*Input dan ouput*
- disertai nota Aqidah dan ciri cirinya oleh Dr Azmil.
(PART 2)

Assalamu’alaikum... pada sekalian Muslimin muslimat yang dimuliakan Allah kerana Islam.  Juga tak lupa “salam sejahtera..”

Dalam hidup kita, kita perlu kan input dan output. Baik physical mahupun mental. Bila kita makan, kita perlu buang. Buang bukan setakat buang sisa sisa melalui pengkumuhan tapi juga kena ada exercise untuk membuag toxic yang terhasil dari lebihan yang tidak diserap jadi tenaga. Wahai sahabat sahabiah jom kita jadi muslim yang sihat dengan “exercise”, sekurang kurangnya 30 minit sehari, enam hari seminggu.

Mental dan soul kita juga perlukan input dan output.
Dari segi mentalnya, untuk elakkan kita cepat nyanyuk kita kena sentiasa gunakan untuk berfikir pd peringkat
“Problem solving” supaya sel otak tak mati. Jiwa kita juga perlukan input, dengan berzikir dan mendengar majlis majlis ilmu. Selepas itu, dari apa yang di dengari; kita perlu amali dan sampai kan. Moga ada keberkatan dari Allah untuk menjadi hidup kita dipermudahkan dunia dan akhirat.

Sebagai sedikit input minda pagi ini, saya sertakan part 2 kuliah AQIDAH DAN CIRI2 dari Ustaz Dr Azmil.. moga kita sampaikan pada yang lain utk jadikan sebagai output secara batin pagi ini.

*AQIDAH DAN CIRI CIRINYA*
#rujukKitab dan ulamak

AL AQIDATUL : terbit dari al aqdu asal dari aqal. Terpecah terbit dari ilmu soraf, terbit perkataan aqidah. Al aqdu adalah simpulan. Kena rujuk bahasa asal kerana ianya akan memantulkan maknanya. Simpulan dlm bentuk kepercayaan yang teguh. Dari segi bahasanya.
Nota: aqad nikah. Simpulan satu perkahwinan yang teguh antara dua pihak.

Bila sebut ikat/simpulan, ianya tidak lepas dari material. Tapi ianya lebih luas dari segi maknawinya.

Oleh itu aqidah adalah simpulan ikatan yang teguh antara orang (yang beraqidah) dengan apa yang dia percaya. Bila kita faham erti aqidah, kita akan lebih terasa bila kita sebut : saya beraqidahkan islam. Apa yang dipercayai itu akan jadi pegangan ikutan hidupnya. Tapi bila sebut aqidah, belum ada lagi samaada ianya benar atau tidak. Ini kerana agama lain pun ada aqidah mereka juga, walau pun tidak betul.

[Aqidah dan Ideologi]

Ideologi cuba berebut dengan aqidah islam kerana nak juga jadi macam aqidah. Sebab itu jika ada seorang yang beridelogikan komunis tapi katanya dia beraqidah islam, Ini adalah rojak. Erti nya bila beraqidah islam kita tidak akan beraqidah agama lain. Tidak boleh kita ambil atau peluk ideologi yang lain selain dari islam. Aqidah islam adalah satu pekej lengkap sebuah kehidupan. Aqidah dan kepercayaan adalah menjadi satu perkara yang sama.

“OLEH ITU BILA BUKTI2 TELAH CUKUP BAGI SESERORANG TEHADAP APA YANG DI PERCAYAI NYA, DIA PEGANG SUNGGUH SUNGGUH IANYA AKAN MENJADI mutaqqil - pegang dengan apa yang di percayai.

*AKHIR KALAM*

In syaa Allah jumpa pagi esok untuk nota seterusnya.

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah”

Jom persiapkan diri mentally, souly and physically..

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menjadi Mukmin yang KUAT IMAN.

Semoga bermanafaat

Wallahu’alam

Wassalam

Tulisan pagi dari: *Ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S