*Hari Jumaat Hari Mulia: sesungguhnya segala kehebatan dan kemuliaan adalah milik Allah. Sharing is Caring: kata kata Ustaz Halim ( AMALAN SEDIKIT TAPI PAHALA BANYAK)*
Assalamu’alaikum...
Salam Jumaat. Hari yang penuh kemuliaan, semoga kemuliaan itu menjadi satu anugerah untuk kita raih dari Allah swt.
Jom kita buru kemuliaan mengikut piawai Islam dgn tidak melanggar batas syarak.
“Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah lah segala kemuliaan ” - sebahagian ayat 10 Fatir.
Pagi ini kita mulakan susun atur langkah kita dgn satu niat - memperjuangkan kalimah toyibah, ‘tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya”
Gunakanlah kesempatan yang ada di dalam hari junaat ini kerana didalam hari Jumaat banyak amalan amalan yang walau di buat sedikit tetapi pahalanya banyak.
Untung juga malam tadi. Selepas hampir 3 hari tak berkuliah di Surau Al Amin, malam tadi dapat menadah ilmu di depan ustaz Halim yang banyak mengingatkan tentang kehebatan amalan di hari jumaat.
Kita semua tahu tapi kadang terlupa dan disebabkan ianya satu kebiasaan maka kita tidak melakukanya dan kita perlu melihat kehebatan junaat ini secara batin bukan secara zahir.
Saya sharekan sedikit nota dari kuliah malam tadi, moga ada manafaat..
*Ustaz Halim*
[Amalan Sedikit Pahala Banyak ~ MERUJUK pada tulisan Dr Fadlan Mohd Ismail]
Amalan sedikit pahala banyak.
•Solat Jumaat.
Kalau kita tidak ada tugasan, pada hari jumaat kita disarankan untuk pergi awal kerumah Allah seawal mungkin. Jangan lupa niat i’tikaf ketika memasuki masjid. Moga ada pahala lebih untuk kita. Hendaklah kita mulakan aktiviti dekat kan diri dgn Allah, seelok seawal maghrib hari khamis lagi.
Dengan datang awal mudah2an kita akan dapat saf yg pertama. Mudah2an kita dapat memaximumkan pahala kebaikan pd setiap hari jumaat.
•Solat lima waktu
Nabi saw: tiada seorang muslim bila masuk waktu dia tunaikan wudhu dgn khsuyuk kecuali Allah ampunkan dosa2 mereka.
Yang terbaik adalah berwudhu dari rumah lagi. Inilah yang di ajar nabi saw.
Moga kita miliki kenikmatan ini..
Solat jemaah lebih banyak ganjaran dr solat sendirian. Kemampuan untuk kita lakukan usaha2 ini : solat diawal waktu bersama imam akan terjadi bila ianya dah jadi satu kebiasaan.
•Solat disaf yang pertama. Kelebihan nya sangat2 luar biasa. Tapi tidak menjadi rebutan kerana ianya kita tak nampak dengan mata hati. Inilah untung mereka yang beriman dgn perkara ghaib walaupun tak dapat nak lihat secara zahir kebaikan yg di perolehi tapi ganjaran ini (ada di saf pertama) pasti menguntungkan kita nanti.
“Sessungghnya malaikat minta pengampunan 3x untuk ahli saf yg pertama .. sekali saja untuk saf yang lain.”
Kalau tahu ganjaran duduk disaf pertama, nescaya kita sanggup untuk undi. Kalau ada peluang untuk ada di saf pertama ambillah, jangan lepaskan, dalam bab ibadah kita kena tamak !
Doa malaikat.. rahmatilah dia, ampunilah dia.. siapa tak nak malaikat doakan untuk kita kerana doa para malaikat in syaa Allah akan di makbulkan Allah.
•Solat
“Sesiapa yang solat 40 hari berturut turut (dgn takbiratul ihram bersama imam), maka dia akan terlindung api neraka dan juga dari kemunafikan”
Logik selepas 40 hari dengan satu kebiasaan mulia ini, bila kita ada urusan sehingga tidak dapat tunai kan solat secara berjemaah kita akan terkilan. Buat lah perkara sehingga menjadi satu kelaziman.
Secara zahirnya sesuatu yang baik perlukan kepada latihan dan displin untuk jadikan satu kelaziman.
•Solat sunat iringi solat fardhu
“Tiada seorang yang solat sunat 12 rakaat selepas solat fardhu kecuali Allah akan bina rumah untuknya di syurga”
Jangan kita berkira dengan kita kerana kita takut Allah pula akan berkira dengan kita.. kalau ini terjadi maka rugilah kita kerana Allah tidak akan terjejas sedikit pun kalau kita berkira, tetapi kita akan terjejas banyak dalam kehidupan dunia dan akhirat jika Allah dah mula berkira dengan kita. Utama kan Allah,
“ Ssghnya sebaik2 solat adalah di rumah kecuali solat fardhu” tetapi ketahuilah kedudukan kita di rumah adakah kita mampu lakukan di rumah bila dah balik? Kalau tak, buat saja di masjid tapi kalau dapat buat di rumah amat di alu alu kan.
•solat sunat 2 rakaat sebelum solat subuh.
Semua orang tahu kelebihan ini. Tinggal nak buat saja.
•Solat dhuha
Duduk selepas solat subuh, dengan berzikir mengingati Allah sehingga terbit sang matahari, kemudian dia solat dhuha, maka dia akan dapat pahala haji sempurna, sempurna sempurna..
Sebenarnya solat dhuha bukanlah semata mata untuk murah rezeki tapi hikmahnya dalam keadaan masa sedikit seawal pagi, kita yang sedang sibuk dgn urusan dunia, kita mampu peruntukkan masa untuk solat pada Allah, betapa besarnya ganjaran ganjaran yang kita sendiri tidak tahu dari mana Allah akan beri kan diatas ingatnya kita pada Allah dalam keadaan sibuk sekalipun.
•Solat malam
Sebelum masuk subuh, paling kurang 2 rakaat solat tahajjud paling kurang
•Solat jenazah
Sesiapa yang menunaikan nya, Mendapat pahala 1 qirat ( sebesar gunung Uhud), satu qirat lagi jika kita iringi jenazah ke kuburan pula
#Satu satunya makhluk yang sama sama didalam syurga adalah gunung uhud.
•Solat di masjidil haram dan nabawi
Solat di Masjidil haram - 100,000 x lebih baik dari solat di masjid biasa.
Masjid Nabawi - 1,000 x lebih baik dari solat di masjid biasa.
Berhati hatilah bila ada di masjidil haram atau nabawi, takut kita disibukkan dgn perkara lain pula bila tiba di sana..
•Solat di masjid quba
“Pahalanya sama spt sekali umrah. Sesiapa yang berwudhu dari rumahnya dan bersolat di masjid quba’”
*AKHIR KALAM*
Semoga setiap ilmu yang kita perolehi akan menjadi kan kita lebih kuat untuk beribadah dan lebih setia dan taat pada Allah swt.
Moga juga kita terus mencari apakah amalan yang sedikit tetapi akan dpt ganjaran yang banyak..dan beramal denganya.
Selamat melata di bumi Allah..
Wallahu’alam
Wassalam
Tulisan: *NCS*

Comments
Post a Comment