*PKP 42, RAMADHAN 5*
- Tulisan Picisan Pagi : Natijah dari Salah satu aktiviti ketika PKP: Baca Tafsir Ibnu Kathir.
Assalamu’alaikum...
Alhamdulillah. Selamat melalui sebuah lagi hari bersejarah dlm kehidupan semalam. Ber”Ramadhan” dalam “pkp”. Saat terawikh yg akan tersimpan dalam “tawarikh” hidup kita semua. Walaupun tidak sehebat mana tapi amat bersyukur setidak tidak nya niat untuk khatam al quran sebelum 15 Ramadhan is “on good track”. Malam tadi dah masuk ke juzuk ke 9, kami beramai ramai habis kannya.
Surah Al anfal :40
وَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَوْلَاكُمْ ۚ نِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ
“Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti dari menceroboh) maka ketahuilah bahawasa nya Allah Pelindung kamu; Dialah sebaik2 Pelindung dan sebaik baik Penolong
(yang menyelamatkan dan menjayakan kamu)”
Inilah ayat terakhir untuk Juzuk 9.
Kalau Ramadhan sebelum ini, kami anak beranak jarang dapat tadarus bersama kerana biasanya saya akan sibuk dengan tadarus di surau tapi kali ini catatan tawarikh kami akan in syaa Allah merakamkan dengan izin Allah kami akan mampu khatam Al Quran bersama. Satu ANUGERAH !
Program membaca tafsir Ibnu Kathir di teruskan dgn kini sudah berada di ayat al Baqarah 115. Masih belum berhenti lagi Allah memberi memberi penerangan kpd Bani Israel dan juga Nasrani untuk kembali kepada ajaran kitab mereka yang asli iaitu Taurat dan Injil. Sekaligus mereka kena ikut Al Quran dan menerima Muhammad saw sebagai pesuruh Allah. Tetapi hingga ke hari ini, inilah yg mereka hebat menyanggah - Al Quran bukan dari Allah dan Muhammad bukan pesuruh Allah. Sedang kita umat islam sebenarnya lebih “israel” dan “nasrani” dari mereka kerana kita ikut ajaran dan sayangkan Musa as dan Isa as. Mereka semuanya sudah menukar isi kandung kitab masing2 ikut pendapat dan nafsu ahli kitab mereka. Sehinggalah di murkai Allah dan menjadi golongan yg sesat. Hingga kan Allah rakam kan dlm surah Fatihah, dan ajarkan kita untuk minta pentunjuk supaya jangan jadi seperti mereka: Ayat 7:
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
“Iaitu jalan orang2 yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, *bukan (jalan) orang2 yg Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang2 yang sesat.*
Cuma kita kena sedar yang mereka ini tak akan berhenti menjerat kita untuk bersama mereka spt yang dilakukan geng Yahudi dan nasrani ketika Zaman Nabi saw.
"Sekali kali tidak akan redha orang orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)
Saya dan ahli saya belum sampai ke tafsir ayat ini lagi tapi dalam ayat sebelumnya pun dah ada cula2 yang mereka akan tetap menarik keluar orang islam hatta yg dah beriman sekalipun.
Dan kita pula selaku umat akhir zaman kena berhati hati dengan kerja dan usaha mereka ini kerana 15 belas abad yg lalu Nabi saw dah pun sampaikan sebuah pesanan yang mengejutkan.
“ Sungguh, kamu benar2 akan mengikuti kebiasaan orang2 sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kamu pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Jawab Baginda : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Muslim )
Sekadar mengingatkan diri saya untuk menyampaikan pesan ini kepada anak dan cucu saya. Semoga sedar bahawa dimasa depan akan datang betapa penting utk istiqamah di atas jalan islam. Yang secara tidak langsung mereka kena letakkan para pemimpin islam sebagai pemimpin mereka.
Dan sebagai peringatan kpd kita semua sempena ulang tahun ke 111, kerajaan Islam Othmaniah tumbang, saya sertakan salah satu sebab kejatuhan mereka yang saya ambil dari kuliah on line oleh ustaz Abdul Mu’izz:
“Memang ada perancangan musuh dan konspirasi dalam menjatuhkan kerajaan islam dulu,tp kita perlu seimbang kerana kejatuhan umat ada faktor dalaman dan luaran. Dan dlm kejatuhan kerajaan Othamniah, picu awal akan kejatuhannya adalah silap mereka juga.
Ianya bermula di era 1800, ketika itu dunia sedang tertumpu pada revolusi Perancis. Kita umat islam perlu ambil tahu revolusi ini kerana sebahagian besar corak pemikiran dunia hari ini datang dari sini. Hingga kan kerajaan othamaniah ketika itu juga terinspirasi dengan kejayaan revolusi 1799 ini. Termasuk dalam minda - kalau nak jadi bangsa maju dan berdaya saing kena ikut corak gaya pemerintahan perancis..
Sehinggalah Al Quran dan Sunnah perlahan lahan di tinggalkan..”
Panjang lagi kisah ini tapi cukup disitu untuk kita yang ada di masa ini menjadikan ini sebagai satu pengajaran bahwa tidak akan sampai hasrat kita untuk berada di persada dunia jika akhirnya al quran dan sunnah di letak kan tidak pada tempatnya..
Selamat mencari lagi.. sekadar membuka ruang minda. Banyak artikel boleh di baca untuk rujukan.
*Akhir kalam*
Menutup picisan pagi ini, suka saya nak sertakan satu kata kata dari Syeikh Mohammad Abduh:
“Aku melihat Islam (di Eropah), tapi tidak melihat Muslim. Dan aku melihat Muslim (di Mesir/negara Arab) tetapi aku tidak melihat Islam”.
Jangan sampai kafir tak mahu jadi muslim kerana kita yang tidak bawa islam dengan yang cara betul. Tak hairanlah kenapa Ebiet Liew diarah tidak lagi keluar dari rumah ketika PkP ini..
Inilah cabaran akhir zaman.
Wallahu’alam
Wassalam
Dari: *NCS*

Comments
Post a Comment