*Pkp 43, Ramadhan 6*
*Syahdu bila tahu Ustaz Ebit Liew di benarkan bergerak semula sepanjang PKP..

Assalamu’alaikum..

Syahdu juga dinihari hari ini, walaupun belum memula kan gerakkerja yg sepatut nya tapi terasa tenang dan damai. Walaupun diri tak pernah lepas berdosa tapi mungkin ada doa dari mana mana saudara mara sahabat sahabiah yang mendoakan untuk saya, hingga hadir rasa sebegini. Jazakumullah khair pada yg mendoakan.

Atau mungkin hati tersentuh dgn bebasnya Ustz Ebit Liew ke persada medan dakwah utk terus membantu yang kurang bernasib baik takdirnya. Mungkin..

Walaupun saya bukan sebaris dengan Ustaz Ebit Liew, malah jauh sekali tapi dapat saya rasakan apa yg dia buat itu sebenarnya utk menunjuk jalan pada yang mampu agar menurunkan sebahagian yang mereka ada untuk membantu pada yang memerlukan. Soal hendak menunjuk ke atau ikhlas ke, biar lah Allah yang adili. Tapi kalau perkara itu positif, kita ambil dan fikirlah positif.

Saya tak bercadang untuk share hadis dan mana mana ayat alquran tentang kerja kebajikan dan dakwah kerna semua orang tahu.

CUMA.. satu..

Berapa ramai dari kita yang yakin seyakin yakinnya tentang satu ayat al quran ini dan yg ni saya nak share:

“Bandingan (derma) orang yg membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama spt sebiji benih yg tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan, Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.”
 - (Al Baqarah, 261)

Jangan lah hairan kalau kita lihat kekayaan yang ada pada Ebit Liew kerana apa yang di miliki itu adalah hasil yakinnya pada janji janji Allah. Kalau tak masakan, Abdul Rahman Al Auf, sahabat nabi yang jutawan, juga pernah memperlihat kan infaqnya dgn “gerabak gerabak” dagangan atas unta melintasi Madinah dan di saksikan semua orang Madinah dan mereka tahu itu adalah infaq Abdul Rahman. Sayu terasa bila kenangkan hal hal begini. Kerana kita bukan tak tahu tapi kita buat tak tahu. Semoga kita terlepas dari termasuk dalam golongan comtoh yang Allah sebut dalam al quran : Bani Israel.

Sebab itulah Allah suruh kita umat Islam bekerja sekuat mungkin, bukan hanya takat berdoa. Tapi biarlah usaha kita berbeza dengan mereka yang tidak percaya pada Al Quran  -  bekerjalah dalam ketaatan pada suruhan dan larangan Allah. In syaa Allah, akan hadirlah KEBERKATAN.
Cari makna sebenar apakah KEBERKATAN itu...

Jangan lah terpesona dengan kekayaan yang perolehi dgn menyanggah suruhan Allah.

Mungkin jauh kalau nak samakan dengan Ebit Liew, tapi saya pun tersentuh hati kerana sepanjang pkp ini sudah 7 kali saya berusaha “feeding” mereka yang terkesan dgn Pkp. Walaupun semuanya bukan dgn duit sendiri semua nya tapi saya membuka tabung kerana memberi peluang kepada sahabat sahabiah saudara mara di luar sana perolehi juga sesuatu untuk akaun akhirat. Yang terakhirnya, adalah bantuan untuk qariah surau al aula flat seri labuan cheras. Tapi sewaktu dalam perjalanan menghantar bekalan makanan ke sana, saya risau juga takut di arah kan balik jika bertemu dgn road block. Tapi Syukur, tiada kejadian itu..

Pada masa yang sama saya  berusaha utk reveal segala aktiviti positif saya setiap pagi di ruang ini. Ramai juga yang positif dan ada yang negatif awal nya, sehingga ada yang PM saya berkata bukan saya seorang yang susun hidup macam tu. Saya diamkan diri kerana inilah kekuatan yang ada untuk saya share yang mungkin boleh jadi satu pemangkin kepada orang yang mungkin juga hendak ber”hijrah”. Semoga ianya menjadi contoh pd mereka. Dan pd sahabat sahabiah yang lagi hebat dari saya (saya tak pernah rasa hebat pun), inilah cabaran untuk kalian, kalau orang selemah saya dan background saya yg serba kurang ini, boleh buat kerja menyampaikan walau “sebaris ayat” ini, maka, tuan puan boleh buat lagi baik dari saya. Kerana itulah saya sertakan setiap catatan ilmu dlm tulisan pagi saya, moga ada kebaikan.

Ini saja pendosa seperti saya boleh lakukan, semoga Allah ampunkan dosa saya. Dan moga ilmu ilmu yang saya tulis dari ustaz ustaz tu, akan jadi sedekah jariah saya dan jika ada mana mana ilmu manafaat yang mungkin ada yang di guna pakai oleh sesiapa dalam telusuri kehidupan masing masing, akan mengalir terus untuk saya walau saya di “alam barzakh” nanti. Saya sedar siapa diri saya. Jika ada salah silap, tegurlah.

*Akhir kalam*

Menutup tulisan saya pagi ini, sama sama kita renungi:

“Kalau kamu zahirkan sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan” - Al Baqarah, 271.

Kita mungkin agak skeptikal dan sering bersangka buruk terhadap yang memberi sedekah dan derma secara terbuka. Mungkin kita akan  berkata orang itu poyo, saja nak menunjuk, berlagak. Tp, walaupun kita lebih dianjur kan untuk menyembunyikan sedekah, tidak salah untuk memberi sedekah derma secara terang dan terbuka.

Semoga “sedekah” saya dengan picisan pagi di ambil kira juga oleh Allah. Buatlah amalan kebaikan dengan ikhlas dan ikut syariat Allah. Biarlah seiring ikhlas dan syariat, kalau tidak, khuatir tidak diterima Nya pula nanti.

Izinkan saya meneruskan "sedekah" saya ini di ruang ini..

Wallahu’alam
Wassalam

Si kerdil : *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S