*Disebalik Muqaddimah kuliah UYE, ada : Bersama Illahi Seawal Pagi dan Antara ABAM dan ASRAF: Ada Apa Untuk Kita*

Assalamu’alaikum
Salam pagi..

Kuatkan semangat Islam kita. Sama2 mencari yang benar di sisi ALLAH dan RASUL seawal pagi. Maka, sampaikan walau satu ayat supaya kita semua kembali tunduk pada Allah dlm erti kata sebenar..

Seminggu ABAM pergi dgn meninggalkan “pesan” dan “bekal” buat kita: hidup ini kena rapat dgn mak ayah, kuat bersedekah dan juga kena selalu rendah diri sesama kita apatah lagi dgn DIA. Tak kurang juga yang ambik iktibar supaya jaga kesihatan, jaga badan jgn  jadi macam arwah. Tup tup, Allah matikan pula arwah Asraf Sinclair yg sihat dan memang jaga kesihatan.
Innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah pada Bunga Citra Lestari serta keluarga.

Itulah pada kita kalau nak kenal Allah. Semuanya ada pada nya. Kita hanya perlu berusaha saja untuk terus hidup; selebihnya adalah miliknya. Carilah jalan untuk sentiasa bersedia..

Tapi ingatlah semua dalam mencari Illahi, tak akan ada maknanya jika kuat dalam beribadah padaNya tetapi kita gagal melaksanakan tanggung jawab antara kita sesama manusia, sebaliknya juga jika hanya cari redha manusia tapi gagal raih redha Allah.. lagi parah.

Imbangilah..

Ya ALLAH! bukannya nak mengeluh, tapi nak ngadu,
biarlah hamba ini benar2 istiqamah di jalan Mu, dan kurniakanlah aku sahabat2 yang mengingatkan aku tentang kasih sayang Mu..

Teruskan langkah mu wahai sahabat menelusuri jalan jalan yang diredhai Nya.

Hidup itu indah kalau dari seawal pagi lagi kita sudah bersama Illahi...

Untuk Pagi ni, nak share isi “Muqaddimah” kuliah Ustaz Yusuf Embong..

*Ustaz Yusuf Embong*
Amalan yang di Di perbanyakkan oleh Rasulullah saw.

[Muqaddimah]

Ayat Al mukminun 99 & 100

‎حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

“Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembali kanlah daku (hidup semula di dunia)..”

Bila dah di alam barzakh (alam transit), kalau kita nak kedepan pun tak boleh, nak ke belakang pun tak boleh. Alam ini boleh jadi jurang jurang neraka atau taman dari taman taman syurga.

Al munafiqun 10

‎وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ

“Dan belanjakanlah (derma kanlah) sebahagian dari rezeki yg Kami berikan kpd kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya:
" Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yg sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang2 yang soleh ".

Inilah permintaan mereka yang di alam barzakh...

nota: ESOK, PENGISIAN AMALAN NABI SAW.

*Akhirul kalam*

Bersegera lah jangan suka menunda. Mati tak pernah lupa mencari kita, tinggal kita lupa padanya.

ABAM pergi banyak tinggal “pusaka”, ASRAF pergi tak siapa sangka. Tinggal kita menanti masa !

Semoga ada yang berharga untuk dibawa bersama..

Wallahu’alam
Wassalam

Penulis Picisan: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S