*Menulis untuk pahala*
- JANGAN BERKIRA DENGAN ALLAH..

Assalamu’alaikum
Salam pagi sabtu buat semua.. selamat bercuti!

Dah jadi satu kebiasaan untuk saya menutup dinihari sebelum azan subuh, dgn “bersahur” kata kata. Saya nikmati setiap gerakan jari mengetik Iphone. Semua nya untuk ummah, semoga semua tersentuh seawal pagi hingga rasa bahagia. Begitulah setiap hari, antara “pena” dan pagi. Harapan nyata, semuanya spt satu sedekah buat semua..

Untuk saya secara peribadi, mencipta tulisan sepertinya mengisi air ke dalam gelas. Jika terus dan terus maka gelas pun penuh. Begitulah tulisan tulisan ilmu jika terus dan terus dilakukan maka fikiran tak kan kosong. Dek kerana selalu terisi dengan rangkaian kata dari ilmu ilmu agama yang mengandung makna. Inilah yang akhir nya akan berubah menjadi satu tenaga positif yang selalu nya menyemangati raga utk jadi setia pada yang Esa. Biar pun saya bukanlah “baik sangat” disisi Allah.

Terasa rasa menulis seperti  nafas alam. Getaran jari seolah berhembus melalui butiran kata sendiri dan nota para assatizah. Saya tidak ada tauliah dan malah dah pun di istihar bukan qariah, tak layak berucap, maka menulislah! Seketika hati berbicara dalam rangkaian yang tersusun sempurna. Hingga batin pun tergapai apa yang dirasa. Saya rasai indahnya menulis. Satu demi satu hingga kini sudah beribu hingga sudah pun menjadi sebuah karya untuk tatapan anak cucu..

Apapun hasilnya, menulis ilmu agama adalah hal yang membuat banyak amalan menjadi nyata. Apa tidaknya setiap apa saya “kata” dlm tulisan, saya akan rasa amat tercabar jika saya tak laku kannya.

Untuk kekal istiqomah, pagi hari biasa, saya akan pasti kan hanya solat subuh jadi pengisi ruang. Di hari cuti pula, sebelum mentari hadir bersemangat mengganti sepi malam, majlis ilmu akan diusaha untuk disantuni. Moga benarlah janji Allah swt spt yang dinukilkan
Imam al Nawawi, waktu yang paling mulia untuk berzikir (berada dlm majlis ilmu juga berzikir) di siang hari adalah setelah solat subuh.

Semoga kita tergolong dlm kalangan orang yg memulia kan waktu Subuh dan waktu selepasnya.. nak nak pada hari “bercuti”. Jika kita tak mampu buat setiap minggu, buatlah sebulan sekali.

Semoga tulisan yg sedikit ini menjadi pemula langkah the dan motivasi, penyemangat dan pengingat diri.

Untuk pagi ini, saya serta kan kata kata dari salah satu nota kuliah :

“Jangan kita berkira dengan ALLAH kerana kita takut ALLAH pula akan berkira dengan kita.. kalau ini terjadi maka rugilah kita kerana ALLAH tidak akan terjejas sedikit pun kalau kita berkira, tetapi kita akan terjejas banyak dalam kehidupan dunia dan akhirat jika ALLAH dah mula berkira dengan kita. Utama kan Allah.. Dahulukan ALLAH”

*Akhirul kalam*

Nikmatnya menulis di pagi hari ditemani udara dingin bersama suara sunyi yang begitu unik hingga menyapa otak utk segera bangkit. Setelah merebahkan raga semalaman. Sehingga  jadi lah menulis di pagi hari itu senikmat minum kopi dan makan selembar roti seawal pagi..

Sekali lagi, Selamat pagi semua... saya akan tetap bersemangat menulis... menulis menyehatkan fikiran dan hati.. Apalagi menulis di pagi hari. Nikmat sekali.

Izinkan saya terus menerus menghuni di ruang maya ini.

Wallahu’alam

Wassalam

Luahan: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S