*1st Ramadhan,38th RMO*
PESANAN UNTUK AHLI KELUARGA NCS UNTUK RAMADHAN VERSI PKP.

Assalamu’alaikum...

Ramadhan Al mubarak 2020, semoga terkeluarnya kita nanti dari Ramadhan untuk kali ini di temani pegampunan dari Illahi. Termaktub dalam sejarah Islam, Ramadhan kali ini disambut dengan semua ibadah di lakukan di rumah.
Malah, sudah pun menjadi bahan sejarah ketamadunan manusia. Sama sama kita tunggu apa kesudahannya disebalik COVID 19.

Namun, dengan berbezanya Ramadan kali ini, berpuasa ketika menjalani tempoh PKP, banyak perkara yang membentuk umat Islam.

Semoga kita mengambil peluang berpuasa dan beribadah dengan lebih bermakna kerana banyak perkara yang mensia2kan ibadah puasa dihindari. Pd masa yang sama banyak aktiviti sunnah sebelum ini yang tak dapat di buat dapat di buat kali ini tanpa ada sebab yang boleh membatasinya.

*PESANAN SAYA PADA AHLI KELUARGA SAYA*

Malam tadi, sebelum solat terawikh pertama bermula, saya sempat adakan satu “breifing” kepada ahli keluarga saya tentang aktiviti puasa kali ini.

Antaranya:

•Sahur, jangan tak sahur, ikut waktu sahur. Bukannya perihal “ saya boleh puasa kalau tak sahur" tapi ianya “Pembeza antara puasa kita (muslim) dgn puasanya Ahli Kitab (agama lain) ialah makan sahur.” - Muslim.

Jelas sahur bukan sekadar makan dan minum tapi juga suatu ibadah dlm hal puasa. Jika Rasulullah dah berikan petunjuk, kita tidak perlu lagi khuatirkan keutamaannya. Bersahur bukan di tengah malam, tetapi diawal pagi sebelum masuk waktu subuh.


•Kena berusaha bangun awal untuk sahur, supaya dapat mengerjakan amalan
yang di galakkan.

Surah al Muzammil, 1 - 4 : “Wahai orang yg berselimut! Bangun (solat tahajud) pada waktu malam, selain daripd sedikit masa ( utk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, ataupun kurangkan sedikit daripada separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan baca al Quran dengan tartil.”

Inilah masanya, dalam PKP, esoknya banyak masa untuk ”cover” balik waktu rehat. Tp hal ini bukan senang nak buat kalau masa bukan ramadhan bukan amalan. Apa2 pun pasangkan niat.

•Berbuka puasa dengan cara nabi saw. Antaranya:

Tidak melewat lewatkan berbuka puasa. Kali ini kita puasa dalam tempoh PKP, tidak ada isu “Traffic Jem”.

Saya pesan pd ahli, semua
aktiviti kena diberhentikan 10 minit sebelum berbuka, memasak ke, apa jua. Dan 5 minit sebelum berbuka, semua kena ada di meja makan. Nak bawa AlQuran kecik dan baca kat meja pun boleh, nak berzikir ke, tapi saya sarankan semuanya berdoa. Di antara doa2nya, mohon Allah selesaikan isu COVID 19 dengan baik dan diberikan kehidupan yang baik sebaiknya selepas isu ini selesai.

“Tiga golongan yang tidak ditolak doa: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi”
(Tirmidzi)

•Satu lagi, saya berpesan supaya berbuka puasa hanya dgn air putih jer dulu dan makan beberapa biji kurma.

Diriwayatkan Anas Bin Malik, dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi : Rasulullah saw apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dgn beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air”

Kemudian diikuti solat maghrib berjemah, selepas itu barulah boleh menjamah juadah yang sedikit berat. Tiada lagi isu nak kejar pergi solat isya’ berjemaah di surau, dan berterawikh di surau, semua sudah boleh di urus masa sendiri.

•Waktu solat isya’ kena di buat seawal mungkin bagi membolehkan masa berehat awal. Selesai terawikh, terus sahaja tadarus dgn bahagi kan helaian helain dan ianya dibaca dengan tartail. Target 2 juzuk setiap malam. Baru 2 - 4 helai jer untuk kami yg ada 7 orang paling minima setiap masa. In shaa Allah akan berjaya khatam dgn tertil sebanyak dua kali (paling minima) sepanjang
Ramadhan. Selepas itu semuanya berehat.

Pada masa yang sama, usaha kami mentaddabur melalui tafsir ibnu kathir akan diteruskan dengan dibaca selepas solat zohor. Tazkirah pendek saya sampaikan sendiri selepas baca yassin setiap pagi seusai solat subuh. Dan taksinul quran, ajar dan diajari sesama kami dibuat setiap kali selepas asar.

Ini sebahagian pesananan saya sebagai ketua keluarga bagi menghadapi ibadah puasa dalam COVID 19 kali ini. Indeed, semakin lama makin terserlah hikmat dan nikmat Ramadhan dalam PKP kali ini, SEJARAH RAMADHAN utk rakyat malaysia dan juga peradaban dunia Islam.

*Akhir kalam*

Alhamdulillah. Di kurniakan seorang anak yang dah pun syahadah 30 Juzuk AlQuran
menjadikan tugas saya akan lebih terarah pd imam solat
wajib. Sekali sekala akan naik jadi imam terawikh juga. Tapi yang afdahlnya dialah. Tahniah pada yang ada ahli ahli yang huffaz Quran.

Puasa dalam PKP kali ini membuka banyak ruang pada kita untuk berpuasa gaya Nabi saw. Marilah sama sama kita berpuasa kali ini sptmana puasanya Rasulullah saw  dan para sahabat yang mulia.

Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat.

Wallahu A’lam.

Salam RAMADHAN AL MUBARAK 1441 H..

Maafkan saya..

Wassalam.

Ikhlas: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S