πŸ“Œ *SEJARAH WABAK*

*218 Hijrah/818 Masehi*
Wabak di Mesir
Setiap rumah dijangkiti. Ramai gabenor dan ketua2 negara Mesir mati

*228 Hijrah/628 Masehi*
Wabak merebak ke Azerbaijan
Ramai yg mati sehingga tak cukup kain kapan utk menutup mayat

*448 Hijrah/1048 Masehi*
Wabak di-Andalus dan Mesir dll
Imam Zahabi: Wabak yg tak pernah dialami sebelum ini _sehingga masjid ditutup dan tak ada org yg sembahyang didlm nya_

*Kurun 8 Hijrah/Kurun 14 Masehi*
Black Death. Bubonic Plague
Satu dunia dijangkiti. Pusat penularan-nya di Eropah. 200 juta kematian dlm 4 tahun
Mereka tak tahu punca wabak ini
Tetapi mereka tahu ia _mudah merebak jika berdekatan_
Maka kelasi kapal ditahan dlm kapal selama 40 hari (Quaratino) sehingga sah mereka sihat – maka timbul istilah Quarantine

*749 Hijrah/1349 Masehi*
Al-Maqrizi (ahli sejarah) mencatat wabak yang amat teruk dibanyak daerah _azan dihentikan kebanyakan masjid2 ditutup_
maka bukan baru dan tidak lah pelik lah kalau Menteri Agama mengeluarkan fatwa supaya masjid ditutup dan tiada sembahyang jumaat semasa wabak COVID2019

*833 Hijrah/1433 Masehi*
Ibn Hajarseorg komentator sahih bukhari yg tersohor, 3 anak perempuan nya mati didalm wabak diMesir. Beliau menulis satu ensiklopedia - 400 muka suat
banyak aspek mengenai wabak
-       hukum agama pasal wabak
-       wabak dtg dari mana
-       apa perlu dilakukan
-       Hadith Taun yang masyur (riwayat abu ubaidah/abd rahman bin auf)
-       fiqh wabak
buku yg paling agung mengenai fiqh wabak

*1918 Masehi*
Pandemik influenza, Spanish Flu
1 dari 5 warga dunia dijangkiti kematian seramai 50 juta.
Kanak2 menyanyi;
_I have a bird_
_It’s name is Enza_
_I opened the window_
_And In-Flu-Enza_

*2009 Masehi*
Pandemik H1N1 influenza
Vaksin influenza berjaya dikeluarkan
Menggurangkan kematian sedunia kpd 300 ribu (kematian diM’sia 77 org)

*2003 Masehi*
Wabak SARS-CoV-1
8 ribu kes sedunia
800 kematian (kadar kematian 10%)

*2013 Masehi*
Wabak MERS-CoV
Kadar kematian 35%


_Jika wabak dibenarkan menular tanpa apa2 usaha membendungnya_
Jumlah rakyat Malaysia = 32 juta
Jumlah dijangkiti = 50% = 16 juta
Jumlah yang sihat/sakit sikit saja = 80% = 28.8 juta
Jumlah yang masuk hospital = 15% = 2.4 juta
_*Jumlah yang kritikal dlm ICU = 5% = 0.8 juta*_
_*Jumlah yang mati = 1% = 0.16 juta*_

Dunia telah istiharkan COVID2019 sebagai wabak
Dunia telah istihar PERANG melawan COVID2019
Untuk menang peperangan ini kita mesti ada strategi perang.

*Objektif strategi perang COVID2019 ialah:*
1.    Kurangkan beban penyakit COVID2019
2.    Minimakan morbiditi dan mortality
3.    Arahkan Ro (kuasa jangkitan) kurang daripada 1.0
4.    Kesemua ini akan mendatarkan lengkung epidemik
5.    Ini akan memberi masa untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan dan infra-struktur sistem kesihatan untuk menangani epidemik dengan lebih berkesan
6.    Ia memberi masa untuk dunia menjana rawatan anti-viral dan vaksin

*Kaedah strategi perang COVID2019 ialah:*
1.    Pembendungan yang berkesan melalui:
a.    Ujian surveilans
b.    Pengesanan kenalan (contact tracing)
c.    Kuarantin
d.    Jarak Sosial
2.    Berkesan sehingga timbul kluster Ijtima’ Tabligh
3.    Mulakan kaedah mitigasi (pengurangan)
a.    Giatkan lagi kaedah nombor 1a-1c
b.    Tingkatkan aktiviti #JarakSosial dengan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO)
      4.  KIV Lockdown Sepenuhnya 1-2 kawasan panas COVID2019

*Tujuan #JarakSosial:*
1.    Mengekang penularan COVID2019
2.    Mendatarkan lengkung epidemik

*Aktiviti #JarakSosial:*
1.   Menjaga kebersihan, membasuh/sanitize tangan selalu dan memelihara etika batuk dan bersin
2.   Tidak bersalam tangan, cium maupun peluk tetapi diganti dengan meletak tangan didada, mengangkat tangan ataupun budaya Namaste, pastikan jarak dgn org lain lebih kurang 1 meter
3.   Jauhi tempat orang ramai, tidak perlu keluar jika tiada hal yang penting dan jika keluar pakai topeng muka
4.   Jika dikenakan self-isolation ataupun kuarantin, patuhi 10 arahan yang ditetapkan dan Health Assessment Tools (HAT) yg diberi
5.   Jika anda pekerja maupun majikan, cuba praktikkan 15 tips #jaraksosial untuk syarikat menyekat penularan #COVID2019
6.   Jika anda warga emas, menjaga ibu-bapa yg lanjut usia, ada perkhidmatan rumah warga tua, sila ikut panduan yang dilampirkan
7.   Mematuhi arahan kerajaan yang melarang perhimpunan ramai termasuk aktivit keagamaan, sukan, sosial dan budaya
8.   Memastikan anak2 diselengara dengan baik dengan penutupan taska, sekolah dan institusi pengajian tinggi

Kesemua aktiviti #jaraksosial ini agak merumitkan tetapi ia menguji kesabaran dan kebijaksanaan kita untuk memerangi COVID19.

*Kita harus mengekang ego yang hanya mementingkan diri kita sahaja.*

*Kita harus mengorbankan sedikit kebebasan diri kita demi memeihara maslahah negara kita terutama mereka yang berumur dan berpenyakit.*

COVID19 mengancam kesihatan dan nyawa kita dan juga sosio-budaya dan ekonomi negara kita.

Jika kita mengorbankan sedikit kebebasan diri kita, kita bakal menikmati kebebsan yang sejati yang bukan hanya melindungi kesihatan dan naywa kita tetapi juga  memelihara kesejahteraan sosio-budaya dan ekonomi negara kita. ❤πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€²πŸ•‹

#COVID2019
_*Dr Musa Mohd Nordin*_
KPJ Hospital Pakar Damansara
24 Mach 2020 🏍🐫

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S