๐Ÿ“ *PESAN IMAM SHAFIE : 10 HAK*

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.

Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

*1. Hak kepada diri*
iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

*2. Hak kepada Malaikat maut*
iaitu mengqada’kan segala kewajipan yang tertinggal dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

*3. Hak kepada kubur*
iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

*4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir*
iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

*5. Hak kepada Mizan*
iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

*6. Hak kepada titian sirat*
iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman & hidup dalam suasana berjamaah

*7. Hak kepada Malaikat Malik*
iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH swt. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak

*8. Hak kepada Malaikat Ridwan*
penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t. sabar menerima bala’ dan bertaubat.

*9. Hak kepada Rasulullah s.a.w.*
iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

*10. Hak kepada ALLAH*
iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah."

Semoga kita dpt menunaikan segala hak2 ini sebelum dipanggil pulang.
Jom zikir,Istighfar & banyakkan selawat dalam kehidupan seharian kita

۞ ุงَู„ู„ู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…

Tingkatkan iman dan ilmu dengan dapatkan Pendrive Persiapan Kematian, juga salah satu usaha kita sebagai persiapan dan bekalan ke Sana (Akhirat)

Klik Link untuk dapatkan:
๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
http://bit.ly/2CJWhR3

๐Ÿ€Fatehteam

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S