Nabi Muhammad adalah Multi-Billionaire

Ramai Ustaz selalu memberikan ajaran yang ternyata bercanggah dengan Sejarah dan Fakta bahawa Nabi Muhammad seorang manusia yang miskin. Saya tidak mengerti sebab kenapa mereka perlu mengatakan sebegitu.

Seperti biasa, saya masih ingat Pesanan Ustaz Mohd Zain, "Bryan (nama saya sebelum memeluk Islam), ingat setiap kali ada benda tidak faham, jangan sesekali lihat apa orang Islam itu cakap atau buat, tetapi kembali rujuk pada Quran dan Hadis".

Prinsip ini saya pegang dan Alhamdulillah... Ternyata selepas bacaan Sirah Nabi, Nabi Muhammad terbukti sebagai seorang Multi-Billionaire yang luar biasa:

1. Nabi Muhammad mengahwini Siti Khatijah dengan mas kahwin 20 ekor unta baka terbaik dan 12 uqiyah emas tulen. Dengan kata lain, sebelum Nabi Muhammad diangkat jadi Rasul sudah superb kaya. Unta adalah kenderaan pada zaman Rasulullah, jadi, 20 Ekor Unta terbaik kalau letak di zaman sekarang adalah seperti 20 kereta terbaik. Apakah kereta terbaik? Mercedes-Benz? BMW? Volvo? Audi? Namakan sahaja dan biar cukup 20 buah. Hari ini kahwin dengan sebuah Mercedes-Benz hutang bank sudah havoc satu galaksi. Nabi mas kahwin 20 buah kereta mewah TUNAI santai sahaja. Oh... Dan 1 uqiyah sama dengan 1 ons atau lebih kurang 28gram. 12 uqiyah sama dengan lebih kurang 340 gram. 1 gram emas 916k sekarang sekitar RM200. Sikit je tu banding dengan kekayaan Nabi.

2. Siti Khatijah, ikutkan Riwayat sohih, adalah salah seorang Janda terkaya pada Daerah itu. Bayangkan definasi Janda terkaya? Dan bayangkan Kekayaan Nabi Muhammad dan Siti Khatijah bergabung jadi apa?

3. Semasa Perang Hunain, Nabi Muhammad bagi free 1,500 ekor unta. Ya, 1,500 ekor. Hari ini siapa mampu bagi 1,500 buah MyVi free? Itu baru MyVi... Rasulullah bagi 1,500 ekor unta untuk perang, mesti bukan level unta yang lemah. Mesti dari baka yang baik kan? 1,500 buah Mercedes-Benz G Class? Hummer?

4. Nabi Muhammad pernah memiliki tanah Fadak. Fadak adalah sebuah daerah pemerintahan otonomi Yahudi di Hijaz. Tak besar mana pun, lebih kurang satu Bandar Sunway je. Dan Nabi Muhammad gunakan keuntungan yang dijanakan dari Bandar itu semua, SEMUA sedekah ke yang memerlukan. Ya, satu Bandar Sunway punya pendapatan disedekahkan.

5. Nabi Muhammad memberikan nafkah secara runtin sekitar 700-1,000 wasaq kepada semua isteri dan ahli kerabat keluarga baginda, bermula dengan yang paling banyak adalah Fatimah (Sebelum beliau kahwin) dengan 200 wasaq. 1 wasaq lebih kurang 130kg beras. Kiralah sendiri berapa RM pada masa sekarang. Ambil kau bagi yang mahu poligami tapi 1 wasaq beras pun tak mampu bagi.

6. Masa perang Khaibar Nabi Muhammad sebagai Ketua Pemimpin dan Tentera diberikan bahagian rampasan perang sebanyak 90,000 dirham. Pada Zaman Nabi Muhammad, 1 dinar bersamaan 10 dirham. Kata lain, Nabi Muhammad mendapat 9,000 dinar. 1 dinar bersamaan 4.25gram emas. Ya, lebih kurang RM8juta. Dan apa Nabi Muhammad buat? Sedekah RM8juta sampai habis di masjid. Diriawayatkan dari Solat Subuh sampai Solat Isyak baru dapat bagi habis duit tu. Siapa di sini pernah sedekah duit peribadi RM8juta sehari? Duit sendiri, bukan syarikat, bukan duit orang. Itu Nabi Muhammad pernah buat.

Ok, cukup setakat sini sharing. Banyakkkkkkkkk lagi Riwayat sohih terbukti Rasulullah bukan sekadar kaya, tapi Multi-Billionaire!

Sedekah Baginda pun kemungkinan besar Multi-Billionaire sudah. Cukuplah "memiskinkan" Rasulullah dan Para Sahabat.

Mereka tidak pernah miskin, mereka superb kaya, mungkin kekayaan mereka Bill Gates pun tidak dapat lawan.

Namun, Nabi Muhammad dan Para Sahabat tidak memilih untuk habiskan semua kekayaan buat peribadi. Mereka memilih untuk sedekahkan semaksima yang mungkin kepada orang ramai.

Budaya sedekah, infaq, wakaf tersebut mempengaruhi begitu ramai, sampai bukan sahaja Nabi Muhammad, tetapi Para Sahabat, ahli keluarga, kerabat dan orang yang bersama mereka, kenal mereka lakukan perkara sama, sampai satu tahap, tiada seorang pun yang layak lagi untuk terima zakat.

Itulah kekuatan Islam yang sebenarnya.

Baginda dan Para Sahabat bermewah pun ada sebab dan tujuan demi islam.

Kita bagaimana? Semoga Allah memberikan kita Hidayah dan jadi seorang yang superb Rich seperti Para Sahabat!

Sebab setakat catatan yang sohih, 7/10 Sahabat dijamin Syurga adalah Multi-Billionaire.

70%. Jadi, mungkin Kekayaan Harta, Kekuatan Sedekah, Kekuatan amal ibadah menjadikan antara syarat untuk menggapai syurga Allah? 70% chance?

Wallahuaklam. Sekurang-kurangnya kita usaha mengikuti jejak 10 Sahabat yang dijamin syurga ini. Tak dapat ikut 7 itu, ikut 3 yang lain dengan usaha dakwah dan memperkembangkan dakwah islamiah semampunya.

Daripada tak buat apa duduk komen bodoh di media social marah ahli politik, marah warga asing, joget tayang badan, dahaga like dan komen dengan janji potong rambut dan seumpamanya.

Salam Ramadan.

Semoga Bermanfaat.

#HafizHiew

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S