*Salam Ramadhan Kareem to All Muslim, forgiven and please forgive - on 37th Day Of CMO* KISAH Harut dan Marut. (Bahagian 2)

Assalamu’alaikum...

Wahh.. sayu, sayu hati bila pagi ini mula menyedari bahwasanya doa singkap sepanjang Rejab Sya’ban di makbulkan Allah. In shaa Allah, kita memasuki bulan yang penuh kehebatan dan juga kemuliaan. Seusai solat maghrib malam nanti, siap siaplah kita utk memulakan solat yang tiada di bulan lain. Indeed, kali ini kita meraikan kehadiran bulan Ramadhan dengan penuh istimewa bila (kebanyakkan) ahli keluarga ada bersama, betapa besar nikmat PKP disebalik COVID 19. Kerana itu rasa pertama yang di ajar Allah ketika di datangi ujian adalah rasa redha pada apa jua takdir dariNya. In shaa Allah, akan datanglah satu persatu hikmah disebalik nya.

Disini saya nak mengambil kesempatan nak mohon maaf sempena Ramadhan al mubarak kali ini. Sekejap senang, sebentar susah kini dalam PKP lagi kita raikan bulan Ramadhan. Selamt berpuasa yaaa...Mohon maaf lahir dan batin.

*Sambungan kisah Harut dan Marut.. APA TERJADI PADA MEREKA*

Kalau kita redha dengan apa yang kita ada sekarang ini, begitulah kisah harut dan marut yang kena redha dgn takdir Allah pada mereka.

Malaikat juga terdedah dan tidak kebal sebagaimana manusia, bila Allah berikan 10 keinginan kerana ianya spt 10 syaitan jahat yang kena di lawan. Hasil kisah ini, Malaikat tahu bagaimana bila teruji dengan syahwat, mereka juga tidak berjaya keluar daripada jerat dan tipu daya wanita.

Itulah takdir untuk Harut dan Marut. Sebelum ini, mereka tidak tahu, betapa manusia berjuang dan bermujahadah hadapi desakan keinginan nafsu. Betapa manusia kena istiqamah berhadapan dgn angin taufan godaan dan bisikan bisikan jahat.

Dalam kisah ini, diriwayat kan: Bila Harut dan Marut kembali seperti sediakala, mereka sedar mereka telah melanggar batas. Mereka cuba naik ke langit dengan menyebut Nama Allah Yang Maha Agung tetapi mereka tidak boleh lagi kerana telah dilupakan.( Ada juga riwayat sebut - Allah telah patahkan sayap mereka) Benarlah firman Allah Ta’ala: “Kamu menghina manusia lantaran sifat tabii mereka yang suka membuat kesilapan, dan kini kamu telah lihat betapa dgn diberikan keinginan syahwat sebagaimana mereka, kamu juga tidak berbeza. Melaku kan sebagaimana mereka dan semua kezalimannya menjadi milik kamu !”

Harut dan Marut telah diberi pilihan samada menerima azab di dunia atau sengsara kekal abadi di neraka. Lalu, mereka pilih menebus dosa didunia ini. Akhirnya, mereka dibelenggu (dirantai) pada pergelangan kaki (buku lali) sehingga ke tengkuk dan dimasukkan ke sebuah perigi di Babil.

#Juga disebut bahawa Allah ilhamkan Nabi Sulaiman a.s. memberi pilihan kepada dua malaikat akan azab di dunia atau azab di akhirat- riwayat Ibnu Masud , Ibnu Abbas )

Harut dan Marut digantung kaki mereka dalam keadaan azab, sejak itu sehingga ke hari ini. Beginilah azab ke atas mereka sehingga hari kiamat dimana meraka akan diampun dan dikembalikan pd keadaan asal sebagai malaikat.

Ketika digantung inilah Harut dan Marut bercakap pada manusia yang datang untuk belajar, ucapan yang diajar oleh Harut dan Marut itulah SIHIR. Bila manusia menyalah gunakanya kerana mereka dah bagi amaran: “ kami hanyalah ujian, lantaran itu beriman lah dengan petunjuk Allah.”

Selepas itu akan ada pula Nabi Sulaiman yang sangat hebat menguasai dunia dan manusia, jin dan binatang. Syaitan mencuri pula isi kitab tulisan Ashif pembantu Nabi dan menulis semula di dalam nya mengenai sihir, wahyu dan apa apa yang dikehendaki oleh Allah dgn nya; kemudian, mereka tanam di bawah takhta Nabi Sulaiman tetapi Nabi tidak tahu hal ini. Bila Nabi wafat, mereka gali dan keluarkan kitab sihir itu dan menipu orang ramai dgn berkata: “Ini adalah ilmu dimana Sulaiman sembunyikan
dan menyakiti orang ramai.”
Kemudian, disebarkan sihir itu di kalangan manusia yg terutama, di kalangan orang Yahudi.

Inilah hujjah yang mematah kan keegoan Bani Israel tika bertanyakan tentang sihir pd Nabi Muhammad saw.

Allah menurunkan ayat 102 surah Al Baqarah ini untuk mengesahkan imej Nabi Sulaiman yg sebenarnya pd dunia bahawa Sulaiman as adalah hamba Allah yang percaya Allah, seorang Nabi dan bukannya ahli sihir.

*Akhir kalam*

Musibah adalah sesuatu yg tidak disukai manusia. Ianya ditakdirkan utk menyerlah kan nilai diri kita di sisi Nya. ALLAH nak nilai sejauh mana iman di hati kita. Apabila diuji barulah tahu, apakah hati telah pun yakin beriman ataupun masih ragu ragu..

Dalam karya Imam Ghazali kitab Ihya Ulumuddin jilid 3, bab Cinta kepada Dunia ada hadis yang diriwayatkan,  Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Jaga jagalah dengan dunia kerana ia adalah sihir yang lebih besar daripada Harut dan Marut.”

Selamat berpuasa semua..
Sekali lagi maaf zahir dan batin..

Wallahu’alam
Wassalam

Yours,
*NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S