*SECEBIS INRAH DARI PERSINGGAHAN UNTUK ISYA’ Di Surau Section 4 Bandar Baru Bangi*
- KELEBIHAN SURAH TOHA.
Assalamu’alaikum..
Selingkar kisah berlalu semalam. Yang pasti, diri tak pernah berhenti dr berdosa.
Moga moga Allah buka pintu hidayah untuk kita2 semua untuk sentiasa pula berusaha untuk neutralize kan segala dosa dosa. Dan, maha penting untuk kita akhiri kehidupan dengan keadaan “sejengkal dari syurga”. Tidak mudah tapi bukan “impossible”. Kalau ada yang ketika hidup nya sejengkal dari neraka, akan ada juga yang ketika saat matinya sejengkal dr syurga.
Semalam, bersolat isya’ di surau section 4 Bandar Baru Bangi selepas menikmati “sup urat keting” bersama sahabat. Seusai solat, satu solat hajat di adakan yang bersempena pemergian salah seorang anak ahli jemaah surau tersebut melanjtukan pengajian ke timur tengah. Yang menjadi imamnya adalah ayah nya. Seketika di ruang wirid dan doa, si ayahnya membaca kan 12 ayat pertama dari surah Toha. Alhamdulillah.
Terkesan juga dengan doa dari seorang ayah untuk seorang anak , terutama bila doa itu di bacakan dalam bahasa ibunda. Saya ucap kan semoga semuanya akan
dipermudahkan.
Utk pagi ini, saya si pendosa
tercari cari kebaikan yang ada disebalik kesungguhan seorang ayah membaca surah toha untuk anaknya.
Jadi, dari penggalian itu saya sharekan disini.
*Surah Taha Ayat:Amalan terbaik melembutkan hati yg keras & pendinding diri*
Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.
Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan utk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.
Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam dan merupakan salah satu khalifah dalam Khulafa al Rasyidun.
Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
“Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: “Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar”
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai AlFaruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : “Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah SAW, adakah kita berada dalam kebenaran ?” Jawab Rasulullah SAW: “Benar”
Aku berkata lagi: “Kenapa kah kita beribadah secara sembunyi ?” Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq!
*Akhirul kalam*
Itulah secebis kisah untuk pedoman. Semoga kita semua akan berusaha untuk meletakkan diri dalam keadaan yang sentiasa pertahankan islam. Tidak salah mencari dunia tapi salah kalau akhirat di tinggal kan.
Saya tutup malam saya malam tadi dengan surah al mulk sebelum keluar dari surau seksyen 4 Bangi..
Semoga ada manafaat
Wassalam
Tulisan kecil dari :: *NCS*

Comments
Post a Comment