*BEGINNiG OF 2n Phase Of RMO*- Rindu Rindu Serindu nya Ayat 12 - 15 As Sajdah. Assalamu’alaikum... Hari ini hari ke 15, 2nd phase RMO bermula. Semalam, seusai solat asar berjemaah bersama ahli keluarga, seketika berdoa saat hujan masih lebat di luar rumah, perasaan sayu dan rindu, rindu yang serindunya pada saat berjemaah di rumah Allah dan saat duduk bersimpuh menadah ilmu dari segala assatizah, tiba tiba datang berbuak buak. Terselit rayuan dalam doa pada Allah ... “ Ya Allah, kami merintih, kami merayu kepada Mu untuk segera meredakan tentera Mu yang kecil tapi membunuh ini agar kami dapat semula keluar untuk berjemaah di rumah2 Mu. Sesungguhnya kami semua semakin rindu pada saat itu, saat menyembah Mu di rumah Mu. Kami tahu kami salah kerana kami hanya mendengar kisah kisah maksiat tapi kami tidak endah, asal kami bahagia beribadat di rumahMu, kami juga tidak peduli saudara saudara yang seagama kami yang di tindas, tidak walau hanya satu doa atau dengan hanya ben...
Posts
Showing posts from March, 2020
- Get link
- X
- Other Apps
*Kenapa Rumah Sakit di Mekkah Sepi* Di Makkah Rumah Sakit sangat sepi, beda dgn di Indonesia. Memang beda dan tidak sama, yg membedakan adalah Aqidah dan Syariatnya. Inilah rahsia mengapa di Makkah rumah sakit sangat sepi, jarang sekali pesakit yg datang...? Ada seorang doktor membuka klinik di Tanah Suci (Makkah Al Mukarramah). Selama 6 bulan berpraktik, tidak ada seorang pesakit pun yg datang utk berubat. Hingga beliau merasa hairan, apakah orang2 di sini tidak pernah sakit? Akhirnya beliau mendapatkan jawabannya, dari salah seorang Muslim di sana: *BILA KAMI SAKIT* *Ikhtiar pertama* Yang kami lakukan ialah, Solat dua rakaat dan memohon kesihatan kpd Allah. Insyaa Allah sembuh dgn izin dan kasih sayang-Nya. Kalau belum sembuh. *Ikhtiar ke-dua* Yaitu baca Al Fatihah / surah2 lain, tiupkan pada air dan minum. Dengan amalan tambahan: *Jika badan panas* maka kami perbanyak baca Salawat (karena Salawat sebagai penyejuk) *Jika Badan Dingin* maka kami p...
- Get link
- X
- Other Apps
*14th Day of RMO..* ~ The Movie: “Knives Out* - Islam Syumul: WASIAT ORANG ISLAM ADALAH SETAKAT 1/3 SAHAJA. Assalamu’alaikum semua.. Berlalu 13 hari yang seperti nya hilang begitu sahaja. Dan ianya pasti tidak akan datang lagi dlm hidup kita. Yang tinggal hanyalah satu kenangan dan pengajaran. Seawal pagi gini, saja nak kongsi satu surah pendek yang dalam maksudnya: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dlm kerugian. Kecuali mereka yg beriman, beramal soleh dan berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan dgn kesabaran." ( Surah Al 'Asr ) Sapa tak tahu surah ini tapi sapa yang ikut buat seperti yang diarahkan. Ya, pendek ayatnya tapi tepat dan padu. Renungkanlah dan fikirkan lah amalan utk tindakan.. Sedar atau pun tidak, kita sebenarnya telah membuat sesuatu di dlm kehidupan. Jika ‘negatif’ disisi Islam maka ianya jadi DOSA di sisi Allah dan jika ‘positif’ ia jadi PAHALA. Apa yg kita kutip semasa hidup akan menjadi hasil tebusan hari pembala...
- Get link
- X
- Other Apps
*13 th Day Of RMO* •KALAU BUKAN CORONA VIRUS, VIRUS APA KITA TUNGGU LAGI... Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah. Kehidupan diteruskan spt biasa. Dah masuk hari ke 13 dah pun. *PAKEJ RANSANGAN EKONOMI due to Covid19* Selepas PM umum Pakej Rangsangan Ekonomi utk mendepani kesan COVID 19, macam macam komen dari rakyat semua. Bermula dari bawah sehingga lah ke atas. Apa2 pun yang sangat di harapkan adalah satu lagi pertolongan yakni dari Allah untuk memastikan apa jua yang di rancang oleh para pemimpin ini mendapat restu dariNya, walaupun hebat di kritik oleh pihak yang ada saja yg tak kena. وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَٰكِرِينَ "Dan mereka merancang, Allah juga merancang dan Allah sebaik2 perancang " (Ali `Imraan : 54) Nak komen, komenlah tapi ajarlah hati bersangka baik pd ketetapan Allah, kerana Dialah sebaik2 perancang. Mungkin apa yg kita mahu kan tidaklah baik bagi kita. Dekatkan diri kita dengan Allah, agar hidup kita penuh dengan k...
- Get link
- X
- Other Apps
*ENTERING 12th Day Of RMO* - Cool : Look at our World and Islam History. Full of Lesson.... Assalamu’alaikum.. As of yesterday, Jumlah kes COVID 19 yang disahkan di seluruh dunia meningkat kepada lebih 600,00. 177 negara dan wilayah terjejas dan 27,862 nyawa menjadi korban. ( sumber:ismaweb) Itupun di zaman moden dan pengalaman lalu, serta juga perkembangan sains dan teknologi, COVID 19 ini masih sedang di bending dengan baik jika dibanding dulu. *SEJARAH DUNIA* Jom oagi ini, kita imbau sejenak sejarah wabak paling menakutkan dalam sejarah dunia. Inilah masa yg baik menyemak sejarah meneladani kisah2 hitam wabak maut yang pernah melanda manusia. Boleh jadi ada pengajaran yang kita boleh pelajari daripada generasi yang lebih awal. •Cacar Air (SmallPox) Bermula 430 Sebelum Masihi (?) hingga 1979. Telah Membunuh 300 juta penduduk dunia pada abad ke 20 sahaja. Ada tamadun yang tumbang kerana ini. •AIDS Bermula Tahun 1981 hingga Sekarang. Membunuh 35 juta orang seluru...
- Get link
- X
- Other Apps
Coba baca perlahan sambil muhasabah diri😢 setiap 1000 orang makhluk yang melewati jembatan siratal mustaqim ,hanya 1 orang saja yang berhasil lolos sampai ke surga ?? 😭😭😭 👇👇 ... BAGI YANG ISLAM. TAK DIBACA SAYANG.👇 ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagungan-Nya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil alaihis salam dihidupka...
- Get link
- X
- Other Apps
*Memasuki hari ke 11 RMO/CMO...* - Dari Pengisian Usrah Keluarga: HADIS KE 25 MATAN ARBAIN. Assalamu’alaikum.. Selama berlalu, 10 hari berlalu tanpa ada damai di hati seperti dulu; berjemaah subuh di masjid surau, hati jadi semakin tidak keruan. Tapi tidak pagi ini, kerana sudah menyedari hikmah di sebaliknya dan ianya agak menggembirakan kerana sudah 10 hari berjemaah setiap lima waktu, solat bersama isteri dan anak, gamatkan azan, wirid, zikir dan bacaan Al Quran lepas sejuzuk ke sejuzuk di ruang tamu rumah. Malah, bergilir gilir kami yang lelaki menjadi imam. Semoga Allah jadikan ini semua sedekah untuk diri kami sendiri kerana untuk kami pergi ke depan sana bersama “frontliner” lawan si COVID 19, kami tidak mampu. Semoga “sedekah” ini membuka redha Allah bagi membantu meredakan si COVID dari bermaharaja lela dan juga jadi asset kami di “sana” nanti. Apatah lagi dengan pakej rangsangan ekonomi yang di umumkan pemerintah, walau bukan semua saya terlibat tapi s...
- Get link
- X
- Other Apps
One time.. Satu negara dgn angkuhnya mengatakan mereka new kuasa besar dunia. Now the economy become ill. One time...they said.. Everybody can fly Now, Everybody doubt to fly One time. Ada segelintir ambil mudah hal umrah Now.. Suddenly.. Tanah haram is temporary barred. One time.. Ada memandang sinis..lelaki dan perempuan bkn mahram tidak bersalam kerna di katakan kolot Now.. Mostly people afraid to shake hand each other One time.. Ada memandang ringan solat jumaat Now.. Ada negara batalkan solat jumaat due to potential exposure on 'religious gathering' One time.. Ada memandang sinis si pemakai niqab Now.. People agitated looking for mask.. Covered same part area.. One time.. People bangga up gambo balik dari bercuti overc, Now, Become skeptical or worstly paranoid.. Takut kena kecam not self kuarantin. N become potential as a silent carrier. One time, some ignore on wudhu for perform solat Now, we were advise to wash our hand thoroughly and oftenly. Al...
- Get link
- X
- Other Apps
MEMEBEBEL LAGI PASAL #COVID2019 Dato' Dr Musa Mohd Nordin KPJ Hospital Pakar Damansara 24 Mach 2020 Sejarah Wabak: 218 Hijrah/818 Masehi Wabak di Mesir Setiap rumah dijangkiti Ramai gabenor dan ketua2 negara Mesir mati 228 Hijrah/628 Masehi Wabak merebak ke Azerbaijan Ramai yg mati sehingga tak cukup kain kapan utk menutup mayat 448 Hijrah/1048 Masehi Wabak di-Andalus dan Mesir dll Imam Zahabi: Wabak yg tak pernah dialami sebelum ini Sehingga masjid ditutup dan tak ada org yg sembahyang didlm nya Kurun 8 Hijrah/Kurun 14 Masehi Black Death. Bubonic Plague Satu dunia dijangkiti Pusat penularan-nya diEropah 200 juta kematian dlm 4 tahun Mereka tak tahu punca wabak ini Tetapi mereka tahu ia mudah merebak jika berdekatan Maka kelasi kapal ditahan dlm kapal selama 40 hari (Quaratino) sehingga sah mereka sihat – maka timbul istilah Quarantine 749 Hijrah/1349 Masehi Al-Maqrizi (ahli sejarah) mencatat wabak yang amat teruk dibanyak daerah azan dihentikan ke...
- Get link
- X
- Other Apps
*MEMASUKI HARI KE 10 CMO* - Salam Jumaat World, Stay Positive ( in thinking and attitude)... Assalamu’alaikum... Bersempena dengan hari Jumaat, sama sama kita penuhi dengan zikrullah, taubat dan munajat. Subhanallah!! Alhamdulillah!! Allahuakbar!! Dalam keserabutan melihat negara terumbang ambing dek COVID 19, jiwa kembali tenang bila terpandang ayat Allah sebahagian ayat 191 surah Al imran : رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ "Wahai Tuhan kami! Tidak lah Engkau menjadikan benda benda ini dgn sia sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka..” Inilah kata kata orang yang selalu mengingati Allah tak kira senang atau susah. Moga kita juga tergolong dalam golongan ini.. Marilah kita lihat semua ini dengan mentadabburi apa Allah telah susunkan. Benar benar mengajar manusia: tiada lagi lepak waktu maghrib, tiada lagi aktiviti malam dan macam macam lagi yang mengundang dosa. Semua ini kena kita jadikan penamba...
- Get link
- X
- Other Apps
Salam semua, maaf, saja saya memberitahu kepada yg belum tahu dan mengingatkan semula kepada yang telah tahu bahawa....... "BACAAN ATTAHIYYAT ADALAH DIALOG ANTARA RASULULLAH SAW. DENGAN ALLAH SWT.''...............................................................: *1. Seandainya kita mengetahui bahwa sebagian dari bacaan shalat itu adalah dialog antara Rasulullah SAW dengan Allah Azza wajalla, tentu kita tidak akan terburu-buru melakukannya... * Allahu Akbar, ternyata bacaan shalat itu dapat membuat kita seperti berada di syurga... * Mari kita camkan dan renungkan kisah berikut ini, tentu akan berlinang air mata kita, masya Allah...* ...
- Get link
- X
- Other Apps
*Teks doa PM* Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau ampunilah dosa-dosa kami. Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hambaMU yang kerdil ini dari segala musibah. Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang berbahaya dan wabak yang mengancam nyawa. Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk. Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaanMU yang berat ini. Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami. Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami, Ya ALLAH, tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMU. Ya ALLAH Ya Rahman Ya Syaafi. Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak koronavirus walau di mana sahaja mereka berada. Sesungguhnya, tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya ALLAH. Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya ALLAH. Kami b...
- Get link
- X
- Other Apps
COVID-19 : KEKALKAN DIRIMU DI RUMAH • Kuarantinkan Diri Anda Di Rumah Tahun 2020 seluruh DUNIA dikejutkan dengan serangan penyakit Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) yang setiap hari semakin merebak dengan cepat. Menurut pakar bahasa arab dan pakar kesihatan, al-waba’ (wabak) adalah penyakit yang menular pada suatu wilayah, boleh penyebarannya cepat dan meluas. Sedangkan tha’un adalah wabak yang menyebar lebih luas dan menimbulkan kematian. Inilah pengertian tha’un menurut pakar bahasa dan ulama feqah. World Health Organization (WHO) menyatakan Covid-19 merupakan suatu penyakit PANDEMIK, lebih mudah ia disebut dengan wabak yang tersebar luas di serata dunia. Apa perlu buat sekiranya wabak Covid-19 ini semakin menular berterusan? Mari kita baca hadis di bawah ini. Saidatina ‘Aisyah (57 H) رضي الله تعالى عنها menceritakan, beliau bertanya kepada Rasulullah ﷺ berkenaan penyakit Tha’un. Rasulullah menjelaskan: أَنَّهُ كَانَ عَذَابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ، “T...
- Get link
- X
- Other Apps
*Masuk Hari Ke 8 CMO* - SEKADAR PICISAN UNTUK SEBUAH PAGI. Assalamu’alaikum .. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang... Selamat memasuki hari ke 8 kita, patuh dengan apa yang di perintahkan. Suasana makin membuai rasa. Tak pernah pun dikerah selama ini seperti ini. Makanan yg biasa di simpan makan seminggu, hanya bertahan tiga hari. Pemakanan pun nak kena jaga, maklumlah, jantung yang berpenyakit. Sarapan pagi, banyak nak kena makan serat (fibre) sebab tak ada aktiviti selepas subuh berjemaah, hanya ada bacaan surah yassin dan “little” tazkirah untuk isteri dan anak anak. Tapi dijangkakan bakal “gain weight”. Ini yang kena jaga, jantung ada juga ubat, takut terlebih acid, jadi “Ghout” or “kidney stone” pula. For now, makan nasi hanya sekali sahaja, utk lunch. Makan malam hanya sup atau mee saja. Waktu Dinner memang “cantik”, bermula makan before 730 malam. Alhamdulillah. Setakat ini, satu perempat dari 24 jam di peruntukkan untuk ibadah yang khusus - solat ...
- Get link
- X
- Other Apps
📌 *SEJARAH WABAK* *218 Hijrah/818 Masehi* Wabak di Mesir Setiap rumah dijangkiti. Ramai gabenor dan ketua2 negara Mesir mati *228 Hijrah/628 Masehi* Wabak merebak ke Azerbaijan Ramai yg mati sehingga tak cukup kain kapan utk menutup mayat *448 Hijrah/1048 Masehi* Wabak di-Andalus dan Mesir dll Imam Zahabi: Wabak yg tak pernah dialami sebelum ini _sehingga masjid ditutup dan tak ada org yg sembahyang didlm nya_ *Kurun 8 Hijrah/Kurun 14 Masehi* Black Death. Bubonic Plague Satu dunia dijangkiti. Pusat penularan-nya di Eropah. 200 juta kematian dlm 4 tahun Mereka tak tahu punca wabak ini Tetapi mereka tahu ia _mudah merebak jika berdekatan_ Maka kelasi kapal ditahan dlm kapal selama 40 hari (Quaratino) sehingga sah mereka sihat – maka timbul istilah Quarantine *749 Hijrah/1349 Masehi* Al-Maqrizi (ahli sejarah) mencatat wabak yang amat teruk dibanyak daerah _azan dihentikan kebanyakan masjid2 ditutup_ maka bukan baru dan tidak lah pelik lah kalau Menteri Agama mengel...
- Get link
- X
- Other Apps
*GENAP SEMINGGU DAH RMO/CMO* - Nota Ustaz Abdul Mu’izz :WABAK, PETANDA KIAMAT (Last) •Sabda Nabi saw: “Penyakit ta’un itu merupakan syahid bagi tiap tiap orang islam” Assalamu’alaikum.. Salam genap seminggu kita semua berada dlm tempoh Menghadkan Pergerakan demi menjaga diri dari ter kena COVID 19. Mendengar berita kematian dan jangkitan serta kawasan yang terlibat akibat COVID 19, jiwa semakin resah. Itu lah tanda tanda bahawasa nya kita ini semakin helpless dan semakin terserlah hanya kuasa Allah segala nya. Akhirnya, kita akan semakin sedar bahawa segala usaha usaha kita perlukan kepada redha Allah yg akhirnya akan tentukan nasib kita. Berusahalah macamana pun kalau Allah takdir kan kita kena kita akan kena, tapi kena usaha dulu supaya takdir tidak kena virus pun akan ada untuk kita.. SATU PUN BUKAN MILIK KITA SEMUA MILIK ALLAH. Oleh itu pagi ini, saya ingin tamatkan nota kuliah 15 Mar lalu oleh ustaz Abdul Muizz dengan satu BANG! : siapa yang kena covid 19 akan dapat maq...
- Get link
- X
- Other Apps
*Memasuki Hari Ke 6 RMO* - sambungan Wabak: Petanda Kiamat @ Ustaz Abdul Muizz (Part 2). •Erti الطَّاعُون dalam hadis nabi saw... Assalamu’alaikum.. Salam isra’ mikraj dan salam hari ke 6, sehari nak cukup seminggu kita mengurung diri.. Tiada kata dan bahasa nak di tulis menggambarkan apa yang sedang di alami. Yang ada hanya al Quran untuk di khatamkan sebanyak mgkn. Atas nama manusia, nak juga rasa berhibur, mujur ada TV dan internet menjadi tempat berhibur. Tapi bila tiba saat solat akan di guna kan sepenuhnya untuk merapatkan diri pada Allah sambil sambil sunnah lain juga berusaha di amalkan. Kalaulah ada carta pie, agak nya berapa besar bahagian zikir, solat, ibadat, sunah nabi kalau nak dibandingkan dengan Hiburan, tidur dan makan? Mudah2an kita akan termasuk dalam golongan yang tidak sia sia kan peluang yang ada 2 minggu ini. Alhamdulillah. Mengisi masa seusai zohor berjemaah dan selesai juzuk ke 5 secara membahagikan satu seorang satu helai, saya menuju ke Impian GC de...
- Get link
- X
- Other Apps
Soalan Saya nak tahu apa hukum dan fadilat puasa sunat 27 Rejab sempena Isra’ Mi’raj? Jawapan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya. Sebarang bentuk, puasa sunat tidak dianggap sunat melainkan terdapatnya nas sama ada daripada al-Quran atau hadis yang menggalakkan puasa sunat tersebut. Kami kemukakan di sini dari kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/114-117) berkenaan dengan puasa sunat yang terdapat dalam Islam. Antara jenis puasa sunat ialah: Puasa pada Hari Arafah Sunat berpuasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji. Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Qatadah RA katanya: “Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Baginda bersabda: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ Maksudnya: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Riwayat Muslim (1162) Hari Arafah adalah hari yang afdhal antara ...