*Pkp 44, Ramadhan 7*
Kuliah On Line: Konklusi kepada Kejatuhan Kerajaan Uthamniyyah. Al Fatihah untuk Sultan Abdul Hamid 2.

Assalamu’alaikum..

Salam hari ke tujuh di bulan Ramadhan. Dah jadi macam hari hari utk PKP juga dah. Berlalu laju cepat. Sedar sedar kita akan menyambut hari raya Aidil Fitri. Begitu masa sekarang relatively ia cepat berbanding dengan dulu tapi perkiraan saat, tidak pernah pun berubah tetap sekali pejam dan celik adalah sesaat. Tak tahulah pulak bagaimana kah pula keadaan kecepatan ini akan berlaku lagi sepuluh tahun.

Apa pun hal hal ini semua bersifat umum bertujuan  memberi peringatan supaya kita sentiasa bersedia bila bila masa dengan apa jua perubahan dunia.

Semuanya dalam ilmu Allah. Lebih baik kita bersiap drpd sekarang untuk kiamat kecil dulu kerana saat mati boleh berlaku bila2 masa sahaja daripada sekarang.

Merenung masa depan yang kita sudah tahu perjalaanan nya, kita di tinggalkan untuk laksanakan semua “step” persedian sahaja.

Utk dijadikan sebagai bahan rujukan perlaksanaan itu. Kita imbau sebentar satu konklusi dari saat saat terakhir kisah kejatuhan satu kerajaan Islam yang pernah hebat suatu ketika dulu.

Di petik dari satu kuliah oleh Ustaz Abdul Mu’izz yang bertajuk : Faktor Kejatuhan Uthmaniyyah (https://youtu.be/hXJo3QjC_uQ)

*SULTAN ABDUL HAMID II, BENTENG AL QUDS YANG GAGAL DIRASUAH*

Jatuh Khilafah Uthmaniyyah berpunca dari pelbagai faktor. Antara faktor utama adalah kerana Uthmaniyyah enggan menggadaikan Baitul Maqdis kepada pihak Zionis.

•Sultan vs Zionis.

Bermula dari tahun 1896, gerakan Zionis mendesak pihak Khilafah Uthmaniyyah agar menggadaikan Baitul Maqdis. Mereka gunakan isu keewangan Uthmaniyyah yang semakin parah sebagai pendorong pd perundingan.

Zionis menghantar Theodor Herzl, untuk berunding seterusnya menawarkan pelbagai habuan kepada Sultan Abdul Hamid II.

•Pemimpin Bermaruah Islam.

Dalam diari Sultan Abdul Hamid II, beliau menulis:

"Mereka (Freemason) meminta sebuah tanah atau wilayah utk menempatkan bangsa Yahudi di Palestin dengan imbalan sejumlah harta. Tentu aku menolak nya"

Manakala dalam catatan Theodor Herzl, merekodkan secara terperinci jawapan Sultan Abdul Hamid II menolak sogokan dari pihak Zionis:

"Simpanlah duit Yahudi yang berjuta itu. Jika kerajaan ini telah runtuh, kamu boleh merampas Palestin secara percuma. Kami tidak akan berikan tanah kami melainkan setelah kamu melangkah mayat kami"

Ketika itu pihak Zionis menawarkan bayaran selama 99 tahun, berupa emas sejumlah tiga kali ganda berbanding dengan pendapatan Uthmaniyyah.

•Harga Sebuah Maruah.

Akibat dari ketegasan Sultan Abdul Hamid II, beliau dilucutkan dari takhta pada 1909. Ia merupakan hasil pakatan antara Zionis yang berselindung di sebalik British dan ejen ejen mereka yg diserap masuk ke dalam pentadbiran Uthmaniyyah.

•Anggota Kerajaan Uthmaniyyah Telah Dibeli.

Dalam ketegasan Sultan Abdul Hamid II menolak rasuah dari pihak Zionis, rupa rupanya orang kelilingnya sudah lama kenyang dengan habuan haram tersebut. Di dalam diari Sultan Abdul Hamid II, mendedahkan beberapa kekesalannya terhadap sikap tidak bermaruah yang diamalkan oleh segelintir ahli kerajaan Uthmaniyyah. Mereka ini di kalangan pegawai, diplomat, menteri bahkan badan intelijen Uthmaniyyah sendiri.

"Pada suatu hari aku mendapat informasi dari Musurus Pasya yang menjawat sebagai duta besar kami di London. Bahawa mantan menteri kami yang bernama Husain Auni Pasya telah menerima sogokan sejumlah wang dari British. Jika pejabat sekelas menteri yang memimpin dan memerintah negara atas nama Sultan pun berani melakukan khianat, maka pasti badan intelijennya pun telah memanipulasi informasi menyeleweng kepada pihak istana. Aku sedih, perihatin dan kecewa"

•Dikepung.

Sultan Abdul Hamid II mengakui bahawa ada usaha di kalangan orang orang penting di kelilingnya mensabotaj Uthmaniyyah. Namun semuanya sudah terlalu suntuk dan terlambat, menyebabkan beliau tidak sempat bertindak balas secara efektif.

"Aku merasakan kewujudan tangan tangan asing yang tidak hanya berkeliaran di sekitarku. Tapi telah masuk ke dalam lingkaran kuasaku. Tangan tangan asing itu membeli para perdana menteri dan para menteriku"

•Jerat Ketua Dengan Membeli Orang Keliling.

Senario yang lebih kurang sama berlaku ketika kes pencerobohan Amerika ke atas Iraq. Mengapa Iraq cukup mudah jatuh ke tangan Amerika?

Rupa rupanya ketika itu sistem pertahanan Iraq cukup lemah dan Saddam Hussein berada dalam keadaan keseorangan kerana menteri menterinya telah disogok oleh Amerika. Mereka berpaling tadah. Akibatnya negara dijajah dan hancur lebur hingga kini.

#Sejarah Adalah Hikmah.

Dari sejarah ini, kita perlu sedar bahawa musuh bukan sekadar kenakan tekanan berbentuk kekerasan ke atas Islam. Bahkan mereka turut menawarkan habuan yang bakal menggadaikan maruah jatidiri pendukung Islam.

*Akhir kalam...*

Alhamdulilah. Tercapai juga hasrat saya utk kongsikan , apa yg telah saya baca dan dengar. Semoga ada yang boleh kita ambil iktibar dari kisah ini.

Apa2 pun ALFATIHAH kpd Sultan Abdul Hamid 2, dan kita mengharapkan agar kisah ini menjadi satu bahan rujukan kepada kita dalam meneruskan perjalanan kehidupan yang kita sudah tahu arahnya, cuma tidak pasti di mana kedudukan kita.

Teruskan persediaan, terutamanya di bulan Ramadhan Al Mubarak ini..

Wallahu’alam
Wassalam

Edited by: *NCS*
#CREDITGOESTOUSTAZABDULMU’IZZ
#IslamIsAboutGoverning.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S