*BEGINNiG OF 2n Phase Of RMO*- Rindu Rindu Serindu nya Ayat 12 - 15 As Sajdah.

Assalamu’alaikum...

Hari ini hari ke 15, 2nd phase RMO bermula.

 Semalam, seusai solat asar berjemaah bersama ahli keluarga, seketika berdoa saat hujan masih lebat di luar rumah, perasaan sayu dan rindu, rindu yang serindunya pada saat berjemaah di rumah Allah dan saat duduk bersimpuh menadah ilmu dari segala assatizah, tiba tiba datang berbuak buak. Terselit rayuan dalam doa pada Allah ...

“ Ya Allah, kami merintih, kami merayu kepada Mu untuk segera meredakan tentera Mu yang kecil tapi membunuh ini agar kami dapat semula keluar untuk berjemaah di rumah2 Mu. Sesungguhnya kami semua semakin rindu pada saat itu, saat menyembah Mu di rumah Mu. Kami tahu kami salah kerana kami hanya mendengar kisah kisah maksiat tapi kami tidak endah, asal kami bahagia beribadat di rumahMu, kami juga tidak peduli saudara saudara yang seagama kami  yang di tindas, tidak walau hanya satu doa atau dengan hanya benci pada maksiat sekelumit di hati yang selemah lemah iman ini. Akhirnya, bila ujian tiba, ia tidak kenal yang taat atau yang tidak. Maka, ya Allah kembali kan saat dulu, kami ingin jadi khalifah di bumi ini seperti yang Engkau ke hendaki .. menegakkan undang undang Mu dan tegakkan ajaran nabi Mu.
Maafkan kami Ampun kan kami..”

Saat berdoa, Suara bergetar, hati luluh, mata mula berkaca kenang kan nasib diri.. hanya pada Allah swt penentu segala..

 لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ .

 “Tidak ada usaha, kekuatan dan upaya selain dengan kehendak Allah yang ”

Ketika hujan masih lebat membasahi bumi, air mata pun ikut sama membasahi pipi, saya tutup doa dengan:

“Jika sekiranya tertulis di loh mahfuz Mu tentang ujian musibah utk kami sehingga ia menghancurkan kami. Maka, ya Allah di atas kehebatan dan kemuliaan yg menjadi milik Mu, tukar lah ia menjadi kebaikan utk kami. Aaminn”

Tidak ada kuasa bagi kita hamba Nya untuk menolak musibah dan tidak ada kekuatan untuk meraih kebaikan selain dengan kuasa Allah...

Ketika ini ramai berjanji pada diri sendiri untuk tekad ikut perintah Allah selepas di berikan kebebasan dari Covid 19 ini. Mujurlah kalau kita insaf ketika di dunia ini kerana kalau kita sudah mati, kita tidak boleh lagi nak berjanji seperti ini. Teringat tafsir ayat 12 - 15 surah Sajadah yang pernah di bawa oleh para assatizah ketika saat masih boleh menadah ilmu dulu..

*Ayat 12 - 15 As Sjadah*

وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ
•Dan sekiranya engkau melihat ketika orang orang yang berdosa itu

نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ
•mereka menundukkan kepala mereka di hadapan Tuhan mereka.
رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا
•Wahai Tuhan kami, kami telah melihat mendengar dengan sejelas jelasnya
فَارْجِعْنَا
•maka kembalikanlah kami
نَعْمَلْ صٰلِحًا
•supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik;
إِنَّا مُوقِنُونَ
•sesungguhnya kami sekarang telah yakin

وَلَوْ شِئْنَا
•Kalaulah Kami mahu
لَآتَيْنَا كُلَّ نَفْسٍ هُدٰهَا
•nescaya Kami berikan kepada tiap tiap seorang akan hidayah petunjuknya
وَلَٰكِنْ حَقَّ الْقَوْلُ مِنِّي
•tetapi telah tetap keputusan dariKu
لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ
•Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
•dengan jin dan manusia

فَذُوقُوا بِمَا نَسِيتُمْ
•maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai
لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا
•pertemuan kamu hari ini.
إِنَّا نَسِينٰكُمْ
•Sesungguhnya Kami melupakan kamu;
وَذُوقُوا عَذَابَ الْخُلْدِ
•dan rasalah azab yang kekal
بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
•dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِأيٰتِنَا
•Sesungguhnya yang benar benar beriman kepada ayat ayat keterangan Kami
الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا
•ialah orang orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat ayat itu,
خَرُّوا سُجَّدًا
•mereka terus rebah diri sambil sujud,
وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ
•dan bertasbih serta memuji Tuhan mereka
وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
•dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

Kalau dulu setiap subuh hari jumaat, akan ada ayat ini dibaca imam2 masjid atau surau, ingatkan tentang kisah “bocor” manusia tika bertemu Allah..sebelum imam sujud tilawah. Ahh.. rindu lagi serindu rindunya

Dengan azab corona ini, kita masih ada peluang, tapi dengan azab hari kiamat kita tiada peluang lagi. Inilah hikmah COVID 19, walau pun kena berduka...

Orang yg tak mahu belajar tafsir AlQur’an juga dikira sebagai sombong. Jangan kita tidak mahu tadabbur ayat ayat Al-Qur’an yang Allah telah turunkan kepada kita melalui Jibril dan disampaikan kepada NabiNya yang paling mulia, Nabi Muhammad. Jangan kita jadi sombong, apabila sampai kepada kita, kita  buat tak tahu sahaja...

*Akhir kalam..*

Sedarlah insan, segala jalan keluar dari jalan keluar ialah berpaling kepada Allah. Selepas berusaha, panjat kan munajat pengharapan hanya kepada Dia. 

..muhasabah diri tentang segala kemudahan dan pertolongan yang diperoleh selama ini, sekarang atau di masa hadapan, hakikatnya adalah dari Allah sahaja. Pertolongan yang hadir melalui manusia adalah asbab kemurahan kasihNya.

Terimakasih Allah izinkan kami sekeluarga khatam alquran buat kali ke 2 selepas 14 hari RMO..

Wassalam

Pena: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S