*Cetusan Ustaz Shukri Harun* - Padang Mashyqr Menunggumu

Assalamu’alaikum..
Salam pagi.. salam penuh penghargaan.

Hargailah satu kehidupan dan hargailah keamanan.

Tengah tengah dunia penuh fitnah dengan tahta, harta dan kuasa, di Malaysia pula
di landa revolusi peringkat pemimpin tertinggi yang menuntut kesabaran dari marhaein. Moga ini jadi satu tranformasi, bermulanya para pemimpin di lantik akan lebih memahami keutamaan menjaga senstiviti agama, bangsa dan juga ekonomi negara..

Hakikatnya, Jika  direnung sebentar, apa yg kita miliki?
Tidak ada. Semuanya milik Allah, kita cuma hak pakai bukan hak milik.

Dalam bab Harta kita pun ada 3 hall: dimakan habis, ditinggal meninggal jadi warisan dan diberikan..dan milik kita yg hakiki cumalah apa yg diberikan. Kematian itu pasti dtgnya. Sebelum itu terjadi, mari kita berikan yg terbaik sebagai bekal nanti.

Jangan ikut sangat adat kebanyakan: menerima  lebih seronok dari memberi. Ini buta hati namanya..

Jika tidak hari ini kita tak mula “menyimpan”,  bila lagi ? Jika tidak kita yg memberi, siapa lagi? Baik lalukan sekarang atau tidak pernah sama sekali jika kita menangguh..

Dari Abu Hurairah ru, Nabi Muhammad saw  bersabda:

“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Alloh, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)” - Bukhary

Jom mulakan pada subuh hari ini..

Terus sebarkan yang positif dlm tutur kata dan berfikir.
Dunia sudah semakin di himpit utk menjadi landsan
Padang Mahsyar...

*Ustaz Shukri Harun*
*Padang Mahsyar menunggu ..*

Semoga kita semua akan jadi ahli syurga.. untuk itu jangan langgar perintah Allah..malah ikutlah suruhan Nya.

TIUPAN YANG MENGEJUTKAN..

Ada ke tiga tiupan, tiupan mengejut kan orang ( ada manusia ker lagi manusia ketika ini) tiupan ini ada lah tiupan yang memusnahkan?

Sebenarnya ada dua tiupan sahaja, yang pertamanya : Tiupan yang mengegarkan memusnah kan bumi dan isinya dan tiupan kedua pula mengejutkan utk diadakan padang mahsyar..

Satu jeritan adalah sangkala kedua yang mengejutkan manusia dari dlm kubur. Ertinya ada dua hari, hari kehancuran ( kematian segala sesuatu yang ada atas bumi) dan tiupan kedua adalah tiupan hari kebangkitan.

Lama masa kita dalam kubur tidak boleh dikira macam kita kira masa atas dunia, sebaliknya ianya amat bergantung kpd amalan seseorang.
Dalil ini dapat dilihat dari kisah al kahfi yg ditidurkan selama 309 tahun tapi mereka rasa mereka tidur satu hari sahaja dan uzaid yang dimatikan oleh Allah selama 100 tahun tetapi dia rasa baru tertidur setengah hari. Ini semua amat bergantung kepada darjat kita disisi Allah..

Ada manusia yang tidak terkejut ketika dikejutkan untuk bangkit dihari manusia dikejutkan dengan goncangan zalzalah, mereka inilah yang patuh pd Allah. Berelok eloklah kita supaya kita dapat manafaatkan apa yang kita buat didunia untuk pdg mahsyar..

*Akhir kalaM*

Semoga kita terus istiqomah beribadah penuh keikhlasan berharap redha Alloh. Moga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.

Moga bermanafaat..

Wassalam
Wallahu’alam

Dari : *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S