*PAHALA BERTERUSAN HINGGA SELEPAS MATI*
- Catatan Nota Kuliah subuh oleh Ustaz Ahmad Yahya.

Assalamu’alaikum...
Salam pagi khamis.

Pagi pagi gini sedap juga kalau dapat “tonyoh” minda dengan hal hal dunia dan akhirat. Moga ada manafaat.

Inilah ragam kehidupan dunia dan akhirat. Berbeza amat, ketika hidup didunia seorang anak mengharap kan “blessing” dr mak ayah untuk sebuah kehidupan yg
“Blessed by Allah”. Namun, selepas mak ayah tinggal kan dunia, mak ayah pula perlukan doa dari anak utk tenang dan damai di alam barzakh. Begitu juga, ketika di dunia, ramai yg tak suka di tegur, peringatan demi peringatan adalah sesuatu yang “irritated”; tapi, billa di alam mashsyar, semua orang kita cuba nak berpaut sandarkan kesalahan atas sebab tak ingatkan kita. Inilah selingkar kisah yang dah lama “bocor” untuk kita renungkan. Semoga kita tidak rugi di dunia dan rugi di akhirat..

“....Katakanlah, ‘Sesungguh nya orang2 yang rugi ialah orang2 yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarga nya pada hari kiamat” - Part of ayat 5: Az Zumar.

Alhamdulilah, pagi ini dapat juga share sebahagian nota dari kuliah Ustaz Ahmad Yahya pagi sabtu lepas. Moga ada manafaat..

*PAHALA BERTERUSAN HINGGA SELEPAS MATI*
- Catatan Nota Kuliah subuh oleh Ustaz Ahmad Yahya.

Janji Nabi saw... akan ada ganjaran yangg Allah beri datang berterusan, ianya berterusan walau selepas mati.

Antara amalan amalanya:

1. ilmu yang dia ajarkan dan disebarkan. Bila sebut ilmu ianya tidak terikat pada ilmu agama sahaja, ianya adalah sesuatu yang bermanafaat. Dan ilmu ini di sebarkan pada orang lain dan ianya di amalkan oleh orang yang menerima nya. Kalau kita ada apa apa ilmu yg baik dan bermanafaat ajarlah untuk diamalkan.

2. Anak soleh yang ditinggal kan. Sebab itu kita kena berusaha jadikan anak kita anak yang soleh. Jika setiap apa yang kita ajarkan pada anak dan dia beramal, maka sampai lah ia ke kita ketika di kubur. Contoh paling baik adalah ajar sendiri anak kita baca quran. Dah tentu yang mereka ini akan baca quran, bila mereka solat.

2. Mushaf yang diwariskan. Mushaf ini adalah al quran. Kini memang banyak tempat utk kita waqafkan AlQuran. Waqafkanlah di tempat yang banyak digunakan orang dan ianya d gunakan secara maximum. Setiap pahala orang yg membaca al quran yang kita waqafkan akan diterima Oleh yg mewaqaf kannya. Waqaflah di tempat yang alquran memang di “gunapakai”.

3. Masjid yang dibangun kan. Apakah satu masjid nak dibangunkan? Hari ini satu masjid boleh melibatkan kos hingga 6 juta. Manalah kita semua nak ada duit banyak tu, tapi ada yang mampu. Tapi sabda Nabi saw: 

“Walaupun kamu bina masjid sebesar sarang burung, Allah akan bina mahligai padanya dalam syurga”

Ertinya, walaupun sedikit sumbangan kita, ianya akan diambil kira hatta seringgit.

4. Membina rumah untuk tumpangan utk ibni sabil - mereka yang merantau mencari ilmu. Kita sediakan rumah rumah begini untuk mereka yang musafir.

5. Atau pun kita bina sungai atau aliran air - spt telaga untuk mengalirkan air atau punca air untuk mereka yg memerlukannya. Moga2 pahala akan mengalir masuk ke dalam akaun akhirat kita hatta kita dah tiada lagi didunia ini.

6. Sadaqah yang dikeluar kan dari harta sendiri pada waktu kita sehat dan masih hidup. Nabi saw tekan kan pada waktu sehat kerana pada waktu itu kita punyai harta yang banyak. Malah, sadaqah yang dibuat atas nama kita oleh waris kita selepas mati berbeza nilai dengan sadaqah yang kita buat sendiri ketika hidup.

*AKHIRUL KALAM..*

Carilah bekalan, masa makin suntuk. Jagalah kesihatan, masa beribadat hanya kuat ketika sihat.

"Kepada orang mukmin yng
menanggung sengsara kerana beriman dengan Allah SWT, maka ia akan
diringankan seperti lebih ringannya dia melakukan solat fardhu semasa
di dunia.. “

Oleh itu selagi umur masih ada, kita selaku orang orang mukmin berusahalah, jika kita benar benar merasa gerun dengan segala yang Allah janjikan. Ingin rehat di hari mashyar atau buang umur dan bazirkan waktu dengan sia sia didunia
ini? Tanya IMAN...

Wallahu’alam
Wassalam

Pencatat: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S