*25 Ramadhan, PKP 62*
*Kaedah Imam Ghazali*

Assalamu’alaikum...

Tak boleh nak dipisahkan dari bercerita tentang malam malam ganjil bila 10 hari terakhir tiba. Kalau buat tak tahu pun, tetap akan datang juga perkara ini. Dan lebih terasa lagi, bila sedar bahawa belum pasti tahun depan akan jumpa lagi dengan hari hari keramat ini. Maka, kalau ada yang tak peduli atau tak nak ambil pot pasal ini, mohon maaf lah pada diri sendiri.

Tak terkecuali malam tadi dan hari ini, 25 Ramadhan, antara malam malam yang terindah di Ramadhan ini, kalau sudah terlepas tanpa beribadah dan berdoa minta keampunan dosa dosa dulu kini dan yang akan datang  kepada pencipta, usahalah siang hari ini kerana masih tetap dalam 25 Ramadhan hingga azan maghrib nanti. Masih ada dhuha, solat wajib dan sunat untuk di tunaikan, yang penting jangan GIVE UP dengan Allah. Malah, malam 27, 29 pun masih ada. Malam raya lagi lah HEBAT!

Ya lah, almaklumlah tidak ada siapa dikalangan kita yang mampu berkata "saya bebas dari dosa!!”. HENCE, di kesempatan yang tidak hadir selamanya malam Al Qadr.. carilah peluang.

Kepada para pengunjung tetap 10 Ramadhan yang terakhir ke Rumah Allah Baitulllah sebelum ini, pasti akan merindui saat ini. Saya sendiri tahun lepas, hanya sempat satu malam terakhir di Masjidil Nabawi.

Bagi yang ingin menambah kuat suasana hati, bolehlah saksikan tayangan “live streaming tarawih” dari Masjidil Haram Mekah dan Masjid Nabawi Madinah.
Seperti malam sebelumnya,  tarawih berjemaah dibuat  secara terbatas, hanya para syekh dan petugas masjid saja. Sayu hati kita tonton suasana di rumah Allah yg tidak seperti selalunya.

Walaupun tak ada tahu secara pasti waktu Lailatul Qadar, sejumlah ulama ada membuat kaedah atau cara menentukannya. Termasuk lah Imam Ghazali.

*KAEDAH OLEH IMAM GHAZALI*

Dalam I'anatu at Thalibin, Imam Ghazali mengatakan waktu Lailatul Qadar boleh cerap dari hari permulaan Ramadhan.

Berikut perinciannya:

•Jika awal Ramadhan jatuh pada Minggu atau Rabu, maka Lailatul Qadar akan turun pada malam 29 Ramadhan

•Jika awal Ramadhan jatuh pada Isnin, maka Lailatul Qadar akan turun pada malam 21 Ramadhan
,
•Jika awal Ramadhan jatuh pada Selasa atau Jumat, maka Lailatul Qadar akan turun malam 27 Ramadhan

•Jika awal Ramadhan jatuh pada Kamis, maka Lailatul Qadar akan turun pada malam 25 Ramadhan

•Jika awal Ramadhan jatuh pada Sabtu, maka Lailatul Qadar akan turun pada malam 23 Ramadhan

Jadi, kalau di lihat dari apa yang di garap Imam Ghazali, maka besar kemungkinan, Lailatul Qadar Ramadhan kali ini adalah pada malam 27 Ramadhan bertepatan Selasa (19/5/2020). Ianya adalah kerana hari bermula Ramadhan tahun ini adalah Jumaat.

Apa apa pun kalau ikut budaya orang Mekah pun, saban tahun malam 27 lah malam Masjidil Haram di penuhi para tetamu Allah di segenap penjuru.

Indeed, kaedah kaedah ini tetap 50% betul dan 50% salah. Ini adalah kerana banyak hadis sahih nabi saw sendiri pun tidak tahu waktu pasti Lailatul Qadar. Dan kaedah kaedah yang diberi kan oleh para ulama adalah berdasarkan pengalaman rohani masing masing. Bolehlah untuk ambil kira sebagai suntikan semangat untuk beribadah.

*Akhir kalam*

Terbaiknya, hidupkanlah sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan seperti yang telah dicontohkan oleh Rasulullah Saw.

"Dari Aswad dari Aisyah RA, ia berkata bahwa Nabi SAW meningkatkan amal ibadah pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan melebihi waktu yang lain," (Imam Muslim)

Bukan senang untuk kita umat akhir zaman nak buat kerja kerja ini semua, nak peduli pada lailatul Qadar pun kita susah. Tapi sedar lah, sudah kehabisan jalan utk kita merintih ke syurga Allah secara jelas: Nabi saw Muhammad mukatanmad yang terakhir, syahid kini bukan seperti syahid dulu, dan yang masih ada hanya solat malam dan kemuliaan lailatul qadr dgn anugerah lebih baik seribu bulan, tinggal lagi untuk kita cari, selaku pendosa yang tak pernah reti untuk berenti dari berdosa.

Ya Allah ampunkan kami..

Wallahu’alam
Wassalam

Tulisan/ *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S