*8 RAMADHAN 1441 H, PKP HARI KE 45* - Usrah Keluarga : Ramadhan & COVID 19  - Baiti Jannati !

Assalamu’alaikum •••
Salam Jumaat, Salam Ramadhan, Salam Pkp...

Dalam keadaan berbeza  menyambut Ramadan tahun ini ekoran wabak COVID 19, ia tidak menghalang umat Islam tunaikan rukun Islam ketiga dlm suasana normal baharu. Hari jumaat tetap tidak berubah “value” akan kemuliaan nya walaupun tanpa solat jumaat.

Dan kami seisi keluarga pun tetap meneruskan acara bulanan kami - Usrah. Cuma isi programnya diubah dgn hanya membaca Hadis 40, pengisian dgn tajuk- covid 19 dan Ramadhan dan di akhiri dengan Open Mic - semua ahli kongsikan satu pengalaman atau pendapat.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Anak anak masing2 faham betapa besar hikmah dan nikmat Allah berikan disebalik “Ramadhan dalam PKp”.
Ramai ahli saya terkesan dengan majlis zikir setiap kali lepas solat, dapat solat dengan khusuk dan anak yang hafiz pula terasa damai jadi imam terawikh kali ini - kurang tekanan tiada sangat yang mengkritik katanya. Dan mereka juga merasakan amalan2 ibadah di bulan puasa kali ini senang untuk di lakukan kerana sudah jadi kebiasaan kerana beramal dlm pkp sebelum Ramadhan  tiba...

Kini barulah konsep Baiti Jannati Rumahku Syurgaku terasa sangat. Bila ruang ruang rumah tidak sepi dari azan, iqamah, bacaan al Quran, wirid dan zikir..

Inilah konsep rumah Muslim yang perlu diutamakan. Ya! jadikan rumah kita umpama masjid, kerana masjid itu rumah Allah dan penuh keberkatan. Bercirikan masjid tidak bermakna rekabentuknya kena  berbentuk seperti masjid. Yang penting  pengisian di dlm rumah. Allahuakbar, peluang apa yang Allah hadirkan untuk kita semua kali ini..

Tiba2 fikiran terbayangkan rumah Kekasih Allah yang sempit sehingga Nabi Saw terpaksa mengalih kaki  Aisyah tika menunaikan solat. Rumah kecil penuh baraqah ini kini menjadi Masjid yang dirindui. Masjid Nabawi. Itulah Baiti Jannati yang sebenar.

Maka, jika rumah kita besar, jangan jadikan hakikatnya kosong. Satu ruang solat yang cukup memuatkan seluruh ahli keluarga untuk berjemaah perlulah kita adakan. Kerana rumah Nabi saw sempit pada zahirnya tp tidak pada hakikatnya bila ia di penuhi dengan ibadah..

Lebih cantik kalau kita dapat adakan ruang solat dalam rumah yang lengkap macam kita lengkapi dapur dan bilik tidur kita. Jadikan ia ruang keluarga bersantai bersama kerana solat itu adalah satu kerehatan.

Bertambah baik kalau dapat wujudkan perpustakaan mini dan sudut tilawah Al Quran. Dinding pula dihiasi dengan ayat ayat al Quran. Ada pula ruangan audio untuk pasang bacaan ayat ayat suci Al Quran dan zikir - secara tidak langsung untuk tujuan menghafal dan rukyah. Apa lagi radio IKIM memang bersiaran 24 Jam. Syahdu lagi kalau dengar jam 4 pagi ada munajat dan zikir meruntun jiwa.

Kini saya dalam rangka hendak meletakkan Set Lengkap Pengurusan Jenazah dalam rumah, katanya boleh didapati di Shoppe berharga RM199/set. Ia sebagai peringatan harian bahawa mati itu dekat.

*Hadis ke 25 - Matan Arbain* ( share dari usrah sebelumnya, malam tadi yang ke 26, tapi sempena pkp hadis ini bagus untuk kita)

[lmam Muslim]
Daripada Abu Zarr ra.

Sebahagian sahabat tanya Nabi SAW: Wahai Nabi saw ! Orang orang kaya telah dpt banyak pahala. Mereka solat macam kami solat, dan juga mereka puasa macam kami puasa; malah, mereka pula bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya setiap kali tasbih itu sedekah, setiap kali takbir itu sedekah, setiap kali tahmid itu juga sedekah, setiap kali tahlil itu sedekah, menyuruh amar ma’aruf itu sedekah, tegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Nabi ! Adakah bila salah seorang kami melepaskan syahwat pun dia beroleh pahala? Baginda: Apa pandangan kamu kalau dia lepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka, demikian jugalah bila dia lepaskannya di tempat yang halal, dia akan beroleh pahala”

Renungkan masa pkp ini dan amalkan, moga kekal hingga akhir hayat...

*Akhir kalam..*

Semoga Allah permudahkan niat kita utk merealisasikan impian kita  BAITI JANNATI. Ianya tidak mustahil. Segala nya bermula dengan niat dan impian kita menjemput Malaikat Rahmat ke rumah.

Inilah satu natijah terhebat dari Ramadhan Dan Covid 19. Membuatkan kita lebih dekat dengan Allah, Rasul, Al Quran, ahli ahli kita dan juga rumah kita.

“Family that prays together, will stay TOGETHER TILL JANNAH.”

Biiznillah, in syaa Allah...

“Jangan jadikan rumah kita umpama tanah kubur.”

Segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk atas kelemahan diri saya sendiri.

Wallahu’alam
Wassalam..

Si kerdil: * NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S