*Pesanan Ustaz Mohd Shafei berdepan Corona Virus & Pesan Ustaz Ahmad Yahya melabur untuk masa sakit*
Assalamu’alaikum...
Sebuah “weekend” berlalu lagi. Semoga ada sesuatu yang di ambil kira oleh Allah dalam apa telah di lakukan sepanjang weekend yang baru berlalu.
Malam tadi selaku penutup weekend kali ini, kami satu keluarga berkumpul untuk solat maghrib berjemaah diikuti majlis tahlil ditujukan pd arwah arwah ayah/datuk dan ibu/nenek kami yg dah pun berada di alam barzakh. Moga sedikit zikir tahlil kami “merehat”kan mereka di alam sana. Dan dalam pada para arwah tenang di alam barzakh menyaksikan nasib kami di dunia, sempatlah mereka mendoakan dr alam sana buat kami jadi insan yang baik setia pada Allah dan Rasul berdasarkan Al Quran dan Hadis sementara di alam sini. Selepas makan malam, kami berjemaah isya bersama diikuti solat hajat mohon di jauhkan kami dan seluruh rakyat malaysia dari bahaya corona virus yang semakin membimbangkan. Akhir sekali, malam kami ditutup dengan bacaan Al Mulk bersama sama.
Terimakasih ya Allah kerana mendorong saya dan ahli untuk menjadikan “Quality Time” saya bersama ahli keluarga saya dalam bentuk ketaatan pada Mu..
Awalnya, pada waktu asar, seketika berjemah di surau, bertemu dengan beberapa rakan jemaah, ada yang menyampaikan pesan Ustaz Dr Shafei dalam berdepan dengan isu corona virus. Kata Ustaz Dr Shafei dalam kuliah subuh pagi Ahad, jgn lupa beramal dgn doa keluar rumah setiap kali keluar dari rumah:
بِسْمِ اللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه
“Dengan menyebut nama Allah, aku menyerahkan diriku pada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan selain dengan Allah saja”
Kita tidak tahu nasib kita di luar sana. Virus ini bukannya dlm penglihatan mata kasar kita. Tetapi sudah pasti ia nya dalam ilmu Allah dan sebaik baik pelindung kita adalah Allah. Virus ini boleh berjangkit dengan hanya pandangan saja, Allahu. Pastinya PREVENTION IS BETTER THAN CURE. Dan sebaik baik “Prevention” adalah “berdoa” selepas kita membuat segala langkah perlindungan secara zahir.
Selain dari itu juga, saya di maklumkan ustaz Dr Shafei juga berpesan agar terus terusan membaca doa pelindung :
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab namaNya tidak ada sesuatu pun di bumi mahupun di langit yg dapat membahaya kan (mendtgkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)”
Melihat pada maksud doa ini, sesungguhnya terlalu bermakna utk kita istiqomah dgn doa ini. Ianya jadi lebih bermakna ketika berdepan dengan virus yg tak nampak di mata ini..
INDEED, doa doa yang saya sebutkan di atas adalah dah tak pelik pada mereka yang beramal dengan amalan2 soleh. Jadilah kita orang yang sentiasa melazimi diri dengan perkara perkara baik; terutamanya, di ketika diri masih sihat dan walafiat.
Jangan tunggu bila sudah sakit dan tak berdaya, baru kita berikrar untuk berbuat amalan2 soleh jika diberikan kesihatan semula kerana khuatir bila dah sihat pun, kita tak buat juga segala amalan amalan soleh.
Bila berbicara tentang ini, teringat saya pada kuliah subuh pagi sabtu oleh ustaz Ahmad Yahya mentadabbur
ayat 8 Surah Al Fusilat.
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
“Sesungguhnya orang2 yg beriman dan mengerjakan amal yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus putus”
Dalam mentabbur ayat ini, Ustaz Ahmad Yahya keluar kan satu hadis:
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang sakit atau bermusafir, maka dicatat baginya pahala sptmana ketika amalannya semasa bermukim dan ketika dlm keadaan sihat.” (Ahmad, no. 18848)
“Nabi saw janjikan utk orang yang sudah biasa amalan soleh hariannya tiba tiba datang sakit dan tak boleh buat amalan itu lagi tetapi amalan itu akan tetap di tulis juga.. semoga kita kita termasuk dalam golongan ini. Hadis ini satu motivasi pada kita untuk meneruskan rutin dengan amalan soleh sehingga kita tidak boleh berbuatnya lagi kerana sakit atau ada kesusahan..” - Dari Ustaz Ahmad Yahya @ Surau Al Amin.
Wahai sahabat sahabiah sekalian, jangan tunggu kita sakit dan tidak berupaya baru kita rasa nak buat kerja kerja soleh kerana ketika itu kita mungkin tidak berupaya melakukannya atas sebab kesihatan atau faktor usia. Sedarlah, buatlah amalan amalan soleh ketika masih sihat ini, kerana akan tiba masa kesihatan kita merosot sesuai dengan lanjutnya usia. Namun, Allah masih memberikan kita peluang untuk memperoleh pahala yang berterusan meskipun kita tidak lagi mampu untuk melakukan nya spt sewaktu sihat, jika kita melazimi kerja kerja soleh ketika sihat.
Wallahu’alam..
*Akhirul kalam..*
Alhamdulillah. Moga Ujian virus corona virus ini jadikan kita semakin dekat dengan Allah. Sesungguhnya, kerja amalan soleh disisi Allah pasti akan menjadi suatu yang boleh bantu kita di hindari dari wabak ini..
Dan di ketika ini, ketika sihat ini adalah masa terbaik utk kita semua “MELABUR”.
Biasakanlah dengan amalan amalan soleh semasa sihat agar di saat badan sudah tidak mampu bergerak nanti, atau sakit yg boleh datang tiba2, kita tetap mendapat ‘pulangan’ pahala yang berterusan... InsyaAllah.
Barakallahufikum buat semua..
Wassalam.
Picisan dari : *NCS*

Comments
Post a Comment