*Fikrah Bersukan*
 - BERDAMAI LAH DGN  TAKDIR ( USTAZ HASNOL ABU BAKAR)...

Assalamu’alaikum..
salam pagi ahad..

Persis orang muda lagak nya, itulah kalau setiap sabtu. Bermula seawal selepas kuliah subuh, dah ada macam2 aktiviti. Tapi amat amat bersyukur, solat zohor kekal berjemaah di rumahNya. Ambil peluang, seusai zohor terasa tenang, lelapkan mata seketika. Sehingga di kejut si anak, untuk bersedia aktiviti sukan bolasepak pula. Bergegas ke Ampang, mengejar solat berjemaah di masjid sana. Alhamdulillah, sempurna lagi tugasan hakiki untuk Illahi walaupun dalam berurusan hal dunia.

Petang semalam, agak amat menggembirakan bila team menang dan saya pula di beri peluang ambil sepakan penalti di hujung masa dan dapat pula jaringkan gol. Pakai tektik lama - tunjuk kanan, tendang kanan. Tapi kali ini, membawa fikrah yang berbeza dalam alam sukan. Kalau dulu, “ yang terror adalah aku..”, tapi kini semuanya adalah anugerah illahi, sampai masa hilanglah semua.

Inilah salah satu bab dalam bersukan yang perlu diadun pada ahli ahli sukan. Ketika ini yang saya dimaklumkan adalah ahli sukan dan para jurulatih sukan Terengganu perlu melalui fasa fasa latihan secara batin. Maklumat ini saya terima ketika berborak dgn ustaz Hasnol di Warung Bunian tiga hari lepas. (Ustaz Hasnol bertindak sebagai salah seorang ustaz yang mengendalikan latihan batin ini..)

“INGAT ALLLAH, BUKAN KITA YANG HEBAT, ALLAH YANG HEBAT, NAK JADI KUAT KENA MINTAK DGN ALLAH, NAK ALLAH MAKBULKAN KENA LAH BERLATIH KUAT DAN JUGA BERDOA.. ALLAH TAK TOLONG ORNG YANG TAK TOLONG DIRI SENDIRI, DAN ALLAH JUGA MURKA ORANG YANG TAK MINTAK TOLONG DGN DIA..”

Alangkah baiknya kalau kita dapat terapkan hal ini pada atelit2 negara yg berugama islam.

Namun, hakikatnya ingatlah ahli sukan, sampai masa “hebat” akan terpadam bila menuju ke hari berusia..

Untuk pagi ini, jom kita jengok nota yang sempat saya ambil ketika kuliah oleh ustaz Hasnol Abu Bakar..

*Ustaz hasnol abu bakar*
*Berdamailah Dgn takdir*

Jangan lupa niat beriktikaf setiap kali berada di rumah Allah, moga moga jadi da'bu solihin - menjadi kesukaan orang2 soleh.

Ali imran 53

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kpd apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang orang yang menjadi saksi (yg mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".

Inil adalah satu Penekanan dalam bentuk doa.

•Beriman lah kita pada qada dan qadar - ketetapan yang Allah berikan pada kita sejak azali, ini semua ada dalam perlaksanaan Allah. Semua nya atas hikmah Al Hakim.

•Rezeki? Bukan kamu dapat apa yang kamu nak tapi apa yang Allah berikan pada kita

•Sebelum mengeluh, faham dulu konsep rezeki, Rezeki ada tidak semestinya untung, tidak ada rezeki tidak semestinya rugi..

•Doa seorang muslim kepada muslimnya yang lain yang tidak diketahui.. adalah antara doa yang mustajab.

•Ketika bersalam salaman dengan sahabat jemaah sambil berselawat di mulut berdoalah untuk sahabat yang kita bersalaman di hati kita. In syaa Allah, malaikat pula akan berdoa untuk kita..

*Akhirul kalam..*

Personally, antara cara utk memujuk hati menenangkan kehidupan adalah kita kena redha dengan takdir yang tersurat. Usah membenci. merungut. bersedih atau bergundah gulana..

..berdamailah dengan takdir yang tersurat dengan redha. Percayalah di hujung sana tetiba kita akan terasa manis nya suratan takdir yg tidak disenangi itu.. kerana dgn kepayahan itu kita telah temui cara untuk berlari mendekati Tuhan yang selalu kita lupa ketika kita ditakdir dengan yang senang senang sahaja!

Semoga bermanafaat untuk sebuah pagi bernama Ahad

Wallahu’alam
Wassalam

By: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S