*BERGANTUNGLAH PADA ALLAH - Kitab Hikam.*

Assalamu’alaikum dear all...
Salam kesejahteraan seawal pagi..Moga takdir memihak kepada kita hari ini, berkat ketaatan kita padaNya..

Selaku umat akhir zaman, seharusnya kita kena pertaruhkan pada ketaatan kita padaNya utk menjamin masa depan yang terbaik utk merempuh saat saat hidup didunia, dibarzakh dan diakhirat.  Kenapa ada segmen di barzakh, biasa nya hanya ada “dunia” dan “akhirat” sahaja. Kerana itu lah salah satu alam yang saya sangat khuatir untuk melaluinya. Selepas kita ini bebas segala, tiba tiba kita kena hidup di satu alam yang sempit, yang secara zahirnya kifa spt “terikat” tidak boleh bergerak lagi.
Hanya yang menentukan keadaan kita hanyalah amalan kita. Ketika di alam barzakh, kita benar benar bergantung pada Allah.. disitulah baru kita tahu siapa kita sebenarnya. Kemana hala jalan kita selepas itu dan yang pasti kita juga akan berada lama di alam barzakh. Bayangkan pada jenazah jenazah yang dah meninggal sejak dari zaman nabi Adam, sudah berapa lama mereka beradai alam barzakh ? Sebab itu alam baezakh perlu menjadi agenca dalam hidup kuta.

Maka, sebelum tibanya alam ini, alam yang tiada lagi pergantungan kita selain dari pada amalan soleh kita dan juga kuasa Allah, biarlah kita belajar begantung pada Allah sejak dari alam dunia lagi...

Al Fatir :15

۞ يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

“(Oleh kerana Allah yang menguasai segala galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah ( dlm segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji”

..betapa bukan kita manusia sahaja yang memerlukan Allah, tetapi seluruh alam ini memerlukan Allah. Apabila kita angkuh dan melepas kan pergantungan kepada Allah, maka tunggulah saat Allah membiarkan kita dan kita akan terumbangambing tanpa memiliki panduan dan bimbingan hidup.

wal 'iyadzubillah, 'dan moga Allah jauhkan kita daripada tidak membimbing kita..

Alhamdulillah. Malam tadi walaupun hanya sempat bersimpuh 30 minit saja dalam kuliah kitab Hikam bersama ustaz Rahim Rafai, tapi ianya “refresh” fikrah saya semula tentang hal kebergantungan pada Allah.
Apa2 pun terimakasih pada sahabat , MRM dan Anak nya, Ayih kerana bersama saya menyempurnakan solat maghrib bersama di IGCC.

Sedikit sharing..
Ustaz Rahim Rafai.
JANGAN BERGANTUNG SELAIN DARIPADA SESUATU KECUALI ALLAH

•Pada satu riwayat yang di sampaikan  - tidak akan tercapai hajat kamu jika kamu berharap selain dari yang Allah. Siapa yang berhajat pada yang lain Allah akan diharamkan pertolonganNya kepada mereka. Mengapa berharap pd suatu yg lain, sedangkan semuanya ada dalam keupayaan Allah swt.

•“Pintu Ku hanya terbuka pada mereka yang berdoa kepada Ku”

•Kita yang dah sakit lama dan sudah banyak kali berdoa tapi tak sembuh, kita bukan dikecewa kan Allah tetapi Allah telah berikan kekuatan sabar, terima sakit dengan ingatan, Allah nak hapuskan dosa dan angkat darjat kita disisi Allah.

*Akhir kalam*

Lewat senja semalam, apa2 pun terimakasih sahabat , MRM dan Anak nya, Ayih kerana bersama saya menyempurnakan solat maghrib bersama di IGCC.
Selepas satu riadah yang merapatkan ukhuwah yang sungguh sempurna..

Samada kita sedar atau tidak, dlm hidup kita ini kita apa sahaja yg kita lakukan akan memberi kesan pd kita, kesan pada rohani dan hati  kita, kita habiskan masa dgn whatsapp, twitter, facebook, bekerja, bersocial dan juga bersukan dan ianya tidak berlalu pergi begitu sahaja, tetapi ia seumpama “zikir” kita. Jika media sosial itu “zikir” kita, maka kita telah membazir masa dgn media sosial sedangkan masa itu kita boleh manfaatkan mengingati Allah SWT. Peruntukkan lah sedikit masa untuk bersama Allah SWT setiap hari walau sekadar sepuluh minit.

Wallahu’alam
Wassalam

Ikhlas dari: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S