*Nostalgia Bersama Arwah Ayahanda di Pagi Jumaat..* - HAKIKAT MANUSIA DI SEBALIK SURAH YASSIN AYAT 68.
Assalamu’alaikum..
Di pagi jumaat yang hening ini, tiba tiba teringatkan pd arwah ayah. Saya sempat melihat evolusi kehidupan nya satu persatu. Dan itu semua hanya membenarkan kejadian dan janji Allah swt.
Beza usia antara kami 36 tahun. Pada ketika usia saya mula merakam kehidupan, sekitar sekolah rendah, usia ayah 40 an. Ketika saya dah mula baligh, ayah memasuki usia 50an, seperti usia saya sekarang. Selepas itu, saya dapat melihat detik detik dan merakam di kotak fikiran evolusi usianya dari 50 an sehingga 80 an sehinggalah beliau tinggal kan dunia ada 2018. Dari seorang ayah yang kuat bekerja sehinggalah kepada seorang ayah yang terbaring di sofa lemah tidak berdaya di pagi raya 2018.
Penyaksian ini membenar kan janji janji Allah dalam surah yassin ayat 68.
وَمَنْ نُعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ ۖ أَفَلَا يَعْقِلُونَ
“Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadian nya (keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkan nya?”
Ketika manusia dipanjang kan umurnya, dia akan dikembalikan pd keadaan lemah setelah sebelumnya dalam keadaan kuat. Since kita dah tahu, kita akan di kembalikan kpd keadaan tua yg lemah; sepatutnya masa kuat di waktu muda, kita kena gunakan sebaik2 utk beramal soleh.
Alhamdulillah, di usia 50 an sehingga 80, saya jadi saksi arwah ayah berulang ke masjid surau dan bersimpuh juga di majlis ilmu. Malah, ketika di Kota Bharu, dia menjadi pengunjung tetap setiap pagi jumaat di tempat dimana TGNA “mengajar” di pagi jumaat. Ini satu lagi memory yang menggamit saya di pagi jumaat yang mulia ini..
Memasuki era 80, dia sudah semakin lemah utk berulang ke masjid atau surau.
Dari ‘Abdullah bin Busr, ada Arab Badui bertanya pada Rasulullah saw, siapakah manusia yang paling baik. Rasul saw menjawab:
“(Yang paling baik adalah) yang panjang umur dan baik pula amalnya.” (Tirmidzi, no. 2329)
Semoga kita semua akan terselamat dengan baiknya di dunia dgn satu penamat yang baik. Jangan sampai kita terbawa bawa dengan nafsu sendiri..
“Masih ada yang sudah berumur memiliki hati seperti anak muda yaitu mencintai dua hal: cinta berumur panjang (panjang angan-angan) dan cinta harta.” (Muslim, no. 1046)
INDEED, tanda waktu itu begitu berharga bagi kita (muslim) kerana kita akan ditanya kelak, di mana waktu tersebut dihabiskan.
*AKHIRUL KALAM..*
Bersama saya ada beberapa keping nota utk disharekan lagi. Tapi untuk pagi ini saya tak sempat nak edit. Nanti lain waktu saya kongsikan.
Apa2 pun untuk pagi jumaat ini, tiada doa yang kudus utk kita doakan bersama selain dari : Semoga Allah swt beri taufik dan hidayah pada kita utk boleh memanfaatkan waktu dengan baik.
Semoga sedikit nostalgia saya bersama arwah ayah dan Ayat 68 surah Yassin, mendorong kita menjadi orang yg berfikir. Kita ada
“Akal” tapi jgn kita hanya jadi orang yang cerdas dan ada akal tak tidak mahu pula berfikir..
Kalimat “ أَفَلَا يَعْقِلُونَ ” adalah kalimat peringatan untuk mereka yang mendustakan.
Semoga kita tidak mendusta kanya...
Wallahu’alam
Selamat beribadah..
Wassalam.
Picisan Jumaat dari: *NCS*
#ALfatihahUtkSemuaArwah
#RINDU”MEK&AYOH”

Comments
Post a Comment