*Hari ke 36 PKP Covid 19*
- SELONGKAR AYAT 102 AL BAQARAH : HARUT MARUT SI MALAIKAT DI MURKAI..
[Bahagian 1]

Assalamu’alaikum...

Saat ini seluruh dunia dalam berduka. Lebih dari satu juta telah terkena jangkitan virus corona, dan ribuan pula dah meninggal dunia.

Semua berdiam diri dalam rumah untuk cegah wabak ini. Semuanya seakan tidak peduli lagi apa yang terjadi di luar rumah.

Namun, sangatlah untung pada hambaNya yg tetap setia mengerjakan ibadat di sepertigamalam. Apatah lagi di ketika di uji dgn COVID 19 sebegini, pasti doa mereka dlm perhatian Nya. Jom kita ikut jadi geng tegar bangun malam ini, mudah2an Allah bertambah sayang semua umatnya lantaran semuanya merayu merintih di waktu yg amat mustajab doanya...

“Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjat kan doa pd Allah berkaitan dgn dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yg ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Muslim 757)

Semoga kita gunakan masa PKP ini untuk tugasan yang mulia, kalau tak boleh setiap malam, cuba “every other” day atau mungkin, sesekali, tapi tidak langsung tinggal terus kerana kita ada banyak masa esok siangnya untuk berehat. Apatah lagi dengan hadirnya Ramadhan esok lusa.

Kami anak beranak masih spt biasa sudah pun sampai ke ayat 102 AlBaqarah dlm usaha mentadabburi Quran sepanjang PKP ini. Malam tadi menyelongkar kisah di sebalik ayat 102 ini terutama dalam bab Bani Israel mula menggunakan ajaran ajaran sihir yg dibaca oleh syaitan semasa pemerintahan Nabi Sulaiman as. Apatah lagi, syaitan ambil pula ilmu itu semua dari dua malaikat Harut dan Marut. Walaupun dua malaikat ini sebenarnya tidak pernah mengajar tapi syaitan mencuri dengar dan menggunakannya digabung  tulisan simpanan pembantu Sulaiman as yg juga di curi dari simpanan.

Utk pagi ini, secara ringkas kita cuba selidik apakah “significance” Harut dan Marut ini..

Sebelum saya teruskan tulisan ini, yang isi detailnya saya banyak merujuk pd tulisan “Harut Dan Marut : Malaikat Yang di Murkai”, saya harapkan semoga Allah menerima penulisan ini, mengampuni sesiapa yang membaca dan juga saya yang menyiarkan.

*Harut dan Marut? Rosak (sesat)? Apa ajarannya? Di mana mereka sekarang?*

Harut dan Marut dihadirkan ke dunia ini sebaga ibrah (pengajaran) dan ujian pada manusia. Ketika ramai murid  mengerumuni mereka untuk belajar, tetapi mereka selalu berpesan : “Kami hanyalah sebagai ujian, berhati hati lah! Selalulah ingat Allah dan jangan syirik.”

Dari Al Suddi rah (1), salah satu perkara mengenai Harut dan Marut ialah kecaman dan penghinaan mereka terhadap manusia di muka bumi dan hukuman ke atas mereka.

Jadi mereka pun dihantar ke dunia bersama dengan 10 keinginan hawa nafsu spt manusia. Mereka berjanji pd Allah menjalankan keadilan di antara manusia. Mereka dihantar ke Babylon.

Harut dihantar jadi hakim,  Marut pula jadi guru - tugas mengelak perlakuan dosa2 besar, semba berhala, zina, bunuh dan minum arak. Dua malaikat ini hidup seperti manusia, makan dan minum. Tugas sebagai hakim dipuji. Selesai mengadili mengajar hingga petang, mereka naik ke langit. Pagi esok, turun semula.

Hinggalah seorang wanita datang mengadu tentang suaminya. Namanya ialah Zuhrah (Venus) yg sangat cantik. Dia tahu Harut dan Marut ini bukanlah manusia biasa. Pada fikiranya mereka berdua ini makhluk lain yang menjelma sebagai manusia yang ada suatu rahsia. Dia pun cuba sedaya upayanya membongkar rahsia itu dgn menggunakan kecantikan. Kecantikan dan tarikannya menggoda Harut dan Marut. Dia menjemput Harut dan Marut ke rumah nya.

Makanan yang enak dan layanan istimewa disedia kan. Hasilnya kedua dua malaikat ini telah terpikat kepada kecantikan Zuhrah. Sehinggakan salah satunya berkata dia ingin “merasa” Zuhrah. Dan yang kedua pun rupanya ada perasaan yg sama tapi malu. Datang satu rasa pada mereka ini: bagaimana Allah akan beri hukuman kita? Tapi masing masing hanya berharapkan pada rahmat Allah.

Di masa yang lain, ketika  Zuhrah membawa aduan pasal suaminya, mereka berdua berani menyebut keinginan mereka tp Zuhrah kata “Tidak” sehinggalah dia diberi kemenangan dlm
Kesnya dengan suaminya. Maka mereka pun membuat keputusan memihak kepada Zuhrah dan berjanji bertemu dengan mereka.

Ketika mereka melakukan perbuatan terkutuk dengan Zuhrah, Zuhrah tidak mahu lakukan sehingga mereka syirikkan Allah, minum arak, bunuh seorang dan sujud di depan berhala. Ketika itu   berkata salah seorang dari mereka, “Kembali kepada nya.” Tetapi Zuhrah tetap bertegas tidak selagi tidak meminum arak. Mereka pun diberi minum arak. Tarian Zuhrah dgn muzik dicucuk pula suasana kesyaitanan. Mereka tidak boleh lagi menolaknya hingga lupa tujuan perutusan mereka. Akhirnya, harut dan marut telah melakukan beberapa dosa untuk memenangi Zuhrah.

Pada ketika berlakunya akan perbuatan terkutuk itu, ada peminta sedekah lalu dan melihat apa yang sedang berlaku di dalam rumah Zuhrah. Memelihara nama baik mereka, peminta sedekah itu dibunuh. Dalam  keadaan mabuk mereka pun mendedahkan rahsia besar mereka pada Zuhrah, yang mana Allah telah kurniakan kepada mereka: Harut dan Marut selalu naik ke langit dan turun semula ke tempat tinggal mereka di dunia dgn sekelip mata bila menyebut nama Allah Yg Maha Agung. Maka, Zuhrah mengetahui rahsia harut dan marut.

Suatu ketika dia menyebut nama itu lalu dia hilang dari permukaan bumi. Dia tidak kelihatan lagi. Allah jadikan  dia lupa perkataan untuk dia turun semula ke bumi. Tapi Allah mengampuninya cuma dia tidak dibenarkan masuk syurga. Sebaliknya Allah menukar dan jelmakannya jadi bentuk planet (Bintang) Zuhrah (Venus). Tetaplah dia begitu hingga akhir zaman. Venus kini boleh di lihat di angkasa di waktu pagi dan malam.

Harut dan marut pula, ketika  melakukan dosa, Allah Ta’ala membuka pintu langit dan para malaikat di langit dapat melihat apa yang sedang dilakukan oleh dua malaikat ini. Para malaikat di langit pun berkata: “Maha Suci Engkau, Engkau Maha mengetahui”

Semua malaikat mengambil iktibar dari kejadian ini. Dan mereka pun berhenti dari mengecam dan mengutuk manusia. Mereka juga tidak lagi menganggap yang diri mereka dapat melakukan lebih baik walau diberikan keinginan nafsu syahwat.

Apa pula terjadi pada Harut dan Marut? Kita jumpa esok pagi untuk itu.

*Akhir kalam*

Allah Maha Sempurna Ilmu Nya mengenai kelemahan manusia kerana nafsu dan keinginannya. Tetapi Dia mahu manusia mencapai maksud yang paling tinggi walaupun manusia menjurus ke arah maksiat.

Fikirkanlah betapa sifat tamak, keinginan keinginan manusia menarik manusia melakukan dosa.

Fuhhh.. manusia bukan saja jadi sasaran syaitan. Tp juga terpaksa berjuang mengolah nafsunya sendiri. Ya Allah, betapa tinggi darjat seorang manusia walau diletakkan dgn semua rintangan dan jerat2 ini, apalagi kalau nanti lalu menuju ke pintu Jannah.

Wallahu’alam
Wassalam

See you tomorrow....

Di sunting: *NCS*
(1)Al Suddí was one of the two most important Quran commentators in Kufah at the beginning of the second century.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S