*Memasuki hari ke 11 RMO/CMO...*
- Dari Pengisian Usrah Keluarga: HADIS KE 25 MATAN ARBAIN.
Assalamu’alaikum..
Selama berlalu, 10 hari berlalu tanpa ada damai di hati seperti dulu; berjemaah subuh di masjid surau, hati jadi semakin tidak keruan. Tapi tidak pagi ini, kerana sudah menyedari hikmah di sebaliknya dan ianya agak menggembirakan kerana sudah 10 hari berjemaah setiap lima waktu, solat bersama isteri dan anak, gamatkan azan, wirid, zikir dan bacaan Al Quran lepas sejuzuk ke sejuzuk di ruang tamu rumah. Malah, bergilir gilir kami yang lelaki menjadi imam. Semoga Allah jadikan ini semua sedekah untuk diri kami sendiri kerana untuk kami pergi ke depan sana bersama “frontliner” lawan si COVID 19, kami tidak mampu. Semoga “sedekah” ini membuka redha Allah bagi membantu meredakan si COVID dari bermaharaja lela dan juga jadi asset kami di “sana” nanti.
Apatah lagi dengan pakej rangsangan ekonomi yang di umumkan pemerintah, walau bukan semua saya terlibat tapi seronok melihat ramai rakyat yang gembira dalam ketika duka melawan virus corona ini. Pagi ini menjadikan sinaran sang suria agak ceria.
ALHAMDULILAH..
Ketika zohor yang tiada lagi solat jumaat semalam, demi kerana Allah dan demi utk memenuhi permintaan YDPA, kami sempat bersolat jemaah zohor dan bangun pula utk solat hajat sambil merayu merintih pada Allah agar mengasihani kami dan semua umat manusia yang dah lama lalai dan alpha ini untuk diselamatkan dari ujian COVID ini. Terasa bergetar juga jiwa, bila si anak yang al Hafiz menjadi iman solat hajat ber doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
“Ya Allah, aku/kami mohon berlindung dengan Mu drpd penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit penyakit yang buruk”
Sebelah petangnya pula, seketika beriadhah ping pong, kami di kejutkan dengan kehadiran helicopter yang terbang agak rendah di kawasan Sri Minang. Dari sumber sumber yang di percayai, ada yang melapor tentang penghuni sri minang bermain badminton di kawasan terbuka. Takdir Allah, petang semalam kami tidak jadi bermain basketball kalau tak, tidak tahu apa yang akan terjadi.. ?
Semalam juga seusai solat maghrib, kami menamatkan round 1 khatam 30 juzuk versi COVID 19. In shaa Allah, akan ada round ke 2 pula memandangkan CMO masih berbaki 17 hari lagi.
Al an’am : 115
وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا ۚ لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (AlQuran, meliputi hukum hukum dan janji janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatu pun dari Kalimah kalimah Nya; dan Dialah yg sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui..”
Malam semalam kami sudahi dgn usrah keluarga untuk bulan March dan juga bersempena hadirnya bulan syaaban. Tajuk malam tadi adalah isra’ mikraj. Untuk tadabbur alquran, kami tadabbur ayat alimran dari 94 hingga 112 berdasarkan kitab tafsir Ibnu Kathir. Dan, utk perkongsian hadis pula, hadis ke 25 dari kitab Matan arbain dibaca dan dibincang
kan. Jam 1140 malam, baru lah semua dapat ke dapur semula mencari juadah, isi perut selepas selama 2 jam berusrah. Semoga ada “cahaya” melintasi dari ruang rumah kami menyuluh masyarakat langit menjadi kan redha Allah bersama kita semua; lalu, meredakan keganasan COVID 19 ini..
Untuk sahabat sahabat di luar sana, teruskan kerja dan amalan amalan soleh ketika di rumah bersama ahli keluarga semasa CMO ini.
Untuk pagi ini, saya ingin berkongsi hadis ke 25 Imam Nawawi yang kami bincang kan semalam.
*Hadis ke 25 - MATAN ARBAIN*
Riwayat al lmam Muslim.
Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan):
“Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa seperti kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma’aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pd kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Apa pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka, demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala”
Semoga kita semua tidak sia sia kan peluang bersedekah
pada diri sendiri seketika kita masih dalam RMO ini.
*Akhir kalam..*
Kita kena mencari aktiviti yang boleh kita jadikan manafaat dunia dan akhirat. Semoga serban nabi nanti menjadi pembantu d tatkala seimbanngya kerja makruf dan mungkar kita di dunia. Kerana itulah, kita perlu sayangi dan ikuti nabi saw.
Tiba tiba saya terasa satu “instinct” bahawa COVID 19 akan meredakan dirinya tak lama lagi. Mungkin selepas banyak dosa dosa secara terang terangan semakin berkurang.. cari lah satu pemgajaran.
In shaa Allah
Biiznillah
Wallahu’alam
Wassalam
Tulisan : *NCS*

Comments
Post a Comment