*Nota Kembara...SERI MINANG KE KB*
- PERKONGSIAN: SEDIKIT LAGI DARI USTAZ ABDULLAH ISA.
Assalamu’alaikum..
Alhamdulillah. Kembara semalam, walaupun singkat, (dari Seri Minang ke Tanah sekebun bunga, ziarahi sekolah lama, selesaikan tanggungjawab berbakti semula disana selepas suatu ketika pernah banyak “berdosa” dengan tingkah laku anak “muda” yang tidak mengerti apa apa), tp ianya menyentuh sebuah pemikiran tentang kembara.
Setiap yang mengembara pasti akan ada tujuannya. Orang yang tiada tujuan dalam setiap kembara dilaluinya samalah seperti orang yang tiada tujuan dalam hidupnya.
Kata pujangga: “hidup itu sebuah kembara - life is a journey”. Tapi kadang2 kita tak sedar kita sedang “mengembara”.
Dalam “mengembara” di dunia ini lihatlah dengan mati hati. Cari perubahan yang positif. Dari seorang yang baik dulunya menjadi lebih baik hasil selepas mengembara. Dari orang yang kurang agamanya bertambah tambahlah keteguhan imannya. Dari seorang yang dangkal ilmu menjadi orang yang penuh dengan pengalaman.
“Dalam sejarahnya, Melayu itu pengembara lautan, Melorong jalur sejarah zaman, begitu luas daerah sempadan, Sayang, kini segalanya kehilangan..”
-usman awang
Kita mengenal agama Islam adalah hasil pengembaraan orang terdahulu yang giat menyebarkan Islam dari satu tempat ke tempat lain.
*SEDIKIT LAGI DARI NOTA KULIAH USTZ ABDULLAH ISA...[BAB:Jihad]*
Hadis.
Nabi saw: Allah ampunkan orang yang mati syahid semua salahnya kecuali hutang.
Bayangkan mati syahid cukup tinggi darjatnya. “Hiduplah kamu mulia dan matilah syahid” - asma abu bakar. Kalau yang mati syahid tak lepas hutang, apatah lagi yang mati biasa. Mintalah dilindungi dari dosa dan hutang selepas solat, nabi berbuat demikian juga. Orang berhutang yang tidak bayar hutangnya, bila bercakap dia berbohong, bila berjanji dia mungkiri. Sebab itu sahabat berusaha selesai hutang sebab takut nabi tak solatkan jenazah mereka. Di akhirat nanti tetap kena bayar juga. Orang yang beri hutang akan diberi pilihan untuk ambil kebaikan yang berhutang dengannya.
Nabi saw : seseorang lelaki bertanya kalau aku mati syahid akan dapat apa. Nabi saw: akan dpt syurga. Ketika itu dia sedang makan buah tamar, dia buang dan pergi perang. Dan mati syahid akhirnya.
Nabi saw: nabi dan sahabat mendahului musyrikin di badar. Nabi beri arahan jangan mula kecuali dgn arahan ku. Bila musuh dah hampir, nabi bagi arahan bangun dan perang.
“Majulah kamu utuk dpt syurga seluas langit dan bumi, Kamu salah seorang penghuni syurga. Kalaulah masih makan buah kurma Kamu masih hidup dan terlambat masuk syurga...”
Sahabat2 nabi dengar tawaran syurga mereka akan bersegera..
Nak dapat syurga kena segera..Bayarlah dengan ketaatan pada Allah..
#Perbualan dengan Hecleus. Mana neraka? Mana pegi siang selepas malam.
#khalifahZuhudOmarbinAbdulAziz.DaurahNurudindiMasjidAlAzimPandanIndah.
#KisahOmarAbdulAzizYangAdaJubahnyahanyasehelai
#DiaPerintahDuaTahunSetengahTiadaOrangMiskinTapiDiaMiskin
*akhir kalam*
Imam Shafei:
“Mengembaralah kerana kelazatan hidup itu ada dalam pengembaraan. Aku lihat air yg tidak bergerak itu merosakkan air itu sendiri”
Air itu jika ia mengalir, ia adalah air yang baik. Singa jika tidak meninggalkan hutan, nescaya ia tidak menjadi garang. Dan anak panah jika tidak meninggal kan busar, ia tidak mengenai sasaran....
Semoga bermanafaat..
Wallahu’alam
Wassalam
Ikhlas dari : *NCS*
#JAZAKUMULLAHPADASEMUAAJKPIBGSMKSALOR

Comments
Post a Comment