*Hasil Usrah keluarga NCS malam tadi - nota kecil dari ustaz Aizudin*

Assalamu’alaikum...

Bayu pagi bertiup lembut di luar sana, walau cuaca panas sampai ke malam. Butir butir kecil air yang terkondensasi dari mana entah, ianya menyegarkan suasana. Itulah suasana dinihari di khatulistiwa. Tidak sejuk sangat tapi nyaman. Tadi, sebaik saja bangkit dari tidur yang lena, mati yg sementara, sekujur tubuh bangun memulakan rutin harian: bernafas dan bergerak, seperti semalam. Alhamdullilah.

Itulah nikmat dari Nya. Namun tiada yang lebih bernilai daripada nikmat Islam dan Iman.

Setiap hari minimum 17 kali dalam solat lima waktu kita mintak kepada Allah nikmat iman dan Islam, setiap saat kita meminta hidayah pada Allah.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ.

“Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.”

Bila sebut nikmat dan hidayah, tidak ada nikmat yang lebih besar daripada nikmat hidayah, hidayah terbesar pada kita adalah iman dan islam.

HENCE, nikmat hidayah ini harus kita jaga. Semoga kita istiqomah di jalan ini dengan kesabaran. Kesabaran yang menjadikan kebaikan pada diri kita. Sabar dalam taat, sabar tinggalkan larangan, sabar dalam takdir yang dberikan...

Inilah “point” yang diutara kan dalam usrah Januari 2020 bersama anak anak dan isteri malam tadi. Terimakasih Allah kerana menjadikan ruang malam malam tadi adalah medan untuk kami anak beranak berkongsi ilmu dan juga mentaddabur Al Quran. Doakan semoga kami kekal istiqomah di jalan Allah..

Untuk pagi ini, saya hanya nak pinjam kata kata dari Ustaz Aizudin ketika kuliah maghrib seminggu yang lalu di surau al amin.

“Setiap peluh yang kita gunakan ke jalan Allah, nescaya tidak akan keluar lagi di padang mahsyar. Malanglah orang yang tidak pernah mengeluar peluh di jalan Allah ketika didunia kerana dia akan tenggelam dalam peluh di mahsyar nanti “ - Ustaz Aizudin.

Renung2kanlah. peringatan buat diri saya sendiri..in shaa Allah, bercita cita untuk menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah saw.

*Akhirul kalam*

Maka, sebagai umat Islam jagalah nikmat Islam dan Iman ini sebaiknya…kerana tanpa nikmat ini sia sia lah hidup kita walaupun ketika itu kita ada harta, pangkat kemewahan,kerana ini semua tidak bernilai langsung di sisi Allah, jika kita gunakannya di jalan Allah.

Wallahu’alam

Wassalam

Tulisan: *Ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S