*1 Syawal PkP 68*
*SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI*- Bertakbirlah untuk Kemenangan dan Roh Aidil Fitri. Patuhi SOP.
Assalamu’alaikum...
Selamat Tinggal Ramadhan,
Selamat Datang Syawal..
Biar masih berduka dengan pemergian Ramadhan tapi kita kena bersuka ria kerana kemenangan kita mentaati perintah Allah.
Sempena PkP ini, kita masih boleh teruskan apa yang di amalkan sepanjang bulan Ramadhan dlm PKP. Moga terus meraih barokah Allah.
Semalam seusai solat maghrib berjemaah, kami anak beranak bertakbir raya. Pada awalnya, takbir raya lebih pada pujian pada Allah dan perasaan tenang kerana memuji Allah tetapi bila saja masuk ke takbir di bahagian:
•wa a’azza jundahu
“dan yg memuliakan tentera tenteraNya (Muslimin)”
•wahazamal ahzaaba wahdah - “Dgn mengalah kan tentera Ahzab dengan keesaanNya”
Mata terus saja berkaca...
Ketika cuaca di musim sejuk dan dlm keadaan makanan makin berkurangan. Tidak dapat nak dibayangkan saat tentera muslim yang sedang berjuang di perang Ahzab di kelilingi kafir Mekah ketika satu Syawal.
Keadaan musuh yang duduk diluar parit yg mengelilingi Madinah ketika itu, ingin di ketahui Nabi SAW. Maka, pada satu malam, seusai solat Nabi saw bertanya; “siapakah di kalangan kita yang boleh pergi siasat keadaan musuh dan balik semula. Aku akan memohon dengan Allah agar dia akan menjadi teman karibku dalam syurga nanti?”
Betapa takutnya keadaan para sahabat, tawaran yang seumpama itu pun malah dari Nabi, tapi tiada ada seorang pun yang menyahut cabaran. Sehinggalah Nabi SAW arahkan Abu Huzaifah untuk pergi. Tanpa bertanya dan alasan, Huzaifah terus bangun, pergi sepertimana yang diarahkan.
Secara senyap senyap Abu Huzaifah menyusup masuk ke kawasan khemah musuh. Dengan bantuan Allah, ada angin kuat menyebabkan api nyalaan suluhan di khemah terpadam. Ketika itu, Abu Sufyan mengarahkan para tenteranya pegang tangan sesama mereka. Cepat cepat Huzaifah memegang tangan dua orang tentera Quraish. Kemudiannya, Abu Sufyan menyuruh sesama mereka bertanya nama orang sebelah, nak pasti kan tiada musuh menyelinap masuk ke kawasan khemah. Mendengar arahan itu, tak sempat dua orang tentera di tepinya bertanya, dia pun memulakan terlebih dahulu. Jadi, mereka tak bertanya namanya dalam kegelapan itu.
Selepas itu, Abu Sufyan bersungut bahawa yahudi yang asalnya bergabung dengan mereka telah lari dari menyokong mereka. Maklumat itu dilaporkan kepada Nabi SAW.
Akhirnya Allah menurunkan para malaikat yang datang berupa angin taufan dengan mencabut khemah musuh dan juga rosakkan gerakan mereka. Allah juga kirimkan malaikat menyusupkan rasa takut di pihak musuh. Rujuk ayat 9 surah al Ahzab.
Inilah kisah yang berlaku di malam hari raya yang setiap tahun kita raikan. Semoga kita akan jadi lebih merasai kemenangan dari merasa syahdu.
*Akhirul kalam*
Banyak lagi "roh roh" Aidifitri yang kita kena cari supaya kita faham AIDILFITRI ini bukan untuk berseronok dan berhibur sahaja tapi ianya kegembiraan sambut satu kemenangan mentaati Allah dan juga satu kemenangan di dalam perang Al Ahzab selepas dihimpit rasa gerun dan takut di awal Syawal.
Kita selaku umat akhir zaman pula, bezakan lah antara yang sunat dengan yang wajib. Sempena PkP ini, jangan kita bersungguh hanya untuk berjemaah sunat aidifitri di rumah tapi untuk subuh kita tidak buat.
Tan Sri P Ramle sudah pun berpesan dalam lagu raya nya:
Dengar beduk berbunyi,
Sayup bergema di subuh sunyi, Memanggil kepada muslimin, Segera berbakti kepada Ilahi, Suara azan mengalun, Terdengar sayup memecah sunyi, Memohon restu dengan baktiKepada Ilahi Tuhan maha suci...
[ERTINYA SOLAT SUBUH DAN BERDOA UNTUK YANG BAIK BAIK DULU, BARULAH BERHARI RAYA]
Sambungan lagunya....
“Terdengar suara takbir Muji nama Ilahi, Rasa dlm kalbu, Tenteram dan aman selalu, Kini tiba masanya, hati gembira dihariraya, Bertemu sanak dan saudara, Bermaaf maafan, Dengan keikhlasan”
[TAPI UNTUK KESEKALIAN KALINYA, BERAYALAH KITA HANYA BERSAMA AHLI AHLI KELUARGA DI RUMAH, SEMPENA COVID 19, PATUH LAH DEMI KEBAIKAN BERSAMA ]
*SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN dari saya Ir Hj NCS diatas segala salah silap saya dlm menulis picisan setiap pagi di sini*
Wallahu’alam
Wassalam
Yours, *NCS*

Comments
Post a Comment