*Nasihat Agama dan Wasiat Iman [Ustaz Meftah Anuar]* - kita tidak akan menyesal sehingga kita bertemu Allah...mintak nak hidup semula.
Assalamu’alaikum..
Salam pagi, salam sejahtera.
AlHamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Selawat dan salam kepada hamba dan utusan Nya, Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat baginda.
Dalam pada kita meniti kehidupan kehidupan ini, kita kena sedar bahawa tiada sesuatu pun yg akan boleh kita jadikan tempat untuk bergantung, samaada tika kita di dunia mahupun kita di kubur apatah lagi di padang mahsyar. Hanya Dia tempat berpaut.. jangan sampai mudah berkata tapi payah mengota.
Maka, dengan itu saya pagi pagi sebegini, nak seru pada diri sendiri dan setiap diri mukmin untuk wajib letak kan rasa cinta yang amat mendalam pada Tuhan, Allah Subhanahu wa Ta'ala. Pada masa yang sama kita juga wajib mengharapkan kecintaan dari Nya..
Yang lebih penting; yakinlah hari perjumpaan dengan Nya pasti ada. Kerana itu kita perlu menyiap segala sesuatu untuk perjumpaan itu.
فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
"Barang siapa mengharap perjumpaan dgn Tuhannya maka hendaklah mengerja kan amal yang soleh dan janganlah mempersekutu kan seorang pun dalam beribadah kpd Tuhannya."
(Al Kahfi: 110)
Kebelakangan ini banyak kematian samaada yang muda, seusia atau yang lebih tua. Banyak yang memberi kesan pada jiwa saya teutama bila yang meninggal itu seusia saya tapi susahnya nak bertahan dengan keberkesanan itu kerana persekitaran kita yg banyak melalaikan kita.
Alhamdulillah. Malam tadi selepas siangnya sibuk dgn urusan bekerja dan juga bersukan, diberi peluang olehNya untuk bersimpuh di bahagian depan ruang surau ketiak ustaz Meeftah berkuliah. Berusaha juga untuk duduk di baris depan walaupun datang lewat. Moga nya ada yang baik baik dan positif dari Allah, walaupun lemah sangat disisiNya. Dengan itu, saya sempat juga mengambil nota untuk disebarkan pada semua..
*Sedutan dari kuliah Maghrib oleh Ustaz Meftah...*
Orang mukmin yang berjaya adalah orang yang solat nya khusuk dan dia tinggal kan benda yang sia2. Sekarang kita tak menyesal jika tak buat perkara yang baik kerana kita sentiasa rasa kita masih punya banyak masa. Kita tak rasa rugi kalau tertinggal baca quran, atau solat dhuha atau solat witir kerana kita sentiasa rasa kita punya banyak masa..
Akhirat kita menanti, biarlah kita sentiasa merasa selalu ketinggalan dalam berbuat kebaikan.
Semua buku amalan kerja kita akan ditunjukkan nanti. Bayangkan kehebatan teknologi Allah dalam urusan audio visual di akhirat nanti. Nescaya bila kita dah lihat tayangan tayangan ini, kita akan minta dgn Allah untuk di hidupkan semula didunia.
Allah maha adil. Sampaikan syaitan berpeluang. Surah al a’raf - kenapa tidak mahu sujud pada adam. Aku dari api. adam dari tanah. Manusia tak nampak disebalik keadilan Allah. Manusia nampak disisinya saja tak nampak apa yang Allah nak berikan..
Wahai anda yang budiman..
Pilihlah yang terbaik untuk diri mu. Setiap hari kita memilih, kita diberi ilham samaada nak buat baik atau sebaliknya..Faalhamaha Fujuroha wa Taqwaha
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
“Maka Dia mengilhamkan (setiap jiwa) jalan dosanya dan jalan taqwanya.”
(As Syams: 8)
*AKHIRUL KALAM..*
Hidup ini pilihan. Terserah kita, mahu jadi apa. Terserah kita, mahu ke mana arahnya.
Jalan syurga, jalan neraka. Terserah kita, akan berakhir macam mana..
Dan kita memang tidak akan pernah boleh tahu kematian kita. Yang paling penting adalah kematian seperti apa yang kita nakkan. Kematian tika sujud atau kematian tika bermaksiat. Kematian tika memberi atau kematian tika merampas hak orang atau Kematian tika melantunkan ayat atau kematian tika berlonjakkan di konsert. Kematian tika sedang bersama orang soleh atau kematian tika bercampur baur dengan orang yang dimurkai Allah SWT.
Pilihlah..
Semoga ada manafaat untuk renungan disebuah pagi yang mulia..
Wallahu’alam
Wassalam
Penyunting: *NCS*

Comments
Post a Comment