*ISNIN, sittatun wa ‘iysruuna Sya’ban 1441*- RMO Ke 34.
•Jaga Pemakanan semasa Pkp Dan kisah Nabi Saw di racuni wanita Bani Israel.

Assalamu’alaikum..

Alhamdulillah. Jantung ada di tahap yang masih baik, risau juga selaku antara orang orang membawa dawai kasa (stenting) di dalam salah satu saluran nya, terutama bila berada dalam PKP. PKP, PKP juga -tapi duduk rumah, kena jaga makan, jangan makan ikut sedap saja. Aktiviti Exercise dah kena control. Dah dua kali , dah kena - sekali, HELI datang tinjau tempat kami basketball. Kali kedua, polis bermotor datang; dgn takdir Allah, masa tu kami anak beranak dah selesai main. Terus di warning si Guard Taman : “kalau ada yang main kat court tu, saya datang tangkap terus. Jogging pun tak boleh..” katanya.

Nak berpeluh dengan hanya Berkayuh setempat ataupun “portabe sauna”, berapa lama boleh bertahan.

Apa2 pun, Pesanan utk diri sendiri, pastikan makanan diambil pd kadar yg sesuai ikut diet yang seimbang. In sha Allah, moga diet musim PKP boleh mencegah risiko berpenyakit. Jaga jagalah apa makan kita sepanjang PKP, jangan lah sampai menjadi racun dlm badan..

*Nabi Muhammad saw pernah di racun oleh Bani Israel*

Bila bercerita bab makan, teringat satu hadis yang disebut dalam tafsir Ibnu Kathir ketika mengupas ayat 80 surah Al Baqarah.

وَقَالُوا لَنْ تَمَسَّنَا النَّارُ إِلَّا أَيَّامًا مَعْدُودَةً ۚ قُلْ أَتَّخَذْتُمْ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدًا فَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ عَهْدَهُ ۖ أَمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

“Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"

Hadis itu agak panjang tapi antara isi nya adalah nabi saw menguji Bani Israel dgn pertanyaan yang nabi saw dah tahu jawapannya, dan ianya terarah nak sedarkan mereka, yang nabi tahu dia di racuni dan antara yang nak di jelaskan dalam hadis itu juga bahawa Bani Israel bukanlah seperti yg mereka sangakan - mereka masuk
neraka hanya beberapa hari saja kerana hakikatnya mereka kekal di dalamnya jika tidak beriman. Boleh cari hadis itu, panjang kalau nak sertakan disini.

Sebahagian hadis: Nabi saw bertanya "siapakah yg akan menjadi penghuni neraka?" Jawab Yahudi "kami akan masuk dulu, nanti akan  digantikan oleh kamu". Dgn tegas Rasulullah menjawab " kama dusta. Kami tidak akan menggantikan kamu"

Untuk pagi kita share, kisah bagaimana nabi di racun.

“Selepas Rasulullah SAW menang di Khaibar, ada sebahagian Yahudi tidak dapat terima kekalahan.

Ada seorang wanita Yahudi berniat meracuni Rasulullah SAW, dia terus mencari dan  bertanya pada sahabat nabi makanan apa yang disukai Nabi saw. Akhirnya, dia dpt tahu:  Baginda Muhammad SAW sangat suka daging kambing terutamanya paha kambing bahagian depan.

Atas alasan Karna mengaku kalah dan niat ingin bagi hadiah kepada Rasulullah SAW dan para sahabatnya atas kemenangan, wanita yahudi itu telah bawakan 1400 daging kambing. Utk Nabi saw adalah bahagian paha. Dia telah meletakkan racun pd daging daging itu terutama di bahagian paha.

Apabila hidangan diletakkan di hadapan Rasulullah SAW, Baginda terus mengambil bahagian paha. Baginda mengunyahnya sekali, tetapi tidak menelannya (riwayat lain - daging terlekat celah gigi Nabi saw) bila dengan izin Allah paha kambing itu ber kata dengan bahasa yang di fahami Nabi saw. Ini menjadi satu mukjizat nabi saw. Paha kambing: "Rasulullah, aku telah diracuni"

Ketika itu juga Nabi SAW mengeluarkan daging dari mulutnya dan memberi arahan kepada semua para sahabatnya untuk berhenti dari terus memakan daging itu. Sahabat merasa hairan, mereka tanya  mengapa dan mereka sedang lapar kerana tidak makan sudah dua hari.

Lalu, nabi saw menyuruh di panggil pendeta pendeta Yahudi bertemu baginda.
Nabi saw SAW bertanya: “Apakah yg meyebabkan kamu berbuat demikian?”

Dan inilah jawapan dari manusia yang Allah jadikan contoh kepada kita supaya tidak mencontohi mereka..

“Jika engkau seorang raja, maka pasti engkau akan terus mati. Jika engkau seorang nabi, maka engkau akan diberi perlindungan oleh Allah.” Ketika itu Nabi SAW membiarkannya.

Kemudian, bila nabi saw dpt tahu ada yg makan daging itu dan terus meninggal dunia; maka, ada riwayat riwayat yang lain, berbeza dalam berpendapat, adakah Nabi SAW biarkan wanita itu atau membunuhnya. Jika dilihat semual, awalnya Nabi SAW membiarkannya. Tapi  setelah ada yang meninggal, Rasulullah SAW jatuhkan hukuman bunuh sebagai qisas.

*Akhir kalam*

Di lihat bahagian akhir kisah di atas, kita nampak betapa nya licik Yahudi. Walaupun dah kena “caught” dengan Nabi tapi masih ada lagi jawapan. Benarlah meraka ini laknatullah..

Yang sedihnya, kesan racun ini dan juga sihir ( nanti akan  di share pagi esok), ianya pedih di tanggung nabi saw sehingga ke saat wafat.

Untuk kita semua, jaga jaga dlm bab pemakanan, moga tidak jadi racun atau toxic dlm badan. Ramadhan kali ini, tiada pesta makanan, jom meriahkan dgn ibadah !

Wallahu’alam
Wassalam.

Penulis Pagi: *NCS*
# (Fath al-Bari, 7/497)

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S