*Sujudlah.. saiam subuh*
Nota dari UYE.
[Amalan yang di Di perbanyakkan oleh Rasulullah saw]

Assalamu’alaikum ..
Salam pagi jumaat..

Sujud itu indah. Tenang dan mendamaikan. Sujud pada Mu ya Illahi.

” Sesungguhnya orang2 yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri”
 (As Sajadah ayat 15).

Sujud bukan setakat hanya mendekatkan kita dengan Allah tp dr sudut perubatan pun ada hikmahnya.

Saya pernah terbaca dalam satu tulisan, kesan sujud yg lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yg boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).

Sujudlah padaNya sebagai tanda kita hamba padaNya.

INGATLAH, CCTV ALLAH ada dimana mana. Kelak, akan ditayangkan segala perbuatan kita, baik secara sembunyi mahupun terang. Disaat itu, kita tidak akan dapat menyorokkan muka dari ALLAH. Sekarang, masih mampu tersenyum gembira diatas kejayaan melepaskan diri dari hukuman dunia, mampu menundukkan sistem kehakiman yang ada. Tapi, ingatlah... Suatu masa nanti, dihari pembalasan, tiada seorang pun yang akan terlepas. Segala kebaikan dan kejahatan akan dibalas dengan penuh adil dan setimpalnya..

ALLAHUAKBAR..

*NOTA KULIAH MAGHRIB USTAZ YUSUF EMBONG*
[Amalan yang di Di perbanyakkan oleh Rasulullah saw] dan nabi saw suruh kita buat...

Al imran :31

‎قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampun kan dosa-dosa kamu. Dan (ingat lah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

AMALAN2 NABI SAW..
Banyakan ingat Allah, Tilawah quran. Istighfar, selawat, zikrul maut ( ingat mati), memberi sebar salam, melazimi Majlis ilmu islam, berdoa (munajat pada Allah)

[ZIKRULLAH]
Kita ikut nabi saw dengan ingat pada Allah dalam keadaan apa jua sekalipun. Senang, susah, sihat atau sakit. Ingat dalam bentuk yang umum, dalam apa jua keadaan.. Cari makan ingat Allah, jangan menipu, jgn melampau. Jadikan pengabadian pada Allah sebagai keutamaan dgn cara ikut syariat yang dibawa Nabi saw. Zikir zikir yang terbaik banyak untuk di amalkan subhanallah, Alhamdulillah, allahuakbar
Perbaharui lah iman dengan banyak kan menyebut La ila ha illallah

Amalkan zikir dan wirid selepas solat juga banyak untuk di amalkan. Ikutlah amalan nabi dalam berwirid.
Laila haillallah wahdahu la syarikalah.. 10X lepas solat subuh dan maghrib. Begitu juga dengan baca ayat kursi kerana fadhilat nya amat istimewa.

Syarat untuk berwirid berzikir ada dalam ayat surah al a’raf 56:
•Rendahkan diri dengan suara yang perlahan.
•Jangan melampau ganggu orang lain yg sedang buat urusan ibadah wajib seperti solat fardhu.

*Akhiru kalam utk pagi ini*

Salam jumaat buat semua,
berpesan2 sesama kita. Moga ada manfaat yang dapat dikongsikan bersama.

Ayuh, jangan buang masa. Hidup ini, bakal berakhir pada bila bila masa sahaja. Semuanya telah ditetapkan olehNYA. Cuma kita yang tidak tahu titik noktahnya. Sampai masa, akan pergi jua. Selagi masih dipinjam kan masa dan nyawa, usah diulang kesilapan semalam. Jangan abaikan perintah Tuhan Sekalian Alam. Tunai kan kewajipan sbg hamba dengan sebaiknya. Taatlah perintahNYA, jauhilah laranganNYA. Contohi peribadi Rasul junjungan. Berbaktilah pd kedua orang tua, sementara masih ada. Berbuat baiklah sesama manusia.

Moga redha Allah bakal mengiringi kita, menjadi bekalan ke SyurgaNYA.

Wallahu’alam
Wassalam

Edited by: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S