*Ramadhan 3, PKP 40*
PKP: Di pandang Dari Satu pandangan Lain: TASAUF.

Assalamu’alaikum..

Subhanallah. Tup, tap, tup tap, malam tadi dah malam ke tiga, berterawikh dengan ahli keluarga. Walaupun ada rindu pd kebiasaan selalu, tapi terasa puas menjadi imam solat isya’ dan witir. Si anak yang Al hafiz pula jadi imam solat sunat terawikh. Mengah juga dia kalau saya biarkan dia jadi iman dari isya’ hingga witir ( seperti  malam pertama). Di hujung witir selepas zikir panjang yang mendayu, berdoa sepuas puas nya dalam bahasa ibunda, anak anak dan isteri pun ikut faham apa yg di minta pada Allah. Akhiri malam malam bulan  Ramadhan, kami sudahi dgn tadarus Al Quran 2 juzuk bersama sama.

Mana yang lebih baik dari malam malam ramadhan tahun sebelum?

Itulah kalau di lihat dalam kacamata tasawuf, PKP  dipandang dari satu sudut pandang lain. Ini adalah kerana salah satu ciri kaum sufi adalah berprasangka baik kepada Tuhan.


Mari lihat dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang  menjadi pegangan umat Islam di negara ini. Jumhur Ulama ASWJ Malaysia menggariskan panduan fahaman Tauhid mengikut Imam Abu Hassan alAsyari ra, Feqah pula mengikut mazhab Syaafi'eah ra yang berpegang kepada kitab kitab muktabar mazhab Syaafi'eah ra. Ilmu Tasawuf pula mengikut imam Ghazali ra - rujukan pada kitab Ihya' Ulumuddin.

Islam di Malaysia berkonsep maqasid syari'eah menjaga 5 maqsud- pelihara agama Islam, pelihara diri atau nyawa, jaga akal atau otak, jaga harta dan  juga jaga keturunan. Ini semua yang disusun oleh alim ulama merujuk kepada empat asas sandaran ilmu Islam iaitu alQuran , alHadis, alIjma' dan alQias.

Adanya wabak COVID 19, rakyat diminta duduk di rumah dan arahan ini juga sebahagian dari Maqasid Syari'eah. In shaa Allah. siapa yang ikutinya akan ada kira kira di sisi Allah. Even ada riwayat sebut,  sesiapa yg terpaksa duduk di rumah untuk jaga dirinya dari terkena wabak dijanji kan syurga oleh Allah. Walau dia tidak mati sekalipun kerana wabak.

Akibatnya, banyak dari tempat berkumpul yang berpotensi membuat keramaian ditutup. Seperti sekolah, kantor, pasar, dan tempat ibadah.

Hari banyak tempat ditutup.
Termasuklah tempat ibadah.  Maka. timbullah persepsi: apakah ini azab, tentara Allah, musibah, pertanda kiamat, konspirasi Yahudi, dan banyak lagi.

Dalam kacamata tasawuf, hal ini dipandang dari sudut pandang lain. SELALULAH berprasangka baik kepada Allah.

Geng sufi mengutamakan rasa dan cinta. Sesuai dgn  maknanya Tasawuf/Sufisme - ilmu bagaimana cara suci kan jiwa, jernihkan akhlak, bangunkan zahir dan batin juga cara untuk bahagia yg abadi.

Saat dunia sibuk tentang ekonomi, mereka senyum melihat banyak keluarga kembali ada waktu untuk bersama. Saat banyak orang marah kerana rumah ibadah ditutup, geng2 ni bahagia sebab banyak tempat pusat perjudian terbesar di dunia juga ditutup. Termasuklah satunya di Malaysia..

Senyum melihat banyak tempat maksiat ditutup bukan sebab kitab hukum negara, bukan sebab pekik suara takbir di jalanan, tapi hanya dengan makhluk kecil Allah yang bernama Covid 19 itu.

Air sungai dan udara pula kembali jernih sebab banyak kilang ditutup. Udara bumi pula lebih segar dengan  berkurangnya kendaraan dijalan raya.

Yang hebat lagi, meraka yg biasanya ke tempat yang disediakan untuk maksiat, kini hanya di rumah tidak boleh melakukan kebiasaan buruk itu lagi. Orang yang biasanya tidak pernah solat, kini mula tunaikan ibadah solat.

Jika dilihat, masih banyak lagi impak yang disebabkan dari Covid 19 ini.

Sesungguhnya ini musibah atau anugerah? Jika diambil dari perspektif tasawuf, jelas ini adalah anugerah.

Satu lagi yang menarik, saat untuk tidak di benar keluar, atau PKP. Betapa indahnya ketika melihat “khalifah” yg biasanya jarang sekali dapat bertemu dengan keluarga nya, terutama si dengan si anaknya - tuntutan kerja., sekarang semenjak PKP, ramai menghabiskan waktu bersama keluarga. Yang ini termasuklah saya.

*Akhir kalam*

Akhirnya, prasangka buruk membuatkan kita mengira COVID 19 adalah musibah, tapi di pandangan tasawuf, semua ini adalah anugerah. Tugas kita yang sebenarnya adalah selalu berprasangka baik dgn kehendak Allah, sehingga segala sesuatu itu menjadi sebuah anugerah.

Mari kita bertasawuf kala pandemi virus corona ini yang siapa pun tak tahu bila akan berakhir. Sama sama lah bertafakur. Merenung. Siapa sesungguhnya diri kita ini? Apakah betul bahwa selama ini benar2 telah "beribadah" untuk tegakkan visi Allah kala Dia ciptakan jin dan manusia? Akankah diri kita lebih baik lagi dalam hal kehidupan duniawi yang fana dan persiapan untuk kehidupan akhirat yang abadi, selepas berlalunya covid 19.

Semoga Allah memberi jalan terang, dan badai Corona segera berlalu.

Wallahu’alam
Wassalam

*NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S