*24 Ramadhan, PKP 61*
Roh Al Qadr - secara Peribadi. Antara Tanda Malam Al QADR.
Assalamu’alaikum..
Yang di rahmati Allah semua para saudara mara sahabat sahabiah sekalian...
“Sesungguhnya Kami menurunkan AlQur’an pada malam Lailatul Qadar, tahu kah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pd malam itu turunlah melaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (membawa) segala urusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar.” (AlQadar : 1- 5)
Pada tahun 2017, saya ada menulis di ruang FB tentang usaha usaha saya memburu lailatul Qadar. Salah satu dari komen yang saya terima adalah - “Lailatul Qdar bukan untuk orang yg seperti kita”. Saya tidak pun menyanggah kata kata nya tapi saya teruskan usaha saya pada tahun itu dan tahun selepasnya hingga tahun ini.
Pada hemat saya, untuk tentukan siapa yang layak bertemu malam al Qadr, tiada siapapun boleh melayakkan sesiapa pun. Apatah lagi dengan penentuan malam ganjil dan malam genap. Malam ganjil di Malaysia tapi ianya waktu siang hari di Amerika. Kalau dinihari di Malaysia tetapi di Mekah dan Madinah masih awal malam. Jadi kalau lihat pada perspektif itu saja pun kita dah keliru kat mana dan di saat mana sebenarnya malam malam ganjil itu. Cukup dengan persoalan itu, saya ambil keputusan memburunya pada setiap siang dan setiap malam sepuluh hari dan malam terakhir. Ertinya, ditambah adanya PKP pada tahun ini, banyak masa kita berada di rumah; hatta, siang harinya. Maka, saya teruskan amalan seperti biasa - solat jemaah, tadarrus Al Quran, zikir dan juga membaca kitab kitab dan sekali sekala melayan kuliah on line atau youtube. Dan pada malam harinya pula, berusaha kejutkan ahli bersama2 meniti hujung waktu dinihari sebelum sahur dengan amalan yang di ajar Nabi Saw mengikut kemampuan kita. Kalau Nabi saw membaca satu surah Al Baqarah satu rakaat, sudah tentu kemampuan kita lima ayat awal dan tiga ayat akhir al Baqarah. Di sulam doa dan rintihan serta rayuan pd Nya..
Semoga walau pun tidak layak tapi Allah Yang Maha Melihat Maha Mendengar, melihat dan mendengar segala rintihan saya. Kalau tidak terpilih untuk melihat merasai sekalipun perihal kehebatan malam al Qadr tapi saya berada disitu pada saat kejadiannya. Paling penting doa saya mintak supaya Allah ampunkan dosa saya dan ahli2 saya serta semua muslim seluruh dunia di dengariNya. Kerana selepas Ramadhan, tidak mungkin saya tidak berbuat dosa lagi tapi sekurangnya di saat malam atau siang kejadian Al Qadr, saya minta di “matikan” bukan dalam keadaan dosa saya tidak di ampunkanNya, tapi saya di ampunkan Nya sehingga ada rahmat Nya untuk saya memasuki syurga Nya, walaupun tidak layak disisi manusia tapi cukup lah ada pertimbangan disisi Allah nanti suatu hari nanti. Saya tidak terbayangkan rasa takutnya saya pada neraka Allah ketika kita berdepan denganNya nanti. Inilah suatu pemangkin yang menjadikan saya tekad untuk berjuang memburu lailatul qadr walaupun tidak layak. Ini lah rintihan orang yang berdosa dan pendosa seperti saya.
Maka, jomlah, kita usahakan sebelum terlambat, masih berbaki 6 hari sehingga malam raya. Dan pastinya sehari sebelum raya adalah lagi terbaik, kalau kita boleh kekalkan momentum kita. Pada ketika itu, ramai yang sudah mula hilang fokus dalam memburu Lailatul Qadr. Terutama bila tarikh 27 Ramadhan berlalu pergi. Tahniah pada yang berazam dan bertekad untuk kekal mencari Al qadr dari hari ini hingga malam raya.
Jagalah seawal maghrib, berbukalah dengan tiga biji kurma dan minumlah air kosong segelas. Kemudian solatlah maghrib berjemaah kerana:
“Barangsiapa solat maghrib dan Isyak secara berjamaah sehingga habis Ramadhan maka sungguh ia mendapat bahagian yang banyak dari lailatul qadar.” - Baihaqy.
Pd yg tak mampu beribadah sepanjang malam, banyak zikir dan baca alquran yang semuanya ada fadhilat yang besar. Kemudian, berdoalah untuk diri sendiri dan orang orang yang kita sayangi baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggal.
Semoga kita semua akan berada di landasan yang betul kalaupun kita tidak layak bertemu dengan Al Qdr. Ketika masih anak anak dan masih di kampung (Kg Betong), saya di ingatkan oleh seorang tua yang soleh di hujung usianya (Arwah Pok su Salleh), bahawa di malam kejadian Al Qadr kita akan merasakan kemalasan untuk beribadat yang amat sangat. Mengantuknya, dan kenyangnya, hanya yang istiqomah saja yang terpilih.
Wallahu’alam. Saya sekadar share pengalaman saja..
Pagi ini saya nak kongsikan antara tanda tanda malam Lailatul Qadar, bukan untuk kita tandainya tapi cukup utk kita tidak ralat bila kita melihat merasai keadaan2 ini. Ini dipetik dari nota lama.
*Tanda tanda Lailatul Qadar*
"Ssungguhnya aku dperlihat kan lailatul qadar, lalu aku dilupakan, ia ada di sepuluh malam terakhir. Malam itu cerah, tak panas dan tak dingin, bulan menyingkap bintang bintang.” ( Ibnu Hibban).
1. Suasana Sejuk di Malam Lailatul Qadar dan Suasana terasa sangat tenang.
2. Langit cerah.
3. Sinar matahari bersinar dengan lembut.
4. Angin Berhembus Sepoi sepoi
5. Tidak Hujan
6. Terjadi di 10 Hari Terakhir Ramadhan.
7. Tiba di Malam Ganjil
Jangan salah anggap dgn sharing ini kerana ianya hanya untuk kita menandai nya sahaja, kerana tahun depan belum tentu bertemu lagi dengan suasana ini.
*Akhir kalam*
Semoga ada manafaat dan semoga Allah pertemukan kita dengan malam lailatul qadar. Tidakpun doa kita di dengariNya dan Dia akan kabulkannya walaupun kita tidak bertemu secara fizikal.
Perbanyakkan amalan di penghujug Ramadan ini.
Amin.
Wallahu’alam
Wassalam
Penulis : *NCS*

Comments
Post a Comment