15 Jamadil Akhir 1441H
09 Februari 2020M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Belajar dari burung...
أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ ۚ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَـٰنُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ
Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.
(Al-Mulk: 19)
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:
يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَقْوَامٌ أَفْئِدَتُهُمْ مِثْلُ أَفْئِدَةِ الطَّيْرِ
"Akan masuk syurga suatu kaum yang hati mereka seperti hati burung".
(Hadith Riwayat Muslim)
Hati burung dikenal lembut, halus, peka , berjaga-jaga dan sangat tinggi tawakkal serta rasa takutnya pada Allah Penciptanya. Inilah hati yang dikatakan sebagai hati penduduk syurga.
Rasulullah SAW bersabda:
لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا تُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا
"Seandainya kalian benar-benar bertawakkal pada Allah, tentu kalian akan diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki. Ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali di sore hari dalam keadaan kenyang".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Al Imam Nawawi dalam Syarah Muslim menyebut:
يقول النووي - رحمه الله - في شرح صحيح مسلم: قوله - صلى الله عليه وسلم -: ((يدخل الجنة أقوام أفئدتهم مثل أفئدة الطير))، قيل: مثلها في رِقتها وضَعفها؛ كالحديث الآخر: ((أهل اليمن أرقُّ قلوبًا وأضعف أفئدة))، وقيل: في الخوف والهيبة، والطير أكثر الحيوان خوفًا وفزَعًا؛ كما قال الله - تعالى -: ﴿ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ﴾
وكأن المراد: قوم غلب عليهم الخوف؛ كما جاء عن جماعات من السلف في شدة خوفهم، وقيل: المراد المتوكلون، والله أعل
"(Hati mereka) seperti hati burung pada lemah lembutnya sebagaimana dalam hadith yang lain (Penduduk Yaman paling lembut dan halus hati mereka). Dikatakan juga dalam konteks hati yang dipenuhi rasa takut dan haibah. Burung adalah haiwan yang jiwanya paling takut dan khuatir (berjaga-jaga). Sebagaimana firman Allah Ta'ala (menggambarkan jiwa hambaNya) bermaksud:
"Hanyasanya yang takutkan Allah ialah hamba-hambaNya di kalangan ulama".
(Fathir: 28)
Seolah yang dikehendaki dengan maksud hadith itu ialah kaum yang jiwanya dikuasai oleh rasa bersangatan khauf takut (kepada Allah) dan bertawakkal kepadaNya.
Ibrah pengajaran buat hati yang hidup berhubung dengan penciptaNya.
Belajar dari keldai juga...
Suatu hari keldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Sementara si petani, sang pemiliknya, memikirkan apa yang harus dilakukannya.
Akhirnya, ia memutuskan bahawa keldai itu sudah tua dan perigi juga perlu ditutup kerana bahaya. Jadi tidak berguna menolong si keledai. Ia mengajak tetangganya untuk membantunya. Mereka membawa sekop dan mulai menyekop tanah ke dalam perigi.
Ketika si keledai menyedari apa yang sedang terjadi, ia meronta-ronta. Tetapi kemudian, ia menjadi diam. Setelah beberapa sekop tanah dituangkan ke dalam perigi, si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang melihatnya.
Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh bersekop-sekop tanah dan kotoran, si keledai melakukan sesuatu yang menakjubkan.Ia menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu menaiki tanah itu.
Si petani terus menuangkan tanah kotor ke atas punggung haiwan itu, namun si keledai juga terus mengoncangkan badannya dan kemudian melangkah naik. Si keledai akhirnya melompat dari perigi dan kemudian melarikan diri.
Pengajaran dari cerita diatas...
Dunia dan manusia akan sentiasa terus menerus melempar berbagai "kotoran" berupa fitnah yang menguji survival kehidupan kita.
Tenangkan hati...
"kotoran" itu hanyalah ujian yang akan menaikkan lagi kedudukan dan martabat sehingga kita mampu menemui berbagai kelapangan hidup dan kelepasan dari berbagai kepayahan...
وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ
Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
(Luqman: 19)
أخرجه البخاري ، ومسلم مِنْ طريقِ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ :
إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ ؛ فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكاً ، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الْحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ ؛ فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَاناً
Hadith diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari jalan Abu Hurairah RA bahawasanya Rasululullah SAW bersabda:
''Jika kalian mendengar suara kokok ayam mohonlah kepada Allah kurnia-Nya kerana saat itu ayam itu melihat malaikat dan apabila kalian mendengar ringkik suara keldai mohonlah perlindungan kepada Allah kerana saat itu keldai itu sedang melihat syaitan".
Justeru, ambillah pengajaran walau daripada siapa atau apa...
~ Abu Imtiyaz ~

Comments
Post a Comment