NASIHAT EMAS DARI IMAM SYAFI'E

1. "Bila kau tak mahu menanggung penatnya belajar, maka kau akan menanggung pahitnya kebodohan" (Imam As Syafi'e)

2. "Jangan cintai orang yg tidak mencintai Allah, kalau Allah pun dia tinggalkan, apalagi kamu" (Imam As Syafi'e)

3. "Siapa yang menginginkan husnul khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia" (Imam As Syafi'e)

4. "Doa di kala tahajud ibarat panah yang tepat mengenai sasaran" (Imam As Syafi'e)

5. "Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat" (Imam As Syafi'e)

6. "Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu" (Imam As Syafi'e)

7. "Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang di tenun" (Imam As Syafi'e)

8. "Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu dan kematian di pelupuk matamu" (Imam As Syafi'e)

9. "Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku kepad orang yang menghina adalah suatu jawapan. Bukanlah ertinya aku tidak mempunyai jawapan, tapi tidak  layaklah jika singa melayani anjing" (Imam As Syafi'e)

10. "Amalan yang paling berat diamalkan Ada 3 (tiga). 1. Derma di saat yang dimiliki sedikit. 2. Menghindari maksiat saat sunyi tiada siapa-siapa. 3. Menyampaikan kata-kata yang benar dihadapan orang diharap atau ditakuti" (Imam As Syafi'e)

11. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahannya, sehingga orang lain menyangka dia berkecukupan kerana dia tidak pernah meminta" (Imam As Syafi'e)

12. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain mengira bahawa dia merasa ridha" (Imam As Syafi'e)

13. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahwa dia selalu senang" (Imam As Syafi'e)

14. "Apabila engkau memiliki seorang sahabat yg membantumu dalam ketaatan kepda Allah, maka genggam eratlah dia, jangan engkau lepaskan. Kerana mendapatkan seorang sahabat yang baik adalah perkara yang sulit, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah" (Imam As Syafi'e).

15. “Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta.”
 ( Imam As-Syafie )

16. "Terlalu luas bergaul dapat mendatangkan teman jahat, tidak suka bergaul dapat menimbulkan permusuhan, kerana itu bersikaplah di antara keduanya itu."
 ( Imam As-Syafie )

17. "Aku tidak pernah kekenyangan selama enam belas tahun kecuali hanya satu kali, lalu aku muntahkan ketika itu jua."
( Imam As-Syafie )

18. "Janganlah kamu berbicara kecuali yang perlu saja, sebab kalau kamu mengucapkan satu kalimat bererti ia telah menguasai kamu dan kamu tidak boleh menguasainya."
 ( Imam As-Syafie )

19. "Orang yang berakal itu ialah orang yang diikat oleh akalnya dari segala perbuatan tercela."
 ( Imam As-Syafie )

20. "Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat, dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka."
 ( Imam As-Syafie )

#Semogabermanfaat♡
#sharesaja♡

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S