgi.
Maka, tingkatkanlah amalan ibadah dan taubat kita untuk berada dan bertemu dgn nabi saw.
Istighfar nabi saw bukan sebab dosa tapi nak naikkan darjat nabi saw. Siapa nak darjat nya tinggi disisi Allah maka hendaklah dia rendah kan dirinya kepada Allah..
Kekadang kita akan terpengaruh dengan keadaan persekitaran walaupun kita baru saja bertaubat,kita buat lagi. Tapi, Allah swt Maha pengampun kecuali pada dosa syirik. Yang mati dalam keadaan tidak syirik tapi banyak maksiat akan di ampun Allah alhirnya nanti tapi Allah akan “belasah” mereka dgn memasukkan mereka ke neraka. Tapi hujungnya selepas disiksa di neraka dia akan dikeluar kan dr neraka dan dimasuk kan ke dllm syurga. Nak kena kita spt ini??
*Akhir kalam..*
Sama sama panjatkan doa pada Allah dalam berdepan dengan isu virus corona ini.
Jadilah orang Bijak, banyak ingat hal kehidupan selepas kematian.
Yang Allah amat murka, orang yang tahu dan ada ilmu tapi tidak beramal dgnnya.
Wallahu’alam
Wassalam..
disunting oleh : *NCS*

Comments
Post a Comment