[*TAK SALAH UNTUK BERGEMBIRA, TAPI IANYA SALAH BILA LUPA DIA*]  & *Part 2* *Ustaz Abdul Muizz*: *Demokrasi: sidekick*



Assalamu’alaikum..

Dalam pada kita melepasi sehari lagi hari “libur” utk warga warga yang Ahad nya adalah cuti, kita melalui satu proses yang sama saban minggu. Dan hari ini tanpa gagal kita bertemu lagi dgn Isnin. Ertinya kita akan terus membenarkan apa yg telah Qalam tuliskan buat kita di Loh Mahfuz. Nak ubah apa yang ada, sila lah berdoa.

Itulah kehidupan, sehari harian kita bergelak ketawa bersama teman teman dan ahli kita, kemudian, suasana betukar wajah, hadir pula satu ujian lain. Kesusahan. Kerana itu senang dan juga susah sentiasa ada turun naiknya. Maka, kekallah ada atas jalan Allah, yakni dgn amalan2 ajaran nabi saw, tak salah pun nak kalau kita nak bergembira tapi jangan lupa pada yang Esa. Islam lah antara yang dari Allah kepada manusia.. sistem lain semuanya dari manusia kepada manusia, dan ianya tidak akan bertembung..

*Part 2*
*Ustaz Abdul Muizz*
*Demokrasi: sidekick*

Ada Andain2 ini: demokrasi kalau di jalankan dalam masyarakat jahil, ianya akan memberi hasil yang negatif. Ada titik buta dalam sistem demokrasi. Inilah juga di jelaskan dalam al quran, sistem demokrasi yang membodohkan rakyat.. seperti firaun. Fastaqo firaun.. sehingga ianya di kenali gula gula dalam melemahkan rakyat. Apa yang terjadi pada nabi Musa as; kononya, hukuman di buat atas persetujuan rakyat.

Demos kragos - kuasa rakyat. Ubah dari fikiran tentang dewa ( teocentrik) selepas fed up mereka cerita pula pasal manusia ( antropo), hingga muncul demokrasi. Dlm demokrasi ada tajuk penting, sofisma dan demo god.

SOFISMA

sistem demokrasi - undian orang ramai yang boleh di bentuk melalui persepsi. Ianya boleh di letak watak yang baik atau jahat untuk diundi atau tidak. Sofis ini pemikir falsafah menawar kan kelas kursus kursus dan mana mana politikus yang  ada kepentingan mereka boleh keluar kan hujah menawan hati rakyat. Fahaman mereka adalah “kebenaran itu relatif”.. hari ini A yang betul, esok si B pula akan betul. Ini mewajar kan gerakan politik mereka utk menangi undian. Hingga ada politikus yang upah sofis ini untuk mencipta persepsi supaya mereka di undi atas hujjah2. Sehingga ada di kalangan sofis menentang idea idea mereka sendiri. Ini bukan berdasarkan prinsip atau rational tapi berdasarkan pada upah yang di terima dari politikus. Sebab itulah politikus ini di kira tidak betul kerana ia tidak konsisten dalam sesuatu hal. Inilah Barah dalam demokrasi...

*Akhirul kalam*

Secara peribadi, dalam pada  meraikan demokrasi, jangan terlalu ghairah kerana dari suasana antarabangsa kini,
penguasaan dengan satu kekuasaan yang penuh (Islam terutamanya) boleh menyebabkan berlaku nya perang saudara. Malah, di tempat yang Islam menang hasil dari sistem demokrasi tapi terpukul seperti yang berlaku di Mesir, Algeria dan Sudan. Di Sudan dan Mesir, Islam dah dapat  kekuasaan penuh tetapi gagal apabila ia ditekan dan dihimpit oleh antarabangsa menyebabkan Islam lemas dan tidak dapat melakukan apa apa hingga hari ini. Hal hal ini boleh di manipulasi kerana ia dari manusia kepada manusia.

Lawan tetap lawan, cuma berhati hatilah sambil berdoa..

Wallahu’alam

Wasslam

Edited by: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S