*الثلاثاء, hari ke 35, PKP*
Ibrah Sepanjang Zaman dari kisah Nabi disihir...
Assalamu’alaikum...
Melewati setiap hari dalam tempoh Pkp ini, menberi peluang pada kami anak beranak melepasi satu persatu tafsir ayat ayat alquran yang kami dah khatam banyak kali. Tapi kali ini, dengan setiap dibaca tafsir ibnu kathir, walaupun baru mencecah ke ayat 98 Al Baqarah, amat terasa akan kehebatan Al Quran. Benarlah kami bersaksi bahawa alquran hendaklah ditadabburi dengan hadis hadis nabi saw.
Terimakasih Allah memberi peluang untuk kami, dan ini lah salah satu hikmah Pkp. Pada masa yang sama juga menberi peluang anakda kami yg satu2 nya al hafiz persiapkan diri berdepan dengan Diploma Al Quran dan Sunnah nya di KUIS nanti. Mohon doa dari semua anak ini bakal meneruskan legacy moyang kami sebelah ayah - Tuan Guru Awang Sungai - yang suatu ketika dulu pernah menjadi guru agama dan pelindung penduduk tepi sungai Salor ketika zaman Jepun ... aaaminn.
Meneruskan penulisan pagi ini, saya cuma share satu fikrah tentang apa yang telah berlaku salah satu juzuk kehidupan yang telah di lalui oleh Nabi saw. Iaitu perihal Nabi saw pernah di sihir..
*Nabi Pernah Di sihir..*
Senang untuk memulakan kisah ini, saya petik satu hadis yang di riwayatkan dari hadis sahih, riwayat Bukhari dan Muslim, drpd ‘A’isyah RA:
Seorang lelaki telah melaku kan sihir pada Rasulullah SAW daripada Bani Zuraiq, dikatakan bahawa lelaki itu ialah Labid bin al A’sam al Yahudi sehingga Rasulullah SAW berasa tidak keruan tentang perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sama ada sudah dilaku kan atau tidak. Apabila pada satu hari / malam ketika Nabi SAW bersama samaku tetapi baginda berdoa dan berdoa, kemudian baginda bertanya A’ishah, “ wahai A’ishah, apakah kamu tahu bahawa Allah SWT telah melakukan sesuatu ke atas diriku? Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang lelaki datang kepada ku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada di sisi kepalaku, seorang lagi berada di sisi kakiku, maka seorang darinya bertanya kepada kawannya, “apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad SAW ini? Maka seorang menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah menyihirnya? Dijawab lagi, beliau disihir oleh Labid bin al A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawabnya, diguna kan sikat rambutnya, dgn satu ikhtiar lain. Ditanya, di manakah diletakkan barang barang tersebut? Dijawab nya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Dharwan. Maka Nabi SAW hantar beberapa orang sahabat pergi ke perigi tersebut sebelum baginda sendiri pergi kemudian pulang lalu baginda bersabda: Wahai Aishah, air perigi tersebut berwarna merah seperti perahan inai dan batang pohon kurmanya berupa seperti kepala syaitan. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, adakah engkau tidak keluar kanya (dari perigi)? Nabi SAW menjawab: Allah SWT telah menyembuhkan aku maka aku bimbang (jika aku mengeluarkannya), ia akan mendatangkan keburukan kepada manusia dan aku suruh perigi itu ditimbus.”
Cukup dengan kita sama sama hayati hadis di atas utk kita sama sama ambil iktibar dan sedarilah betapa pentingnya untuk setiap hari kita berdoa moga Allah melindungi dari perbuatan jahat jin, iblis, syaitan dan juga manusia.
Kisah ini saya bawakan kerana sehingga ke ayat 98 saya meredah kitab tafsir ibnu kathir, masih belum reda kemurkaan Allah swt pada kaum Bani Israel. Hadith sahih ini sekurang kurangnya memberikan faham kepada kita bahawa musuh Islam, terutamanya Yahudi akan melakukan apa sahaja memenuhi kehendak mereka.
Apa2 pun, kisah ini tidaklah boleh disamakan dengan pada zaman ini kerana kini bila seseorang terkena sihir, dia hilang pertimbangan kewarasannya, menderita kesakitan berpanjangan sehingga mengganggu amal ibadat, malah ganggu kerja harian. Hal seperti ini tidak berlaku kepada Nabi SAW.
Nabi Muhammad SAW cuma berasa seperti ada sesuatu yg tak kena berlaku pada dirinya. Tiada siapa yang mengetahui keadaan sebenar baginda. ‘A’ishah pun tidak mengetahuinya sehinggalah Nabi SAW maklumkan tentang dua orang lelaki (malaikat) datang mengubat baginda dgn ayat2 al-Mu’awwidhat, (al fakaq dan an nas), yang menjadi ayat perlindung daripada perbuatan sihir.
Dari kisah ini, ayat ayat ini menjadi panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada sihir.
Teingat kisah, beberapa tahun lalu, ketika Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang masih menjadi penceramah tetap di surau Al amin BTHO. Suatu hari dia dapati dirinya telahpun di fitnah oleh segelintir SB, sehinggakan dia mendapat amaran dari pihak berkuasa. Lalu, selepas kuliah dia telah mohon jadi iman unruk solat isya’. Dia telah membaca dua surah ini dalam solat nya..
Selain dari itu, kita hendak lah ambil beberapa ibrah dari kisah ini. Jelas, Nabi SAW bila disihir, baginda sendiri tidak tahu, melainkan selepas Jibrail AS maklum kan.
Jika Nabi SAW sendiri tidak tahu baginda disihirkan, jadi bagaimanakah insan biasa seperti kita boleh tahu sihir yang terkena kepada orang lain? Malahan ada yg lebih hebat, boleh sebut pula gerangan yang melakukan sihir tersebut.
Inilah masalah yang kita hadapi. Tidak sepatutnya berlaku sedemikian kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya dan tidak ada seorang pun yang boleh mengetahui hal sebenarnya.
Al fatihah untuk anakda Supyan Samsudin yang telah menemui Allah akibat “colon cancer” walaupun di sebalik bermacam macam andaian.
Cukup dulu untuk pagi ini, kalau nak bahas memang banyak lagi. Silakan gali lagi, saya sekadar membuka ruang... was
*Akhir kalam*
Pengubatan disyariatkan, tetapi jangan sampai kita mendakwa orang itu kena sihir atau menunding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir.
Wallahu’alam
Wassalam...
Selamat meneruskan proses mengurungkan diri, satu lagi nikmat dari Allah yang kita tidak boleh dustakan..
Teringat kata kata dari ustaz Dr Jahid Sidek - “ kalau pergi jumpa bomoh tu, kalau masuk masuk jer rumahnya, dia belum sempat cerita apa masaalah kita, tapi dia kata dia dah tahu apa masaalah kita, baliklah terus tak payah jumpa dia, ada benda lain yang digunakan.. “
Wassalam...
Penulis Pagi: *ncs*
#kredit:“MenjawabPersoalanMakhlukHalusTuanGuruDato’Dr.HaronDin.

Comments
Post a Comment