*BERSAMA PROF UUM: PENGANALISA POLITIK DAN KULIAH MAGHRIB DI SURAU GEMILANG @ Saujana Impian: BAB TAYAMUM DAN MASBUK*
Assalamu’alaikum
Salam untuk semua.
Salam atas Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya. Sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba hamba Allah yang soleh...
Semalam, tak sempat nak berkejar untuk tunaikan isya’ di surau Al Amin, selepas masa terguna sedikit untuk sesi politik Malaysia terkini (yg sudah ada jawapan pada persoalan siapa PM Malaysia ke 8). Sessi ini adalah bersama salah seorang Professor UUM yang sering memberi pendapat di media arus perdana. Akhirnya, satu “Gabungan” dihasilkan yg akan menentukan hala tuju
Malaysia. Semoga akan ada barokah dari Allah untuk kita semua..
Alhamdulillah, sempat juga singgah di surau Gemilang Saujana Impian untuk solat isya’ berjemaah. Kebetulan disitu ada pula kuliah yang membentangkan tentang tafsir ayat 1-12 surah al Maidah...
Ketika saya baru tiba, ustaz sedang mengupas tafsirkan ayat yang ke 6:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Wahai orang orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensuci kan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur”
•Kalau ada bahagian yang sakit tidak boleh terkena air, untuk berwudhu’, maka ambil wudhu seperti biasa dan lalukan air atas pembalut tempat sakit atau luka itu, dan bertayamumlah dengan niat untuk bahagian yang sakit atau luka itu. Begitu jugalah untuk mandi hadas.
•Pesan ustaz juga dalam bab solat, jika kita terlewat tiba untuk solat berjemaah dan ketika menyertai jemaah kita sudah berstatus “Masbuk”, jangan lupa pada tiga rukun yang pertama: Niat, Berdiri Betul, Takbiratul Ihram. Pesan ustaz, jangan pula lupa yang tiga ini, kalau pun masbuk, jgn sesekali terus saja takbiratul ihram kemudian terus ruku’ ikut imam yang sudah ruku’ tanpa ada “tomakninah” antara niat, berdiri betul dan takbaratul ihram. Ini adalah “common mistake” yg kita sering lakukan. Solat boleh jadi tidak sah kalau tidak di jaga tiga rukun yang terawal ini. Tenang tenang dan damai kan diri sebelum solat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila solat telah bermula, maka jgnlah kamu mendatanginya dalam keadaan berlari. Datangilah (solat) dalam keadaan berjalan dengan tenang. Solatlah (dengan apa) yg kamu sempat dan (rakaat yg tertinggal itu) maka sempurnakan lah.”
- [al Bukhari (908)]
•“Solat lima waktu itu fardhu ain bagi yang mukallaf, baligh. Maka, belajar (tuntut ilmu) untuk menyempurna kan solat juga adalah fardhu ain. Jika kita tidak menuntut ilmu fardhu ain walaupun kita tunaikannya, kita akan berdosa selama kita tidak belajar. Maka, nak tunaikan solat kita kena belajar hukum2 dalam solat” - Ustaz @ Surau Gemilang Saujana Impian.
*Akhir kalam*
Itulah dua tiga perkara yang sempat saya rakam kan ketika berkuliah singkat sebelum solat isya’ berjemaah di sana. Selepas saya berangkat pulang ke rumah untuk beradu tapi terlepas untuk menonton tv alhijrah jam 9 sessi bersama prof penganalisa politik yang bersama saya dan kawan2 seawal maghrib semalam. Semoga bumi malaysia terus disimbah cahaya illahi. Berilah peluang untuk islam kekal utuh di Malaysia.
Apa2 pun ingatlah, solat adalah yang pertama akan di soal nanti:
“Anak kunci solat ialah berwuduk, yg mengharam kan perlakuan yg dihalalkan sebelum solat ialah takbir dan yang menghalalkannya ialah salam” - Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Abu Dawud.
Teruskan pencarian mencari ilmu dan sesudah ada ilmu, amalkan ia..
Barakallahufikum..
Wallahu’alam
Selamat menelusuri hari sabtu ...
Wassalam..
Ikhlas dari: *NCS*

Comments
Post a Comment