*71st Day of Pkp*
Kesinambungan Ramadhan dalam Syawal: Matematik luar biasa dan Kisah Zaman Nabi saw.
Assalamu’alaikum..
Semoga Allah terus merahmati kita semua. Selepas selesai kita diuji dengan puasa yang sepatut nya menjadikan kita sebagai Graduan Varsiti Ramadhan, kita pula diajak beramal dgn amalan menjanjikan satu formula matematik yang luar biasa, seperti yang sedang di canang ramai orang sekarang ini iaitu 30hari +6 hari bersamaan 360 hari. Semoga kita ternasuk dalam golongan yang “tamak dan haloba” dalam beribadah. Tahniah pada yang sudah bermula dan berusaha lah pada yang belom.
Baginda SAW berwasiat pada Sayyidina Ali ra : "Wahai Ali, sesiapa antara kamu yang menyambung puasa Ramadan dengan enam hari di bulan Syawal, maka Allah akan menulis baginya pahala puasa satu tahun penuh." (Al Hadith).
Ramai yang tahu isi hadis di atas tapi berapa ramai yang
ambil tahu..?
Meninggalkan Ramadhan dan kini berada di Syawal, saya teringat sekeping nota tentang satu kisah di zaman Nabi saw. Cuma saya tidak bertemu dengan hadisnya, moga ia cukup untuk jadi renungan kita bersama.
KISAH DI ZAMAN RASULULLAH
(nota lama nama ustaz pun dah lupa)
Diriwayatkan dalam suatu kisah ketika Rasulullah SAW bersama para Sahabat ra berada di dalam masjid, tiba tiba seorang wanita jelita berjumpa Rasulullah SAW. Pada masa itu, baginda sedang mengajarkan ilmu agama kepada para sahabatnya.
Kecantikkan perempuan itu menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan itu menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW kahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat Baginda SAW, dengan 3 syarat.
[1] Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap tiap malam mesti mengkhatam kan bacaan al Quran 30 juzu'.
[2] Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam,
[3] Syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun.
Maka dengan syarat ini, sahabat Nabi SAW yang ada hasrat untuk berkahwin dengan perempuan itu hilang rasa keinginan itu.
Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin perempuan itu dan sanggup tunai kan ketiga tiga syarat tersebut.
Setelah berkahwin berbulan bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang baca al-Quran, kurang ibadat pada waktu malam dan semakin kurang berpuasa.
Lalu dia mengadu pada Rasulullah SAW hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula mula ingin mengahwini isterinya itu.
Lalu, sahabat tersebut menyatakan
•Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.
•Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.
•Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Sesiapa berpuasa penuh di Ramadhan lalu menyambung nya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, pahalanya seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya.
Dengan ketiga tiga jawapan itu, Rasulullah SAW meraikannya dengan senyuman kesyukuran.
*Akhirul kalam..*
Semoga kita semua akan meraih kelebihan kelebihan yang disediakan didalam Syawal.
Sabda Rasulullah SAW dari Ibnu Mas'ud: "Apabila mereka berpuasa sebulan Ramadan lalu pergi untuk mengerjakan solat Aidilfitri, Allah berfirman : "Hai para Malaikat Ku, tiap tiap orang yang beramal itu mengharapkan pahalanya, dan para hamba Ku yang berpuasa dalam bulan Ramadan lalu menunaikan solat Aidilfitri mengharap kan pahalanya, maka oleh kerana itu saksikanlah, bahawa sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka." Lalu ada seruan : "Hai umat Muhammad, kembalilah kamu ke rumahmu masing masing, sesungguhnya semua kejahatanmu telah diganti dengan kebaikan." Maka Allah Taala berfirman: "Hai para hamba Ku, kamu semua telah berpuasa untuk Ku dan juga telah berbuka untuk Ku, oleh kerana itu bangkitlah kamu semua, kamu semua telah diampuni." (Zubdatul Wa'izhiin).
Selamat meneruskan suatu kesinambungan Ramadhan di dalam syawal meskipun masih dalam PKP.
Wallahu’alam
Wassalam
Edited and written by:
*NCS*

Comments
Post a Comment