*Iklim Politik Malaysia Yg Tak Menentu. Tunggulah*
-  Nota Pendek dari Ustaz Wan Jemizan (Permata Buat Orang Yang Beriman)

Assalamu’alaikum...

Alhamdulillah. Suasana disini tenang dan damiai, menanti matahari keluar “menyeringai” menyimbah cahaya ke bumi sebagai tanda bermulanya sebuah lagi epiloge kehidupan sang manusia sebagai makhluk Allah membawa watak sbg khalifah di muka bumi.

Al an’am :165

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

“Dan Dia lah yg menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Sehari dua ini cuaca agak panas dan ianya juga ada satu persamaan dengan iklim politik di Malaysia, yg agak panas sehari dua ini juga. Agaknya ianya nak merubah landsakap politik ke arah satu lagi peranjakan yang lebih matang, terutama nya politik orang melayu dlm  merealisasikan apa yang di ertikan dalam hadis nabi saw: Para Imam (pemimpin) itu dari kalangan Quraisy.

Quraisy di Tanah Melayu adalah orang Melayu. Maka, kena lah Melayu bersatu utk “mendahului” di tanah ini dan jangan lupa bawa Islam bersama sejajar dengan maksud “khalifah” itu sendiri...

Untuk pagi ini, saya nak share note pendek yang saya sempat catat malam tadi dari Ustaz Haji Wan Jemizan yang “entah” kenapa semalam sangat sangat bersemangat dan sungguh ceria dalam menyampaikan kuliah. Walaupun saya tiba selepas separuh kuliahnya tapi ada sedikit yang saya rasa perlu di kongsi disini..

*Ustaz Wan Jemizan*
*Permata Buat Orang Yang Beriman*

Allah jadikan alam dan manusia, ianya boleh belajar dan mengajar. Kalau tidak alam ini tidak akan berkembang..

Nabi adam -dijadikan Allah khalifah dan diajar nabi adam tentang perkara yang tidak di ketahui oleh malaikat. Rujuk ayat 30 surah al baqarah..

Alam ini dikembangkan dgn pelbagai teknologi. Hal ini semua kena di manafaatkan. Terutama dalam tugasan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Pembangunan oleh manusia hendaklah sejajar dengan framework seperti yang Allah dah sediakan. Inilah tugas khalifah. Dan sudah tentu tugas ini hendak lah dilakukan oleh orang orang islam kerana kita beriman dengan Allah sudah tentu kita akan bangun kan mengikut framework Allah. Hal ini tidak akan terjadi, jika kita hanya mengharapkan kepada orang orang yang bukan Islam. Kerana itulah amat penting kita sebagai orang islam memerintah dan menguasai pentadbiran megara dan dunia. Barulah kita akan dapat tunaikan tanggungjawab kita sbg khalifah spt yang Allah telah tetapkan untuk kita..

... ja ilun fil ardhi khalifah..

Allah jadikan manusia dengan tugasnya sebagai khalifah - tegak kan islam dan tadbir di atas muka bumi dengan agama. Allah perintah kan manusia bangunkan alam ini.

Surah hud ayat 61.

Nabi saw dgn sifat: sidik, amanah tabligh & fatanah. Nak hebat macam nabi saw kenalah kita ada kualiti diri, bukan hanya kemahiran dan ilmu saja, tp lengkapkan diri dgn pelbagai keupayaan. Untuk berjaya kita kena ada attitude yang betul, kerana attitude mempunyai % yang tinggi dalam menentukan kejayaan kita yakni 93%. Hanyalah 7% kita perlu pada kemahiran dan ilmu. Jagalah attitude kita sebagai orang islam.

*akhirul kalam..*

Dunia ini ditadbirkan dgn  ilmu maka tidak dpt tidak kita kena ada ilmu utk jadi khalifah di bumi Allah.
Ianya amat baik diadunkan dengan attitude yang baik. Inilah yang kena ada pada seorang muslim.

Ayuh muslim bangun dan bangkita, 2024 semakin hampir, itu tanda 100 tahun selepas jatuh nya kerajaan islam terakhir.. moga lahirlah mujahid islam yang benar benar tegakkan islam dan membawa watak khalifah - pengganti - yang sebenar.

Allahuakbar

Selamat menunggu perubahan landskap politik malaysia..

Wallahu’alam
Wassalam

picisan dari : *ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S