*Dalam Rejab..dah*
Sambungan Al waqiah ayat 1 - ayat 12.

Assalamu’alaikum..
Salam pagi..
Lusa jumaat lagi. Kini kit sudah dalam Rejab...

الَلهمَ بلَغنا رمضان
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Untuk pagi ini.. sama2 kita renungi nota dari kuliah ustaz Syukri Omar ketika kuliah subuh sabtu lepas.

[Ustaz Shukri Omar]
Sambungan Al waqiah ayat 1 - ayat 12.

Nabi saw amat risau dengan apa yg akan berlaku pada umatnya sebelum dan ketika kiamat.

Ada yang martabat tinggi ketika di dunia tapi sebab kerana tak taat pada Allah ketika didunia, maka Allah rendahkan martabatya serendah2nya pada hari kiamat. Begitulah sebaliknya. Ini mengingat kan kita pada kisah Uwaish bin Qarni - uwaish di pandang rendah oleh para ahli rombongannya kerana dia hanyalah seorang penjaga unta tetapi sayyidina omar Memohon doa dari uwaish sehingga jadi dalil boleh kita bertawassul dengan doa orang yang soleh.

Fakir secara zahir tapi hatinya penuh kecintaan untuk berinfaq supaya hartanya kekal berjalan menberi manafaat padanya hatta dia di kubur dan hari akhirat.

“Sikap buruk kena buang sebab kita lihat orang lain rendah daripada kita.. kita tidak tahu mungkin amalan solehnya lebih baik dari kita. Jangan pandang rendah pada mana mana orang atas dunia ini..”

Alwaqiah 4 - 5

‎إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا

(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

‎وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا

Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

Allah gambarkan saat kiamat bumi di goncang sehingga hancur semua isi alam. Ibnu Abbas: Allah hancur kan segala apa yang ada di dlmnya
Sperti pasir berterbangan. Nak rasa sedikit muqaddimah kiamat, tanya lah pengalaman mereka yang dah berdepan dgn gempa bumi. Masa tu pun dah masing2 tak peduli orang lain.

:6

‎فَكَانَتْ هَبَاءً مُنْبَثًّا

Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

Ikrimah : spt dihamburkan angin

:7

‎وَكُنْتُمْ أَزْوَاجًا ثَلَاثَةً

Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

Akhirt nanti, kita di bahagi kpd tiga golongan. Ibnu Kathir: pertama, buku catatan sebelah kanan, kedua: buku amalan sebelah kiri, golongan awal masu syurga - assabiqul awalun. Yang duduk sebelah kanan arash - orang soleh. Yang duduk sebelah kiri arash - akan di campak ke neraka. Duduk di depan arash - awal masuk syurga - nabi, siddiqin (awal benar kan risalah islam), syahid ( berjuang pertahankan islam) - golongan ini amat sedikit. Ada manusia yang masuk. Syurga tanpa hisab - fast line - “sesungguhnya di ketika tunggu hisab, manusia akan berada  dalam keadaan baik atau tidak akan bergantung pada amalan mereka, dan semuanya mohon nak dipercepatkan timbangan.. hingga semua minta nabi saw berdoa pada Allah utk percepatkan hisab - ini juga salah satu syafaat nabi saw”.
Ini baru tentang hisab belum lagi tentang titian sirat lagi. Semuanya akan berbalik pada amalan kita.

“ Cukuplah kematian menjadi sebaik baik peringatan..”

Banyak kitab menceritakan bagaimana sufyan atthauri - tabiin yang sentiasa ingat mati. Sedang mengajar tiba2 berdiri, murid : “ wahai sufyan, setiap kali ngajar tiba2 berdiri”. Sufyan: “ aku sentiasa ingat mati, aku risau saat mati nanti aku tiada bekalan, apa kah mati sebagai orang soleh atau tidak..#Manusia paling baik adalah dia bersifat ihsan..

•Ada golongan masuk syurga tanpa hisab. Hanya ada 70,000 orang. Tidak Melampau berubat, tidak pakai tangkal, orang yg bertawakal

Ruqasah bin mehsan: adakah aku akan masuk dalam syurga tanpa azab? Nabi saw: ya kamu masuk. Dan sahabat tanya lagi, tapi kata uqasah sudah mendahului kamu.

•masuk syurga tp di hisab
•dihisab dan di azab

Hadis : tahukah kalian siapa yang paling dahulu dpt naungan Allah pada hari kiamat? Mereka ialah:
1.org yg bila di beri kebenaran mereka segera menyambutnya dan tegak kebenaran itu.
2.apabila diminta mereka segera memberinya.
3.apabila diberi kekuasaan dan berbuat keputusan, ia memberi keputusan atas suatu perkara spt mana atas dirinya.

“Berlaku adillah kerana itu lebih hampir kepada taqwa..”

*akhirul kalam*

Moga ada kebaikan utk bersama...

“Ya Alah Meniti hari…detik demi detik…hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun…rasanya baru semalam perginya Ramadhan, dgn izinNya, Ramadhan akan datang lagi…kurenungi diri yang rasanya masih belum sempurna usahaku untuk mendekatiMu…belum cukup amal yg boleh membawaku kepadaMu ..

Ku mengharapkan
Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui
Dengan sempurna”

Wallahu’alam
Wassalam

Catatan: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S