*MEMBEBEL SEAWAL PAGI* ~ Inspired By Ustaz Yusri Ariffin. Perumpamaan Perumpamaan Dlm AlQuran.

Assalamu’alaikum...

Alhamdulillah, celek mata, kita masih hidup lagi. Tapi kita tidak tahu takdir kita. Cuma kita boleh bayangkan:
“Kalau Hari Ini Hari Terakhir Hidup Kita”...

Bayangkan kalau hanya tinggal satu hari sahaja untuk hidup atau hari ini hari terakhir kita.. Pejam mata dan bayangkan. Tarik nafas dalam dalam. Renunglah seketika. Dah puas hati dgn hidup kita hari ini sebagai muslim dan esok kalau tak hidup lagi pun, kita akan tenang di sana nanti ?

Mungkin yang bermain di benak kita adalah kata kata sang Rasul yang letakkan status bijak pd yang selalu ingat mati. Inilah motivasi supaya kita bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun. Persediaan amalan untuk akhira, persediaan ilmu utk hidup, harta pula untuk menyumbang. Yang pasti kita nak yang terbaik untuk kita tinggalkan andai nyawa kita tidak lagi diberi Tuhan keesokan hari.

Surah Luqman, ayat 34,: “Dan tiada seseorang pun yg betul mengetahui apa yg akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorang pun mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Ssngguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya”.

Semua orang sangat perlu bersedia. Adakah kita betul betul bersedia? Pangkal pd segala perkara adalah jiwa kita atau hati kita kerana di situlah penilaian utama dariNya.

Personally experienced, bila hati kita tidak ‘connected’ dengan Allah swt, tidak lakukan sesuatu untuk kasih sayangNya, kehidupan akan susah walau orang nampak senang.

Sepatutnya pagi ini saya nak share tentang 7 amalan yang akan mendatangkan faedah pd kita walaupun kita di barzakh. Tapi hentakan demi hentakan dari kata kata Ustaz Yusri Ariffin ( yg malam tadi menggelarkan saya sebagai Edry😊) ketika kuliah Maghrib, membuka hati untuk saya share antara perumpamaan2 yang Allah berikan pada kita.. Jagalah diri drpd termasuk dalam perumpamaan2 yang ada di sebutkan dalam Al Quran.

*[Diilhamkan dari Kuliah Maghrib Ustaz Yusri Ariffin]*

“Kita semua adalah murabbi kepada ahli ahli kita. Kita mendidik anak anak kita. Pendidikan Islam kena sejajar bermula dari pemimpin sebuah negara sehinggalah pemimpin sebuah sekeluarga...”
- Ustaz Yusri Ariffin @ surau Al Amin.

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَذَا الْقُرْآَنِ لِلنَّاسِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ وَكَانَ الْإِنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا

“Dan Sesungguhnya kami telah mengulang ulangi bagi manusia dlm AlQuran Ini bermacam2 perumpamaan. dan manusia adalah yang paling banyak membantah.”
(al kahf:54)

“Perumpamaan orang orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai membawa kitab kitab yg tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk pd kaum yang zalim.” (Surah al-Jumuah: 5).

“Dan kalau kami kehendaki, Sesungguhnya kami tinggi kan (darjat)nya dgn ayat ayat itu, tp dia cenderung pd dunia dan menurut hawa nafsunya yg rendah, Maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalau nya dijelirkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjelirkan lidahnya (juga). demikian Itulah perumpamaan orang orang yang mendustakan ayat2 kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah kisah itu agar mereka berfikir.“
- (al-a’raf:176)

“Dan sesungguhnya Kami jadikan isi neraka Jahannam kebanyakan dr jin manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat ayat Allah] dan mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda tanda kekuasaan Allah] dan juga mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat2 Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.

“Dan perumpamaan2 Ini kami buat untuk manusia; dan tiada yg memahaminya kecuali orang orang yang berilmu.”(al ankabut:43)

Wallahu’alam..

*Akhirul kalam..*

Setiap takdir adalah ujian untuk kita semua. Carilah penyelesainya melalui al Quran..

“Islam telah pun kemukakan penyelesaian. Tanyalah pada mereka yang lebih mengetahui. Fas alu ahli zikri in kuntum la ta’lamun”
- ustaz Yusri Ariffin.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, rizki yang baik, dan amal yang diterima.”

Aaaminn..

Wassalam

SINCERELY YOURS,
*NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S