*ERTI AQIDAH DAN CIRI CIRINYA* - Ustaz Dr Azmil Dari UM.

Assalamu’alaikum...

Alhamdulillah. Muncul kita lagi di pagi Ahad. Hari yang tidak pernah tidak mulia kerana atas sifat setianya pada Allah. Muncul tetap pada kadar dan waktu di tetapkan. Tinggallah kita untuk meletakkan kesetiaan kita pada Allah pada tempat yang sewajarnya. Mudah2 an kita juga mampu sujud dan ruku’ pada waktu yang telah di tetapkan. Sesghnya, kita tidak punyai waktu yang banyak untuk sekadar membawa kehidupan ikut acuan sendiri. Ikutlah acuan al quran dan al hadis untuk selamat dunia dan akhirat.

Mudah tapi sukar...

Tanggungjawab tetap tanggungjawab..

Alhamdulillah. Seusai subuh semalam dihidangkan dgn satu kuliah subuh yang amat baik untuk lebih dapam memahami apa yang saya anuti selama ini. Terimakasih ustaz Dr Azmil dari UM. Pagi ini saya nak share muqaddimahnya.
“ERTI AQIDAH DAN CIRI CIRINYA”..

Ustaz Dr Azmil
Akidah dan Ciri Ciri nya

“Tunjukkanlah pd kami kenenaran dan rezekikanlah pada kami utk mengikutinya, tunjukkanlah yang kepalsuan itu adalah kepalsuan, dan rezekikanlah kepada kami meninggalkannya.. “

Semoga Allah terus istiqamahkan kita untuk terus berada di jalanNya.

MUQQADIMAH

Sesgghnya, setiap kali kita belajar dan mengikuti kuliah dan tazkirah, ianya “Peneguhan dan Penegasan”
pada apa yang telah sedia ada dlm diri kita semua dari segi aqidah.
Minal mahdi ilal mahdi.
“Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sampai liang lahat” Proses pembelajaran adalah satu proses yang berterusan.

Iza taqarora - bila kita ulang ulang kan sesuatu perkara ianya akan melekat.

Para sahabat zaman nabi dahulu dengan al quran spt kita dengan handphone sekarang. Madinah, pada waktu malam, dengungan alquran kedengaran dibaca dan di tadabbur sekitar semua manusia.

Selain dari itu niat hadir ke majlis ilmu juga perlu selalu diperbaharui.
Kitab Bidayatul al hidayah, Imam Ghazali - niat menuntut ilmu pada peringkat awal adalah taqarun ilallah. Nak dekat dgn Allah. Kegelapan ilmu akan menjauhkan kita dari Allah. Niat2 lain dari kitab pelita penutut taalim al mutaalim, belajar cara nak belajar. Antaranya, niat selain nak dekat dgn allah

- syukuri nikmat akal. Allah rezeki kan kita masih ingat tidak nyanyuk. Hadir masjlis ilmu utk guna nikmat akal.
- Menghilangkan kejahilan. Bila kita jahil, assebab pada memusuhi kebenaran.
- Memuliakan agama. Inilah serampang dua mata. Selain dekat dgn Allah, kita kekalkan ketulinan islam. Ini penting utk di warisi oleh keturunan seterus nya utk beramal dengan islam yang sedia ada. Wasilah (jalan) pada krisis manusia adalah belajar. Kita tidak mahu ianya menjadi seperti ajaran tauhid nabi isa as yang di rosakkan oleh pengikutnya yang menjadi agama syirik pada Allah. Kembali pada ilmu adalah benteng untuk pertahankan islam berdasarkan pada amalan ulamak ulamak terdahulu.

Nota: nak buat kerja dakwah, tak perlu emitional dalam semua keadaan. Jangan tahu tapi lawan, kalau jahil tapi lawan kena belajar

*AKHIR KALAM*
In shaa Allah jumpa esok untuk part 2

Moga islam berada teratas dari agama agama yang lain.

Semoga bermanafaat..

Wassalam.

Ikhlas dari : *Ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S