*Masuk Hari Ke 8 CMO*
- SEKADAR PICISAN UNTUK SEBUAH PAGI.

Assalamu’alaikum ..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...

Selamat memasuki hari ke 8 kita, patuh dengan apa yang di perintahkan. Suasana makin membuai rasa. Tak pernah pun dikerah selama ini seperti ini. Makanan yg biasa di simpan makan seminggu, hanya bertahan tiga hari. Pemakanan pun nak kena jaga, maklumlah, jantung yang berpenyakit. Sarapan pagi, banyak nak kena makan serat (fibre) sebab tak ada aktiviti selepas subuh berjemaah, hanya ada bacaan surah yassin dan “little” tazkirah untuk isteri dan anak anak.
Tapi dijangkakan bakal “gain weight”. Ini yang kena jaga, jantung ada juga ubat, takut terlebih acid, jadi “Ghout” or “kidney stone” pula. For now, makan nasi hanya sekali sahaja, utk lunch. Makan malam hanya sup atau mee saja. Waktu Dinner memang “cantik”, bermula  makan before 730 malam.

Alhamdulillah. Setakat ini, satu perempat dari 24 jam di peruntukkan untuk ibadah yang khusus - solat wajib dan sunat rawatib, zikir, wirid dan alquran. Suara azan dilaungkan setiap kali masuk waktu. Gema al quran akan kedengaran setiap kali selesai solat, sekurang kurang satu juzuk (dibahagi sama rata bacaan nya dikalangan ahli kami). Jam 530 petang, biasa nya macam macam sukan cuba di adakan untuk wujud kan “appetite” bagi makan malam. Setakat ni, sukan yang ada : golf - chipping only, ping pong ( nasib baik ada meja kat rumah) dan basketball ( ada court selang 3-4 rumah dari rumah). Saat bertemu dgn jiran, menyapa dari jarak yang di gezetkan, tak de sembang.

Malam, pasti di tutup dgn Al Mulk dan pagi, dibuka dgn Yassin..

Inilah kitaran hidup yang ada untuk saya dan keluarga saya lalui sekurang kurang nya untuk satu minggu lagi.
Apa yang sangat diharap kan ianya akan menjadikan  iman kita bertambah. Walau pun rindu berjemaah di masjid surau dan berteleku dalam majlis ilmu, amat terasa sangat.

Inilah ujian untuk kita semua TAPI ingatlah..

insyirah : 5 - 6

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa ssungghnya tiap kesukaran disertai kemudahan...”

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

(Sekali lagi ditegaskan): bhwa sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan.

Pesanan ini untuk kita semua, termasuklah saudara mara kita yang mungkin sedang gusar dengan suasana ekonomi kini dan selepas ini. Yang pastinya, saat ini ajar kita untuk perbanyakkan amalan soleh, mudah2an ianya akan kekal sehingga selepas satu pengalaman ngeri ini. Jadi kan saat ini untuk kita baiki hubungan keluarga kita dan juga agama kita sendiri. Baru kita tahu, pedihnya rasa, ketika mana masjid terbuka luas suatu ketika dulu untuk kita singgah dan bersolat jemaah, tiba tiba ditutup. Jgn pula selepas ini bila dah dibuka, ada pula alasan yang kita berikan. Pakat2 lah baiki tahap agama kita, kita perlu angkat Islam ke tempat yang sepatutnya.

Pada masa yang sama, dalam keadaan yang ada sekarang ini, kita boleh gunakan kemudahan teknologi yang ada kerana banyak ustaz ustaz menerus kan kuliah kuliah mereka melalui FB Live. Antaranya, ustaz Meeffah Anuar. In shaa Allah, tiap tiap malam ada kuliah dari nya sekitar jam 750 malam hingga isya’.
Pada yang rindukan kuliah kuliah pada saat antara maghrib dan isya’, boleh search di facebook dengan menaip “Mohd Meeftah”.

In syaa Allah, sama sama lah kita sabar berdepan dengan ujian ini. SABARLAH WAHAI HATI. In shaa Allah akan ada  penawarnya.

Jangan berhenti berdoa, jangan berhenti bertawakal. Insya Allah, Dia akan bantu. Sebab itu janji dariNya, SETIAP KESUSAHAN, PASTI AKAN SENANG AKHIRNYA!

*Akhir kalam..*

Satu hakikat yang mesti kita terima, dan perlu kita akui adalah, dunia ini merupakan medan ujian buat kita..

Tujuannya; Allah nak lihat, siapa di antara kita yang tetap dalam ketaatan, dan siapa pula yang berpaling.
Allah nak lihat, siapa yang benar benar beriman (pada janjiNya), dan siapa pula yang hanya berpura pura keimanannya (munafik).

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiar kan hanya mengatakan, “Kami telah beriman", tapi  mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang2 sebelum mereka, maka Allah pasti tahu orang2 yang benar dan pasti tahu orang2 yg dusta." - [AlAnkabut: 2-3]

..hadapilah ini semua dengan KEIMANAN.

Selamat meneruskan Hari Restricted Movement Order untuk minggu yang kedua - minggu terakhir in syaa Allah.

Wallahu’alam
Wassalam

Penulis: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S