*29 Ramadhan, PKP 66*
Hari Mencerap Anak Bulan.
Selamat Jalan Ramadhan😭

Assalamu’alaikum..
Salam jumaat. Semoga barokah hari jumaat akan di rasai tempiasnya oleh semua umat Islam seluruh dunia apa lagi di hari jumaat terakhir di Ramadhan kali ini.

Petang ini anak bulan akan di cerap di kaki langit untuk menentukan samaada bulan syawal di sambut esok atau lusa. Ertinya, Edul Fitri akan di sambut pada hari sabtu atau Ahad. Inilah yang telah dilakukan oleh Nabi Saw dan para sahabat juga para khalifah arrasyidin serta juga ulama salaf.

“Berpuasalah setelah melihat anak bulan dan berbukalah ( berhari raya) setelah melihat anak bulan, kalau bulan di lindungi awan, maka sempurnakan lah (bulan yang terdahulu) 30 hari” (At Tirmizi)

Kerana itulah petang ini anak bulan akan tetap di cerap.

Ketika zaman Nabi saw, kekerapan berpuasa 29 hari lebih banyak berbanding 30 hari. Ini berdasarkan Ibnu Mas’ud: Kami berpuasa bersama sama Nabi 29 hari lebih banyak berbanding 30 hari. (Abi Daud)

Antara cabaran mencerap anak bulan ialah faktor cuaca. Awan tebal, kabus di kaki langit kadang2 jadikan anak bulan terlindung.

Berdasarkan analysia data raya dikumpulkan sejak ilmu astrometri falak semakin berkembang kalangan umat Islam, kebolehnampakan anak bulan sudah boleh di hitung dengan hampir tepat.

Inilah proses digunakan kerajaan Malaysia sekarang, iaitu kaedah hisab imkan al rukyah. Proses kiraan ini bukan menolak rukyah atau cerapan, tapi menjadikan kebolehnampakan atau kebolehcerapan itu sebagai kriteria basic. Selari dengan hadis: “Apabila cerapan kamu dihalang oleh awan, maka hitunglah.” (Bukhari)

Jadi kalau kerajaan umara’ telah memutusakan sesatu keputusan, ikutlah. Jangan ada sampai yang tidak puasa pula pada hari sabtu, jika anak bulan di laporkan tidak kelihatan...

Teingat zaman anak anak dulu, masa di Kampung halaman, kekadang umat islam di negara Thai sambut Raya lebih awal dari kita. Maka, berpusu pusu rakyat “Pasir Mas” dan “Rantau Panjang” yang ada sedara mara di sana masuk ke Pekan Golok untuk beraya dan tidak berpuasa pada hari itu. Semoga kita semua jelas dengan apa yg diputus kan oleh umara’ kita. In shaa Allah, tanggungjawab pada keputusan ini akan mereka
dipertanggungkan nanti.

Bersabarlah, ucapan Hari Raya kita tangguhkan dulu. Fokuslah pada malam malam terakhir di bulan Ramadhan ini kerana kita belum tentu akan bertemu dengan Ramadhan nanti.

*Akhir kalam..*

Ucapan dari Ramadhan:

“Awak, saya dah nak pergi, jaga iman baik baik “

Inilah kata kata yang seiring terungkap di setiap kali ber tamu di dinihari dalam 10 malam terakhir:

“Tiada erti meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan beerti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah untuk diamalkan.Tiada berguna sanjungan disisi ramai andai hina disisi Allah.

Aku hanyalah seorang hamba hina yang sering diselubungi dosa dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi”

Sayu, sedih, Berbagai bagai perasann yg beralun dalam jiwa. Dapatkan lagi bertemu Ramadhan akan datang? Hanya Allah yang tahu.. Semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu Ramadhan akan datang..

Wallahu’alam
Wassalam.

Ikhlas dari : *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S